Walaupun baru menjalinkan hubungan cinta sebagai kekasih, dah ada yang berani ‘naik tangan’ terhadap pasangan masing-masing. Tu belum kahwin lagi, tak tau la apa nak jadi.
Itu terjadi kepada seorang pelajar perempuan ini apabila dikatakan telah menjadi mangsa pukul teman lelakinya hingga mendatangkan kecederaan teruk di bahagian bibir.
Remaja tersebut yang juga merupakan seorang instafamous, Amalin menjadi tular di laman Twitter gara-gara sikap panas baran teman lelakinya itu yang bertindak untuk memukul tanpa berfikir secara waras.
Hati-hati gadis semua!
Melalui laman Instagram miliknya, pelajar berusia 13 tahun itu juga ada memuat naik beberapa posting berkaitan dengan kejadian tersebut.
“Terima kasih lah kepada yang talam tu, fitnah la lagi okey banyak banyak. Buat kat aku tak apa, aku maafkan.
“Jangan buat dekat orang lain, aku ni bukannya baik sangat tapi setakat nak ingatkan dosa memfitnah tu berat tu boleh lah eh. Lagi satu jangan cari lelaki yang jenis kaki pukul. You better move on,” tulisnya.
“Terima kasih daun keladi, ada masa tumbuk lah lagi. Kau nak lepas geram dengan perempuan nanti carilah aku, jangan pukul girls girls lain okey.
“BTW thanks you for those yang DM, post gambar kat story semua, komen bagi semangat semua, i will reply as soon as posibble.
“I really appreciate it, niat cuma nak nasihat perempuan lain jangan jadi bodoh je, tak sangka macam ni. girls take care of yourself okay, jangan jadi macam kita,” katanya.
Instafamous pun kena pukul?
Tinggalkan je laki macam ni…
Tergamak pukul anak dara orang!
Perghhh lelaki dayus!
Walau bagaimanapun, laporan polis yang dibuat sebelum ini telah ditarik balik oleh remaja perempuan tersebut. Mungkin dah jumpa jalan penyelesaian?
Biasa la, peringkat remaja ni banyak konflik identiti diri, dengan kekasih hati lagi. Tak berapa nak jelas mengenai kejadian yang berlaku antara mereka, tapi lebih baik kalau adik-adik belajar habis dulu ya!
Sumber : putriemiela , amalin
Sumber artikel : https://ift.tt/2NgrMdi
Sumber Dipukul teruk tanpa belas kasihan teman lelaki dayus, murid 13 tahun ini buat laporan polis
Tags:
mazeer