Melatih anak minum menggunakan cawan.
Saya telah memohon kebenaran daripada ibu kepada Aariz, anak Autism ini untuk display video ini kepada umum dengan tujuan memberi pendedahan kpd ibu bapa di luar sana tentang betapa pentingnya untuk menggalakkan anak anda minum pakai cawan.
Terima kasih kpd ibunya Puan Syahida Idris kerana memberi kebenaran.
Lately ni saya lihat terlalu banyak kes “picky eater”.
Anak susah makan,memilih makan… banyak! Ini adalah symptom awal Gustatory Sensory Processing Disorder.
Tapi saya tak nak ulas pasal perkara ini. Saya nak spesifikkan skopnya iaitu nak fokuskan kpd bagaimana nak membantu anak minum pakai cawan.
Mulut ni Tuan/Puan…
Banyak pentingnya.
Oral motor control,oral motor coordination semua penting untuk membantu percakapan anak dan supaya anak tidak pelat teruk sampai dah besar. Kami mengambil kira bahagian mulut ni sebagai satu perkara yg serius termasuklah sehingga meminum air dari cawan! Kerana ia sangat berkait rapat dengan mcm mana anak itu control pernafasan ketika meneguk!
Ada yg masih bagi anak hisap puting lagi walaupun anak sudah 5 tahun. Alahai…
Ada yg beranggapan anak2 ni kena sentiasa minum pakai botol susu sahaja,nanti esok umurnya sudah 6 tahun barulah boleh pakai cawan. Aduhai…
Boleh lihat teknik yg saya gunakan seperti di dalam video.
Aariz anak Autism… so memang Aariz ada masalah Gustatory Sensory Processing Disorder ni. Jangan pertikaikan keadaan Aariz. Tapi yg saya nak ajar adalah utk ibu bapa yang ada anak tipikal tapi mempunyai masalah picky eater dan anything yg related dengan Gustatory SPD.
Rawatan tetap sama.
Aariz yg Autism pun bagus dah boleh cooperate dengan saya. Dah cuba2 utk meneguk air dari dalam cawan walaupun tak lama. Anak anda bagaimana?
Kita mulakan dengan sudu utk mendapatkan target slurping itu.
Gunakan sudu yg tak melengkuk ke dalam ya… kalau boleh jangan tegukkan sudu,biar anak slurp sendiri.
Lepas tu bila anak dah pandai sikit,cuba bagi teguk air dari cawan.
Anak perlu ada kepelbagaian rasa,tekstur dan kepelbagaian utk minum dari bekas yang berbeza. Tolong ajar! Jangan expect anak pandai sendiri. Kalau rasa anak ada masalah related dengan semua ni dan masih tak bercakap lagi,bawalah utk check dengan therapist.
Sumber: Liyana Raya
artikel diambil dari : https://ift.tt/2PVje8z
Sumber Ibu Jangan Lupa Latih Bayi Minum Guna Cawan Penting Supaya Anak Tak Pelat Teruk Sampai Besar
Tags:
mazeer