Remaja 15 Tahun Berkahwin Dengan Bapa Dua Anak Di Kelantan



Belum lagi reda kes yang melibatkan pernikahan di antara budak 11 tahun yang menjadi isteri ketiga peraih getah berusia 41 tahun, sebuah lagi kes yang serupa berlaku di Kelantan.

Kali ini ia melibatkan seorang remaja berusia 15 tahun berkahwin dengan lelaki berusia 44 tahun, yang juga merupakan seorang anggota RELA.

Menurut Berita Harian, perkahwinan tersebut mendapat kebenaran dari mahkamah syariah dan upacara akad nikah pasangan tersebut telah diadakan di Masjid Kampung Laut Tumpat pada Julai.

Che Rahim Che Deraman, 60, bapa kepada remaja tersebut berkata, faktor kemiskinan menyebabkan dia membenarkan anak bongsunya itu berkahwin.




Dia bersama isterinya, Mariam Hassan, dikenalkan dengan dengan lelaki tersebut melalui salah seorang daripada 13 anaknya.

“Adik beradik yang lain semua sudah berumah tangga dan mempunyai kehidupan masing-masing dan kami juga mahukan yang terbaik buat beliau biarpun kami tahu dia masih di bawah umur.” 

“Ibu bapa mana yang sanggup melihat anak hidup susah. Kami tidak mahu anak kami mengharungi kehidupan seperti yang kami lalui keika membesarkan 13 anak”.

Tambah Che Rahim, dia hanya mampu menjana pendapatan sebanyak RM200-RM300 sahaja sebulan.

"Walaupun lelaki tersebut sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak, tapi dia sudah memohon untuk berpoligami dan telah mendapat kebenaran."


Sementara itu, remaja tersebut bersetuju untuk berkahwin memandangkan dia sudah mengenali lelaki tersebut sejak beberapa bulan lepas.

“Saya tidak kisah apa anggapan orang terhadap saya. Yang penting, saya gembira bersama suami dan akan cuba membahagiakan dia sepanjang hidup saya,” katanya yang hanya bersekolah setakat tingkatan satu. -CARI

Artikel lain

Gara-gara Melakukan Spa Ikan, Wanita Australia 'Hilang' Semua Jari Kaki



Memetik laporan mStar yang ambil sumber daripada New Zealand Herald, seorang wanita dari Perth, Australia hilang semua jari kaki kanannya selepas merendamkan kakinya di sebuah spa ikan ketika bercuti di Thailand.

Mangsa yang dikenali sebagai Victoria Curthoys itu dilaporkan mengalami jangkitan tulang di jari kaki kanannya akibat terkena kaca pada tahun 2006.


Selepas menjalani rawatan, doktor memotong bahagian yang terjejas dan dia pulih sepenuhnya.

Pada tahun 2010, Curthoys bercuti ke Thailand dan berhasrat untuk mencuba spa ikan.

Setelah kakinya dimasukkan ke dalam air, ikan-ikan segera berkumpul dan makan tompokan kulit mati di kakinya sehingga licin.

Bagaimanapun difahamkan kolam ikan yang dikunjungi Curthoys telah tercemar dengan penyakit bawaan air yang kemudian menjangkiti bahagian pembedahannya.

Apabila Curthoys pulang ke rumah, dia menderita demam berpanjangan dan diserang penyakit lain. 

Setelah setahun ujian, seorang doktor akhirnya mendiagnosis dirinya dengan osteomielitis akibat keadaan serius yang jarang berlaku melibatkan jangkitan tulang.

Para doktor kemudian memberitahu Curthoys bahawa dia tidak mempunyai pilihan lain selain memotong semua jari di kaki kanannya, satu prosedur yang mengambil masa lima tahun untuk diselesaikan.

Jari kaki terakhir Curthoys dipotong pada November tahun lepas. Sejak itu, dia telah berkongsi gambar-gambar kakinya dalam talian untuk memberi kesedaran kepada orang lain mengenai bahaya spa ikan.

Kisah Curthoys adalah yang terbaru dalam kecederaan disebabkan oleh spa ikan.- CARI


Sumber Remaja 15 Tahun Berkahwin Dengan Bapa Dua Anak Di Kelantan

Post a Comment

Previous Post Next Post