Cara Yang Betul Bancuh Adunan Lempeng Supaya Hasilnya Gebu Dan Sedap. Sesuai Sangat Di Makan Pada Waktu Pagi Dan Petang.



Lempeng ni bukan sahaja sesuai dimakan sewaktu sarapan bahkan bila-bila masa pun boleh. Agak-agak rasa lapar je, boleh bancuh lempeng. Lagi mengenyangkan dan lebih baik dari makanan segera lain yang tinggi kandungan garam dan gulanya.

Terasa nak makan lempeng esok? Nah..resipi perkongsian saudari Kaseh Sery ni sangat sesuai anda cuba.

LEMPENG KAMPUNG GEBU & SEDAP

BAHAN-BAHAN:

3 senduk tepung gandum

1 biji telur

1 sudu kecil mauripan

2-3 sudu gula

Sedikit garam

2-3 cawan air (adunan tak cair & tak pekat sangat)



CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan dan adun sebati. Biarkan adunan selama lebih kurang 1 jam.


2. Panaskan kuali dan oles sedikit minyak. Tuang satu senduk adunan lempeng dan masak seperti biasa.


3. Angkat dan enak dinikmati bersama sambal tumis atau susu pekat manis.


Nota: Lempeng ini juga sedap dimakan bersama kelapa parut.

Kredit resipi Dan foto: Kaseh Sery

Sumber Cara Yang Betul Bancuh Adunan Lempeng Supaya Hasilnya Gebu Dan Sedap. Sesuai Sangat Di Makan Pada Waktu Pagi Dan Petang.

Post a Comment

Previous Post Next Post