Mata adalah salah satu deria paling penting pada tubuh kita. Dengan mata kita mampu menikmati kehidupan yang sihat serta keindahan alam yang sangat bernilai ini. Oleh itu sangat penting untuk kita menjaga kesihatan mata agar terhindar dari pelbagai jenis penyakit mata. Menjaga mata dengan baik adalah salah satu cara kita mensyukuri nikmat yang diberikan.
Sesungguhnya antara keajaiban Al-Quran itu adalah sebagai penyembuh. Seperti Firman Allah dalam Surah Al-Isra’:
وَنُنَزِّلُ مِنَ ٱلۡقُرۡءَانِ مَا هُوَ شِفَآءٞ وَرَحۡمَةٞ لِّلۡمُؤۡمِنِينَ وَلَا يَزِيدُ ٱلظَّٰلِمِينَ إِلَّا خَسَارٗا
“Dan Kami turunkan dari al-Qur`an suatu yang menjadi penyembuh dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan al-Qur`an itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian.”
Ustaz Amin dalam ceramahnya telah berkongsi suatu amalan doa yang telah diperoleh ketika beliau menziarahi ulama’ di Mekah. Syaratnya doa ini perlulah diamalkan setiap kali selepas solat Fardhu.
1. Tangan dikepalkan (seperti yang ditunjukkan dalam video)
2. Membaca selawat (3 kali)
3. Membaca “La ilaha illa Allah, Nurul ‘Ain, Muhammadurrasulullah, Qurratul ‘ain (3 kali)
“لا إله إلا الله ، نورُ العين محمدُ رسولُ الله قُرَةٌ العين”
4. Membaca Ayat 22 dari Surah Qaf (bermula dari kalimah فَكَشَفْنَا)
(3 kali)
“فَكَشَفْنَا عَنكَ غِطَاءَكَ فَبَصَرُكَ الْيَوْمَ حَدِيدٌ”
Maksud: “…Maka Kami singkapkan tutup (yang menutupi) matamu, sehingga penglihatanmu pada hari ini sangat tajam”
Sebagai manusia, kita hanya mampu berusaha dan bertawakkal. Tidak ada yang mustahil bagi Allah. Jika Dia mengizinkan, pasti akan diberi kesembuhan. InsyaAllah.
Artikel menarik lain..
Doa Terakhir Yang Diajar Oleh Dato Hassan Azhari Kepada Semua Adalah Doa Melembutkan Hati Anak.
Latar Belakang
Datuk Hassan Azhari (lahir 18 Ogos 1928) adalah seorang rakyat Malaysia berketurunan Melayu merupakan seorang pendidik terkenal dengan rancangan Muqaddam pada awal 1970-an di saluran RTM. Beliau merupakan orang yang melaungkan azan semasa kemerdekaan negara Malaysia pada 31 Ogos 1957.
Kehidupan peribadi
Beliau dilahirkan di kampung Syu’ib Amir di Mekah pada 18 Ogos 1928. Ayahnya bernama Azhari Abdul Khaliq, tokoh agama terkenal di Selangor manakala ibunya ialah Fatmah Abdul Hakim, berketurunan Arab Mesir al-Shanani dan Padang, Indonesia.
Keluarga
Beliau mempunyai 22 orang anak dari tiga orang isteri. 13 orang anak yang pertama hasil perkahwinan beliau dengan isteri pertama, Sahara Abdul Samad, yang meninggal pada April 2004, Tiga orang anak lelaki yang pertama amat dikenali ramai iaitu Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, bekas ADUN Hulu Klang, Dato’ Fuad Hassan kini Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Khas atau JASA Kementerian Penerangan., dan pelakon terkenal Dato’ Jalaluddin Hassan. Seorang lagi anaknya dengan isterinya Maimunah Abd. Ghani, Mohammad Izzat Hassan megikuti jejak langkah abangnya Musa di dalam bidang kepolisan.
Beliau dikhabarkan sangat tegas dalam agama tetapi masih seorang bapa yang penyayang.
Pendidikan
Beliau dibesarkan dalam persekitaran keluarga dan masyarakat yang berilmu dan beragama. Beliau mempelajari al-Quran sejak kecil di Mekah. Di peringkat rendah, mempelajari secara formal di Madrasah Dar al-Ulum, Mekah.
Antara guru beliau di sini ialah Sheikh Yasin al-Fadani dan di Masjidil Haram, gurunya ialah Sheikh Ismail Tamim (salah seorang imam masjid di Mekah)
Ketika berusia lapan tahun, berhijrah ke Malaya (Malaysia) bersama abangnya, Abdul Hakim dengan menaiki kapal laut selama beberapa bulan. Di Malaya, beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Sekolah Marta al-‘Ulum al-Diniyah di Kuala Langat, Selangor seterusnya ke Sekolah Arab al-Hayat al-Mardiyyah di Kampung Jawa, Selangor. Beliau menyambung pelajaran ke Sekolah al-Junaid, Singapura selama dua tahun untuk meningkatkan penguasaan bahasa Arab. Antara gurunya ialah Sayyid Abu Bakar al-Saqqaf dan Sheikh Abdullah al-Faqih.
Kemudian, beliau menyambung pengajian ke Maahad al-Ulum (kini Sekolah Agama Menengah Hishamuddin, Kelang) dan memperoleh sijil Rabi’ Thanawi. Bagi mendalami pengajian al-Quran, beliau kembali ke Mekah dan menyambung pengajian dengan Sheikh Ismail Tamim.
Beliau kemudiannya mempelajari bidang tarannum dengan beberapa ulama terkenal antaranya Syed Mahmud Lutfi Amir. Guru-guru al-Quran yang lain ialah Sheikh Mahmud al-Bukhari (riwayat Hafs), Sheikh Muhammad Abdul Samad, Dr. Ahmad Nuaina dan Syed Mahmud Amin Tantawi (riwayat Warsy Imam Nafi’).
Pencapaian
Beliau telah memberi sumbangan besar kepada negara dengan melaungkan azan semasa menyambut kemerdekaan negara di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957. Beliau turut melaungkan azan pada perasmian Masjid Negara pada tahun 1967, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang dan Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Bandar Seri Begawan, Brunei.
Beliau juga merupakan penerima Tokoh Ma’al Hijrah 2002, yang merupakan penghormatan tertinggi bagi individu yang memberikan banyak sumbangan terhadap kemajuan Islam di dalam negara.
Beliau juga telah mengajar al-Quran dalam Radio Malaya dari 1960 hinggalah 2000. Beliau juga turut mengacarakan rancangan agama selama lapan tahun di TV1 yang bertajuk Muqaddam pada 1970-an. Rancangan ini memberi pendedahan yang mudah untuk membaca al-Quran daripada permulaan.
Pada 1997, beliau mendapat Anugerah Khas Seri Angkasa kerana penglibatannya selama 40 tahun bersama RTM.
Hassan juga merupakan hakim Pertandingan Tilawan al-Quran yang paling lama berkhidmat dalam negara. Hampir 46 tahun berkhidmat sebagai hakim, beliau juga menjadi hakim di Arab Saudi, Mesir, Iran, Dubai, Brunei dan Thailand.
Hassan juga pemenang tempat pertama Pertandingan Tilawan al-Quran yang diadakan di Malaya pada 1947, anjuran UMNO (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) ketika itu.
Video:
Artikel telah diambil dari https://ift.tt/2IQeRsW
Sumber Insha Allah.. Selepas Ini Anda Tidak Perlukan Bantuan Cermin Mata Lepas Buat Amalan Ini. Doa Untuk Ketajaman Penglihatan Oleh Ustaz Amin
Tags:
mazeer