Komen Biadab Dan Tak Sensitif Buatkan Ramai Netizen Bengang, Datuk AC Mizal Body Shaming Zamani Slam?



Antara yang menjadi perhatian adalah Zamani Slam dan macam sebelum ini, pada minggu pertama konsert, semua peserta akan menyanyikan lagu hits mereka.

Dan lagu Gerimis Mengundang nyanyian Zamani pastinya membuatkan penonton terpukau sampai mendapat standing ovation daripada penonton dan juri.



Datuk AC Mizal selaku juri jemputan juga memuji persembahannya yang cukup merdu dan padu.

Namun ramai yang tidak menyenangi komen AC Mizal bila dia berulang kali menyatakan Zamani terlampau kurus.




"Kau nampak kurus sangat takut tak boleh sampai ke minggu depan. Minum susu Anlene ke apa-apa yang patut."

"Tapi ingat makan vitamin sebab pinggang kau dah tinggal dua cekak je aku tengok."





Susulan komen tersebut, ramai netizen yang menganggap AC Mizal telah melakukan 'body shaming' terhadap Zamani.

Tindakannya itu seolah-olah tidak sensitif dan agak biadab.



Mungkin Datuk AC boleh memperbaiki cara memberi komen selepas ini. -CARI


Artikel diambil dari forum cari



Sumber Komen Biadab Dan Tak Sensitif Buatkan Ramai Netizen Bengang, Datuk AC Mizal Body Shaming Zamani Slam?

Post a Comment

Previous Post Next Post