Ramai yang beranggapan bahawa kalau merokok jauh dari rumah ataupun dalam kereta dengan membuka tingkap, asap tersebut akan terus berlalu. Tapi sedarkah anda, kesan asap rokok tersebut tidak akan hilang dan boleh membahayakan nyawa orang lain yang dipanggil thirhands smoke.
BAHAYA ASAP ROKOK YANG ANDA TIDAK TAHU!
Pernahkah anda pergi ke rumah rakan, jiran atau sedara mara yang menghisap rokok terbau rokok yang kuat walaupun pada hari tersebut mereka tidak menghisap rokok?
Pernahkan Anda Memasuki Kereta Seorang Perokok Dan Terbau Udara Yang Tidak Menyenangkan Padahal Rakan Anda Tidak Merokok Pada Ketika Itu?
Ramai beranggapan jika tiada asap rokok di rumah atau kereta, bermaksud kereta itu telah bebas asap rokok.
Ramai Perokok Beranggapan Jika Mereka Hisap Rokok Di Luar Rumah Atau Bangunan, Bahaya Asap Rokok Tidak Akan Pergi Kepada Dalam Rumah.
Namun ramai tidak mengetahui, asap rokok tidak semestinya boleh dilihat, ianya boleh datang dalam keadaan partikel kecil atau debu yang melekat di badan, pakaian, rambut, tangan dan semua objek.
Itulah yang dikenali sebagai thirdhands smoke atau asap rokok ketiga.
Kajian terbaru mendapati bahawa thirdhand smoke adalah sama bahaya dengan asap rokok pasif.
Asap rokok thirdhand ini boleh melekat pada pelbagai permukaan seperti dinding, lantai, langsir, baju, badan, rambut, dan hampir semua objek yang ada di dalam rumah.
Dan lebih malang, golongan yang paling terdedah adalah anak-anak kecil yang sedang merangkak dan juga ibu mengandung.
Kucing dan haiwan peliharaan juga mempunyai risiko sama kepada asap rokok thirdhand.
Bau dan kesan asap rokok ini sangat sukar untuk dibuang dan untuk membersihkan dengan peralatan pembersihan yang khusus memerlukan kos yang tinggi.
Apakah langkah pencegahan yang boleh dibuat untuk mengelak bahaya asap rokok thirdhand?
-Jangan merokok di dalam rumah atau kereta.
-Jika anda ingin membeli kereta secondhand, sebolehnya kereta tersebut bukan dimiliki seorang perokok.
-Jika anda menyewa rumah, jangan benarkan penyewa merokok di dalam rumah.
-Dan yang terakhir dan terbaik adalah – BERHENTI MEROKOK/VAPE
Sumber: Public Health Malaysia
Sumber Artikel : https://ift.tt/2N8dXgV
Sumber Kesan Asap Rokok Tetap Akan Ada Dalam Kereta Walaupun Tidak Merokok! Dan Ianya Sangat Bahaya Untuk Bayi Serta Ibu Hamil
Tags:
mazeer