Gelagat Mencuit Hati Seorang Penumpang MRT Nyanyi Lagu Chan Mali Chan Ini Telah Menarik Perhatian Semua Penumpang Untuk Menyanyi Bersama-sama...



Perkhidmatan pengangkutan Mass Rapid Transit (MRT) dilancarkan sejak tahun lalu dan kita melihat pelbagai gelagat pengguna MRT yang kadang-kala sangat kurang sopan. Malah ada yang memanjat tiang pemegang di dalam tren, ada yang makan di dalam tren walaupun dilarang, dan ada yang gemar memenuhi tempat kosong dengan beg barangan mereka.

Justeru bagi memberi kesedaran kepada pengguna dan juga mengubah tabiat mereka, RapidKL mengambil inisiatif memuat naik beberapa keping foto tingkah laku kurang sopan pengguna dengan kapsyen yang menarik di laman Facebook mereka.

Netizen Puji Pendekatan Yang Diambil

Sementara itu, RapidKL turut melancarkan satu nombor telefon khas (010 766 4472) kntuk husus upengguna tren bagi berkongsi pengalaman mereka menerusi gambar ketika menggunakan perkhidmatan LRT, MRT dan perkhidmatan monorel.

Kemudian imej dan maklum balas akan diselia oleh ahli pasukan komunikasi RapidKL. Pasukan tersebut kemudian akan berkongsi imej dan maklum balas pengguna kepada ahli pasukan yang berkaitan untuk tindakan selanjutnya.

Ketua Komunikasi Korporat Prasarana, Lim Jin Aun berkata idea untuk mendedahkan tindakan vandalisme segelintir pengguna di laman Facebook RapidKL datang dari pengendali akaun terbabit.

“ Ini kerana pendedahan beberapa media tentang tindakan vandalisme oleh pengguna pengangkutan awam yang baru tersebut, kami memikirkan cara untuk memberi kesedaran dengan cara yang lebih berkesan.

“ Justeru memandangkan pada masa itu, kami terima banyak gambar daripada pelbagai pihak termasuk rakan-rakan saya, jadi, kami memilih laman sosial untuk menyampaikan mesej kesedaran,” kata Lim

Biarpun begitu, Prasarana enggan mendedahkan identiti pengendali media sosial tersebut. Apabila ditanya tentang inisiatif pelancaran nombor telefon khas, Lim berkata ia adalah satu pendekatan untuk memudahkan pengguna berkongsi pengalaman mereka.

“Tujuan kami adalah untuk meningkatkan perkhidmatan kami dan mendidik pengguna untuk menjaga aset awam yang berharga.

” Maka idea ini memang sudah difikirkan tapi kami rasa ini merupakan masa yang terbaik bagi melancarkannya.

“ Tapi kami tidak melancarkan nombor ini untuk menerima ‘aduan’, kami tidak merujuk ia sebagai ‘aduan’, sebaliknya sebagai maklum balas.

“ Justeru kami hargai apa jua maklum balas daripada pelanggan. Jika kami terima maklum balas yang baik, kami akan meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kami, jika kami terima maklum malas yang tidak baik, kami akan ambil tindakan yang sewajarnya,” tambah Lim.

Selain itu beliau juga mengingatkan orang ramai bahawa pihaknya mungkin tidak dapat membalas semua kiriman mesej yang diterima dengan segera namun mereka akan mengawal setiap gambar atau video yang dihantar oleh pengguna.

Dibawah antara pendedahan RapidKL yang menarik perhatian netizen.




Sementara baru-baru ini media melaporkan tentang vandalisme yang berlaku di stesen MRT dan di dalam tren MRT, tidak sampai seminggu perkhidmatan tersebut beroperasi.

Walaupun vandalisme bukan satu-satunya minda kelas ketiga yang dimiliki rakyat Malaysia. Terbaharu, tular pula sekeping gambar ibu bapa yang menyangkut buaian di dalam tren MRT. Hakikatnya, apa yang berlaku berpunca dari sikap tidak peduli yang ada dalam segelinitir anggota masyarakat.

Terdapat sampah dibuang tanpa ada rasa malu, pili air di tandas dicabut, kerusi ditoreh, mungkin kerana dalam fikiran mereka, ‘apa aku peduli’.

Media tersebut turut berkongsi peringatan berikut untuk anda yang menggunakan pengangkutan awam, bukan sahaja untuk menjaga harta benda awam, tetapi juga bagi memastikan air muka anda terjaga di mata masyarakat.

Justeru jadilah masyarakat dengan mentaliti terpuji, bersama etika dan disiplin yang terpuji. Kemudahan kelas pertama perlu diiringi dengan rasa syukur serta penggunaan yang tinggi nilai peradabannya.

Sumber artikel diambil dari https://ift.tt/2PTtWMB

Sumber Gelagat Mencuit Hati Seorang Penumpang MRT Nyanyi Lagu Chan Mali Chan Ini Telah Menarik Perhatian Semua Penumpang Untuk Menyanyi Bersama-sama...

Post a Comment

Previous Post Next Post