Cantik, menarik tetapi praktikal adalah ungkapan yang sesuai tatkala melihat kediaman Puan Mahwiza Nahrowi di Senaling, Negeri Sembilan ini. Kediaman yang mula dibina pada awal Ramadhan lalu telah pun siap dibina sepenuhnya selepas 5 minggu. Hebat kan? pemilik dan suami disertai seorang anak perempuan comel baru sahaja pindah masuk ke rumah berukuran 824 kaki persegi ini pada minggu kedua raya.
Menurutnya, rumah ini dibina di atas tanah pusaka ibu mertuanya yang tinggal tidak jauh dari situ. Puan Mahwiza merancang untuk bertukar angin dari Shah Alam ke Negeri Sembilan selepas suaminya mendapat kerja di Nilai selain ingin tinggal dekat dengan ibu serta neneknya di kampung.
Dengan kos RM65k, rumah yang mengandungi 2 bilik tidur dan 2 bilik air ini dibina menggunakan besi hollow sebagai rangka dan papan fashia sebagai dinding. Ruang di bahagian dalam pula diasingkan mengguna kan papan gipsum. Sungguh jimat dan kos efektif! Jadi sudah terbukti, tidak perlu berbelanja lebih dari bajet jika kita bijak merancang dan mengawal perbelanjaan.
Berikut merupakan gambar yang telah Puan Mahwiza kongsikan dengan IMPIANA. Selamat mendeko pembaca semua!
Lukisan 3D yang disediakan kontraktor untuk rujukan sebelum memulakan pembinaan rumah.
Artikel diambil dari https://ift.tt/2puTEf9
Sumber Modal Serendah RM65K Dan Ambil Masa Cuma 5 Minggu Untuk Siapkan Rumah Kampung Secantik Ini, Mesti Ramai Tidak Percaya Bukan?
Tags:
mazeer