“Dulu hanya mampu naik motor je! Percaya rezeki lepas kahwin, terus dapat beli kereta..”



Begitulah perkongsian oleh penyanyi, Taleeb Mizad apabila menjalani kehidupan rumah tangga dengan kecekalan dan kegigihan setelah bernikah dengan isterinya, Juliana Nazarudin sejak lima tahun lalu.

Menerusi laman Instagram miliknya, penyanyi berusia 29 tahun itu berkongsi sebuah posting tweet berunsurkan nasihat dan pengajaran bagi pasangan suami isteri di luar sana.




“Orang sekarang lupa tujuan asal berkahwin. Kahwin kerana trend, then bertiktok kejar populariti. Kalau tahu tujuan kahwin tu apa, nescaya kita sedar tanggungjawab masing-masing. Allah ada janji dalam Al Quran tidak akan miskin bagi mereka yang berkahwin.



“Yakin dengan janji Allah. Ramai yang yakin dengan janji Allah tapi lupa tentang bab usaha & tawakal. Semua kata nak kahwin nak elak maksiat, elak fitnah, yakin dengan janji Allah..

“Tapi dimana usaha & tanggungjawab? Niat yang baik pasti betul tapi Allah takkan ubah nasib kita melainkan dengan mereka ubah apa yang ada dalam diri mereka.



“Ramai yang kata ‘bila kau kahwin rezeki kau makin kurang. Makin tak famous & makin tak laku’. Tapi bro, rezeki datang dalam pelbagai bentuk, selagi kita bersyukur Allah akan temukan kita rezeki dalam macam2 cara,” tulisnya



Walaupun tweet tersebut dimuat naik pada April lalu, namun ia sekadar berkongsi serta mengingatkan semula bahawa perkahwinan bukan satu perkara yang mudah.

“Ini tweet abang yang lama, just nak share perkahwinan itu bukan mudah kalau betul-betul belum bersedia dari segi mental, fizikal & keimanan kita.



“Kalau kuat semua tu, inshaAllah akan berjaya tempuh apa jua dugaan. Sabar dengan dugaan & ujian yang Allah beri, jangan cepat melatah dengan dugaan. Allah uji hambaNya yang beriman untuk tingkatkan taqwa pada Allah,” tambahnya.




Taleeb dan isteri berkahwin pada 22 Jun 2013 serta dikurniakan dua cahaya mata iaitu Emre Darwish dan Ifra Mikayla.

Sumber : Taleeb Mizad

Sumber artikel : https://ift.tt/2Njzcfz

Sumber “Dulu hanya mampu naik motor je! Percaya rezeki lepas kahwin, terus dapat beli kereta..”

Post a Comment

Previous Post Next Post