Keluarga Remaja Le mas Dakwa “Diganggu” Hantu Lombong



Kisah remaja m ati le mas, Muhammad Ilham Fahmy bin Mohd Azzam, 17 tahun dalam lombong di Putra Perdana, Puchong yang turut mengor bankan nyawa enam anggota  bomba minggu lalu ternyata masih menjadi bualan masyarakat kerana belum pernah terjadi dalam sejarah begitu banyak nyawa terkorban dalam satu masa ketika operasi penyelamatan dilakukan.

Semenjak may at remaja ini timbul di permukaan lombong berjarak 800 meter dari lokasi lemas sehari selepas terjatuh ke dalam lombong berkenaan, ada pelbagai versi ser am timbul termasuk dakwaan dari seorang pengamal perubatan yang  mengatakan telah menangkap ketua jin di lombong berkenaan dan “ketua” tersebut mengaku ada 14 juta pengikut dalam lombong berkenaan.

Adakah benar  wujudnya misteri dalam lombong berkenaan sehingga mengo rbankan 14 ny awa dalam tempoh dua bulan?. Masa yang sama, tular juga gambar ibu ar wah yang sedang pengsan di tepi lombong saat remaja itu ditemui tapi apa yang menakutkan kelihatan gumpalan rambut kerinting seolah-olah sedang memerhatikan dirinya yang sedang pengsan.



REMAJA berkesempatan menemui keluarga allah yarham iaitu ibunya, Rosmilawati Saidin, 45 tahun di kediaman dan bertanya adakah benar wujudnya gangguan misteri ini?.Ternyata memang benar lombong berkenaan menyimpan misteri kerana keluarga ini diganggu oleh hantu lombong berkenaan selepas ma yat anaknya ditemui.

Menurut Rosmilawati atau mesra disapa Kak Wati,  selepas arw ah anaknya selamat dike bumikan pada malam selepas ditemui, dia mengakui sehari selepas itu apabila pulang ke rumahnya di Rista Villa Apartment, Taman Putra Perdana,  tatkala menjelang malam dia mengakui dirinya seperti diperhatikan  oleh makhluk berbulu hitam.

“ Saya sentiasa rasa takut bila menjelang malam. Kalau dulu malam tidur tutup lampu, sekarang kena buka lampu. Dalam tempoh beberapa har ini, rumah ini sentiasa terang benderang kerana kami sentiasa dalam ketakutan. Nak ke bilik air pun rasa takut. Bahu pun terasa sakit seolah-olah ada orang duduk bertenggek di bahu,” katanya.

Tambahnya lagi, bila hendak tidur, fikirannya seperti dibawa ke lombong berkenaan sehinggalah dia berasa takut untuk melelapkan mata.

“Tak tahulah tapi bila nak lelapkan mata terbayang makhluk berbulu hitam. Memang rasa takut nak tidur sehingga saya tidur dengan lampu dibuka. Dulu tak pernah berteman kalau nak ke bilik air tapi sekarang sentiasa rasa takut dalam rumah sendiri,” katanya lagi.

Kak Wati turut menunjukkan gambar dia sedang pengsan dan tular di media sosial malah berkata, rambutnya bukan kerinting seperti dalam gambar berkenaan.

“Akak tengok gambar itu pun seram,  meremang bulu roma. Sejak itu sentiasa rasa takut sehinggalah sekarang,”katanya lagi. Masa yang sama, suaminya, Mohd Azzam berkata, pada hari kedua, dia juga mengalami rasa takut itu seolah-olah ada bayangan hitam dalam rumahnya.

“Bagaimana pun saya tak terlalu memikirkannya kerana tak mahu terlalu menakutkan isteri yang mengakui sentiasa rasa takut,” katanya berkata ada usaha dari abang iparnya yang memberi isterinya air untuk memulihkan semangat.

Ketakutan yang sama, seolah-olah ada makhluk diperhatikan turut dirasai oleh anak sulungnya, Muhammad Imran Hafiz yang mengakui dia juga rasa takut bila berada dalam rumahnya, sama dirasai oleh Mamanya.




Seorang rakan baik keluarga ini yang kebetulan berada di rumah keluarga ini ketika REMAJA bertandang ke rumah keluarga ini, Khairul Anuar yang turut sama menyelam sebelum bomba melakukan operasi menyelamat, mengakui dia sendiri tidak boleh masuk ke rumahnya sendiri selepas membantu keluarga ini kerana dihantui rasa takut.

“Sebelum ini hati saya kering. Tak pernah rasa takut pun malah biasa dengan air. Petang semasa arwah terjatuh, saya pergi menyelam. Malah gambar saya bersama seorang rakan, Faizal turut tular di media sosial seolah-olah ada makhluk seram bertenggek di bahunya.

“Tapi selepas kejadian ini, saya sendiri rasa takut, seolah-olah ada bayangan hitam yang sedang memerhatikan,” katanya.

Dalam pada itu, keluarga allahyarham adik Muhammad Ilham Fahmy turut menafikan bahawa keluarga mereka  ada memberi arahan kepada pihak bomba untuk mencari arwah anak mereka biarpun hari sudah malam ketika itu.

“Kami tiada kuasa memberi arahan. Malah sebelum bomba datang pun usaha sudah kami lakukan termasuk menyelam sendiri sehinggalah selepas penat usaha mencari, kami menelefon pihak bomba untuk operasi menyelamat,”katanya yang menafikan keluarganya ada memberi arahan sebagaimana tular di media sosial.

Jom doa yang baik-baik dan semoga roh adik Ilham Fahmy ditempatkan di kalangan orang beriman dan beramal soleh.


Artikel diambil dari https://ift.tt/2Cx7NkK

Sumber Keluarga Remaja Le mas Dakwa “Diganggu” Hantu Lombong

Post a Comment

Previous Post Next Post