Kekasih Hati kelaparan, lelaki idaman malaya ini sanggup masak dan hantar makanan ke hostel



Setuju tak Apabila kita sudah berjumpa dengan pasangan yang tepat, mereka akan sanggup melakukan apa sahaja untuk kita? Ini yang telah dibuktikan oleh teman lelaki gadis bertuah ini...

Teman lelaki yang sweet

Baru-baru ini viral di Twitter apabila seorang wanita yang bernama Syarifah memuatnaik video pasangannya yang sanggup datang membawa makanan ketika dirinya sedang kelaparan di hostel.

Video yang berdurasi 10 saat itu menunjukkan teman lelakinya sedang duduk di atas motor memegang tupperware yang berisi makanan buatnya.

Teman lelaki Syarifah membuka bekas tersebut dan kelihatan beberapa burger yang dibuat daripada roti biasa. Disebabkan terharu dengan perkara ini, Syarifah berkongsi video tersebut di Twitter dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Rata-rata mereka memuji kebaikan dan kesanggupan teman lelakinya dalam menyediakan burger tersebut. Ada juga yang mendoakan mereka, malah ada yang membuat lawak jenaka apabila melihat bekas makanan itu seperti kepunyaan ibunya.



Comelnya pasangan ni…



Jaga lelaki tu baik-baik ya


Tupperware mak tu jangan bagi hilang




Walau apa pun, semoga pasangan ini terus kekal hingga ke alam perkahwinan dan hingga akhirat. Jaga pasangan betul-betul ya, bukan senang nak cari lelaki macam ni. Dan jangan lupa pulangkan bekas makanan tu kat mak ya, mahal tu RM260.

Sumber: Syarifah

Artikel ini telah diambil dari https://ift.tt/2NmIIPf


Sumber Kekasih Hati kelaparan, lelaki idaman malaya ini sanggup masak dan hantar makanan ke hostel

Post a Comment

Previous Post Next Post