Anggota Parlimen Rembau, Khairy Jamalauddin berkata, "banyak lagi cara untuk menangani isu LG BT," selain daripada melaksanakan hukuman sebatan di khalayak ramai.
Khairy mengulas isu hukuman sebatan syarie yang pertama kali di negara ini terhadap dua wanita pasangan LG BT di Terengganu hari ini.
"Banyak lagi cara untuk menangani isu LG BT.
"Walaupun termaktub dalam undang-undang, tak wajar dilaksanakan sebatan di khalayak ramai.
"Islam mengajar kita untuk menjaga maruah setiap manusia. Dan belas ihsan lebih diutamakan daripada hukuman," kata bekas calon presiden Umno itu pada suatu hantaran Twitter.
Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu menjatuhkan hukuman sebat sebanyak enam kali terhadap dua wanita berkenaan kerana cuba melakukan hubungan se ks di dalam sebuah kereta di Dataran Arena Squre, Dungun, 1.50 tengah hari pada 8 April lalu.
Berbentuk pengajaran
Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail ketika di awal prosiding berkata hukuman itu adalah berbentuk pengajaran dan bukannya untuk mencederakan.
Selain itu kedua-duanya turut didenda RM3,300 atau empat bulan penjara, jika gagal menjelaskan denda.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 30 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang dibaca bersama Seksyen 59 (1) enakmen yang sama kerana musahaqah.
Kedua-dua tertuduh diberi peluang untuk membuat rayuan ke atas hukuman sebat itu dalam tempoh 14 hari namun tidak berbuat demikian sehinggalah tempoh tamat.
Sebelum ini pelaksanaan hukuman sebat oleh kerajaan Terengganu itu menerima kecaman beberapa kumpulan aktivis wanita tempatan dan pertubuhan hak asasi manusia antarabangsa yang merasakan tindakan itu sebagai melanggar undang-undang dan ‘mengerikan’.
Terbaru, Khairy Jamaluddin juga merasakan tindakan yang dikenakan itu boleh menjatuhkan maruah seseorang. Namun, pendapatnya itu juga menerima kritikan orang ramai.
Itu Islam yang suruh buat
Sumber Sangatlah Tak wajar sebat pesalah golongan sejenis di khalayak ramai - Khairy Jamaludin
Tags:
mazeer