Islam Tak Pernah Ajar Ceroboh Kediaman, Privasi Individu - Perdana Menteri



Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Islam tidak mengajar umatnya melaksanakan penguatkuasaan undang-undang secara keterlaluan hingga menceroboh kediaman dan privasi individu di tengah malam.

Perdana menteri berkata sebaliknya Islam adalah sebuah agama yang mengutamakan dan mementingkan hak asasi manusia sejagat.

“Islam tidak suruh kita pergi cari salah orang sampai kerabat (ceroboh) rumah orang lain, itu bukan Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada sumber selepas merasmikan “Persidangan Penuaan, Pembelajaran dan Teknologi : Meningkatkan Kehidupan, Menghubungkan Komuniti”  hari ini.

Turut hadir isteri perdana menteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dan Presiden Persatuan Media Era Ketiga Cheah Tuck Wing selaku penganjur program.

Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, yang berkata pihak berkuasa agama tidak akan lagi mengetuk dan memecahkan pintu pada waktu malam bagi menyiasat atau melaksanakan operasi khal wat.

Sumber : Bernama

Artikel diambil dari https://ift.tt/2CuDF9u

Artikel menarik lain

Subjek Pendidikan Islam Di Tadika, Sekolah Akan Diubah – PM Mahathir


KUALA LUMPUR, 1 Sept (Bernama) — Subjek pendidikan agama Islam di tadika serta sekolah akan diubah supaya mampu membentuk keperibadian rakyat mengikut nilai-nilai murni berlandaskan Islam, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata penyemaian nilai murni sejak dari kecil mampu mewujudkan budaya masyarakat yang lebih baik pada masa depan.

Beliau berkata ibu bapa pada masa ini terlalu sibuk dengan kerjaya dan tidak mempunyai masa yang banyak untuk mendidik anak mereka.

“Sebab itu anak-anak buas dan melakukan perbuatan tak baik.

“Kalau tak semai nilai-nilai mulia maka mereka akan belajar nilai-nilai ini dari kawan mereka, dan kawan mereka bukan semuanya baik,” katanya dalam sesi dialog pada Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara 2018 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan seorang peserta mengenai cadangan kerajaan untuk membangunkan sistem pendidikan negara.

Dr Mahathir berkata jika negara dapat membangunkan generasi akan datang dengan nilai-nilai murni, mereka akan menggunakan ilmu untuk kebaikan.

“Ilmu yang ada pada seseorang berguna jika kita pandai menggunakan ilmu itu. Kalau penyangak guna ilmu untuk mencuri, kalau orang yang baik, ilmu digunakan kepada arah yang baik,” katanya.

Sumber : BERNAMA



Sumber Islam Tak Pernah Ajar Ceroboh Kediaman, Privasi Individu - Perdana Menteri

Post a Comment

Previous Post Next Post