“Politicians don’t understand people who do good things. That makes them nervous,” kata Rick Dicker di awal naratif. Ahli politik takut pada apa yang tidak dapat mereka kawal. Insecure. Paranoid. Mereka rasa terancam. Baik buruk dilontar belakang, asalkan dominasi mesti di tangan.
Politikus mahu semua pihak tunduk di bawah kaki mereka. The Incredibles 2 ialah karya kritik sosial tentang cengkaman elitis ke atas marhean. Sebuah pendedahan realiti semasa. Nasib majoriti masyarakat bawahan di tangan minoriti pihak atasan.
Fiksyen superhero kian memaparkan cabaran realiti sebenar.
“Untuk membetulkan undang-undang, anda perlu melanggarnya,” kata Elestigirl. Watak superhero yang diharamkan mengundang masalah sosial. Bila adiwira kehilangan tujuan hidup mereka – menyelamatkan orang. Apalah erti punya kelebihan tapi tidak boleh digunakan?
Harapan baharu buat adiwira terbit bila adik-beradik Deavor menawarkan peluang pembebasan. Katanya dapat mengubah persepsi masyarakat lantas meluluskan semula superhero dalam perlembagaan sedunia. Superhero tidak perlu lagi bersembunyi. Ini impan semua adiwira! Berbekalkan wang berbillion dan berpengaruh sebagai gergasi multimedia, ia tidak mustahil. Konsep yang sama terpakai di dunia nyata. Siapa ada duit dan nama, memegang dunia. Deavors memilih Elastigirl bagi menyempurnakan misi. Terpaksa meninggalkan Mr. Incredible di rumah bersama tanggungjawab surirumah.
Dilema Keluarga Adiwira
Keluarga superhero pun menghadap masalah seperti keluarga biasa. Menjadi superhero tidak menjamin automatik tersedia makanan atas meja. Tanggungjawab bekerja seperti orang lain kena diteruskan.
Di rumah, bayi Jack-Jack meneroka berbelas-belas kuasa super. Bereksperimen dengan rakoon yang menceroboh rumah. Aksi lucu pertemuran rakoon lawan jack-jack sangat mencuit hati. Violet berdepan masalah tipikal remaja—cinta. Dash tidak habis-habis dengan soalan matematik sekolah yang asyik berubah. Ternyata teknik penyelesaian masalah matematik boleh berevolusi. Masalah tipikal manusia biasa pun dialami manusia super. Oh, rupanya manusia-manusia hebat seperti tokoh ternama pun menghadapi renyah hidup seperti kita. Luar nampak tenang, dalam siapa tahu?
Reverse gender role. Soal peranan gender yang disilangkan tampak menarik. Bagaimana jika perempuan bekerja, sedang lelaki menjaga keluarga. Post-modernisme, hal ini tidak asing. Persoalan mampukah masing-masing saling memahami disulamkan. Seperti Bob (Mr. Incredible) yang menahan amarah bila egonya tercabar, dan Halen (Elastigirl) yang terlalu sibuk bekerja di luar.
Kelihatan lelaki tidak menandingi bakat wanita yang mampu multitask. Ketabahan seorang ibu luarbiasa. Diperlihatkan, jikalau bapa cuba mengambil alih tugas ibu, pasti meletihkan dan tak cukup tangan. Bukan senang menjaga anak. Mata Bob dah macam panda. Tak cukup tidur wei. Bukan senang nak jaga bayi Jack-jack, nak layan emosi tak menentu anak dara Violet dan menangani kerenah sekejap itu sekejap ini budak ligat Dash.
Anak-anak sentiasa merindui sosok seorang ibu. Sentuhan bapa takkan sama dengan sentuhan bonda. Jika pasangan anda mengalami nasib yang sama seperti Bob atau Halen, cubalah tatap wajah sebentar, kenali gundah yang kadang tak tergugah. Bukan mudah, sistem sosial sebegitu berlawanan fitrah.
Konflik ditangani dengan bijak. Bob terpaksa mengorbankan potensinya melawan penjenayah, tak boleh lagi membelasah. Halen terpaksa mengorbankan momen indah melihat perkembangan anak-anak di depan mata. Win some, lose some. Meski, akhirnya mereka saling memahami tanggungjawab masing-masing. Ego—must go. Bukan asyik menuntut hak sampai terabai tanggungjawab. Suami & isteri ada peranan tersendiri.
Manipulasi Media
Perspektif ialah senjata beracun. Dengan media, boleh jadi orang baik tampak jahat, boleh jadi orang jahat tampak baik. Untuk buat orang merusuh, kuasai media. Untuk buat orang berdamai, kuasai media. Masyarakat sudah seperti boneka di jari jemari penguasa belakang tabir.
Winston seorang yang optimis. Dia percaya jika superhero dibenarkan semula, dunia kan menjadi lebih aman. Dia rela memakai pengaruhnya mempengaruhi pemimpin dunia. Trauma di masa kanak-kanak mengabadikan motivasi.
Evelyn, bercanggah pendapat dengan adiknya. Gadis ini percaya idealisme ayahnya bersalah atas kematian yang menimpa. Di pandangan skeptik, adiwira tidak lain hanyalah bayang-bayang yang merelakan manusia lain sambil lewa melaksana tanggungjawab. Manusia patut berdikari. Tidak perlukan superhero.
Mesej Evelyn disampaikan melalui topeng Sreensaver.
Superhero tidak senang-senang diterima bulat-bulat. Screensaver membongkar realiti yang masyarakat terlalu dilalaikan media skrin. Sementara superhero membuat orang ramai lebih malas. “Mirip idea libertarian,” kata pengarah Bird.
Elastigirl dan Evelyn ialah pertembungan dua falsafah:
- Cynicism
- Optimism
Evelyn bersikap cynism. Tidak percaya jikalau manusia perlu bergantung pada orang lain. Kalaulah ayahnya terus masuk bersembunyi ke bilik kebal, tidak sibuk mahu memanggil superhero, pasti tragedi tidak terjadi. Faham machiavelli digunakan. Matlamat menghalalkan cara. Evelyn tidak kisah penghantar pizza yang tidak bersalah dipenjarakan, asalkan masyarakat tidak malas dan asyik bergantung pada pihak lain.
Elastigirl berspektif optimism. Mengiktiraf idealismenya sendiri yang asalnya percaya undang-undang mengatasi tindakan rakyat. Meskipun melakukan yang sebaliknya, dia mengakui bahawa segala yang dilakukannya dapat dimanipulasi untuk tontonan media. Elastigirl tidak sepenuhnya sinis atau optimis, tetapi lebih realistik. Memahami batas keupayaan tanpa meninggalkan moral.
Apa yang membuatkan mereka baik, ialah bilamana kuasa luarbiasa digunakan di jalan kebaikan hatta keadaan tidak memihak.
Elastigirl berhujah dengan suaminya di meja makan, sama ada mereka harus memecahkan undang-undang (dengan memerangi jenayah) untuk mengubahnya, atau undang-undang dengan sendiri dapat menyelesaikan kemelut dengan mahkamah perundangan. Anarchy versus State.
Keputusan dibuat. Lebih baik bertindak daripada berserah.
Altruism dan kesetiaan Elastagirl diuji ketika melaksanakan misi. Dia tidak melupakan keluarga meski dikelilingi publisiti dan pujian. Dihidangkan kepada kita, bahawa adiwira lebih berprinsip daripada politikus yang boleh dijualbeli. Masyarakat menzahirkan ketidakpercayaan atas keputusan congress.
Dialog Violet yang berkata “tak payah risaulah. Kalau dia masuk penjara pun mesti kena hukuman ringan je.” Ini suatu kritikan pada sistem kehakiman yang sedia berat sebelah. Orang miskin dihukum berat. Orang kaya dihukum ringan.
Kuasa persepsi, perspektif dan propaganda
(Kredit kepada Aimee Whitman)
Media mempengaruhi bagaimana masyarakat berfikir.
Media massa adalah kaedah komunikasi. Sama ada ditulis, disiarkan, atau dituturkan yang mencapai khalayak besar. Ini merangkumi televisyen, radio, pengiklanan, filem, Internet, akhbar, majalah, dan sebagainya. Di zaman edan ini, ia miliki fungsi signifikan.
Mesej media tidak semata-mata memperdagangkan berita, tetapi juga emosi, sikap dan nilai berkenaan apa yang lebih penting. Jika bukan sebab media, tidak akan ada artis selebriti. Industri hiburan menjadi subur. Ikutkan di masa silam, hanya pahlawan, sarjana dan aristokrat yang paling popular. Bukan penyanyi atau pelakon.
Apakah peranan yang dimainkan oleh media massa?
Badan Perundangan, eksekutif media, pegawai pendidikan, dan ahli sosiologi telah membahaskan persoalan kontroversi ini. Walaupun pendapat berbeza-beza sejauh mana pengaruh media massa, semua pihak bersetuju bahawa media massa adalah sebahagian daripada budaya moden. Tiga perspektif sosiologi utama mengenai peranan media wujud: teori kesan terhad, teori dominan kelas, dan teori kebudayaan.
1- Limited-effects theory (teori kesan terhad)
Teori kesan terhad berpendapat bahawa orang umumnya memilih apa yang mahu dilihat atau dibaca berdasarkan apa yang mereka sudah percaya. Media ialah pengaruh yang tidak dapat dielakkan. Teori ini berasal dan diuji pada tahun 1940-an dan 1950-an.
Kajian yang meneliti keupayaan media mempengaruhi undi mendapati bahawa orang yang berpengetahuan lebih bergantung pada pengalaman peribadi, pengetahuan terdahulu, dan penalaran mereka sendiri. Bagaimanapun, media lebih cenderung mempengaruhi mereka yang tak tahu apa-apa.
Pengkritik menunjukkan dua masalah dengan perspektif ini. Pertama, mereka mendakwa bahawa teori kesan terhad mengabaikan peranan media dalam merangka dan mengehadkan perbincangan dan perbahasan mengenai isu. Bagaimana media membingkai perdebatan dan apa yang ditanya oleh ahli-ahli media untuk menukar hasil perbincangan dan kesimpulan yang mungkin dapat menarik penonton. Kedua, teori ini muncul apabila kewujudan dan dominasi media tidak begitu meluas.
2- Class-dominant theory (Teori dominan kelas)
Berpendapat bahawa media mencerminkan dan memperlihatkan pandangan golongan elit minoriti, yang menguasai rakyat. Orang-orang yang memiliki dan mengawal syarikat-syarikat yang menghasilkan media terdiri daripada elit ini.
Hal ini membimbangkan. Terutamanya penggabungan korporat besar-besaran dengan organisasi media. Campurtangan korporat mempengaruhi berita.
Apabila pemilikan terhad, beberapa pihak mempunyai keupayaan untuk memanipulasi apa yang orang lihat dan dengar. Sebagai contoh, pemilik boleh mengelak atau mengelirukan cerita tentang pendedahan tingkah laku korporat yang korupsi. Boleh mempengaruhi perbadanan yang sepatutnya bertanggungjawab atas tindakan korporat.
Isu penajaan menambah masalah ini. Dana pengiklanan kebanyakan media mempengaruhi media. Rangkaian berita banyak bergantung pada sponsor. Oleh itu, organisasi berita boleh menghilangkan cerita negatif mengenai syarikat (terutamanya syarikat induk) yang membiayai kempen pengiklanan besar di akhbar mereka atau di stesen.
Media lambat menyebarkan kebenaran tentang pelanggaran hak asasi manusia oleh syarikat-syarikat berkepentingan. Pembaca berita mengenal pasti masalah yang sama di peringkat tempatan. Ulasan kereta yang kurang baik atau cerita tentang penipuan hartanah tidak dijelaskan kerana majoriti pembiayaan berasal dari pengiklanan kereta dan hartanah. Pengaruh ini juga meliputi pengaturcaraan. Pada tahun 1990-an rangkaian membatalkan drama jangka pendek dengan sentimen keagamaan yang jelas, Christy, kerana walaupun sangat popular di Amerika, program ini tidak memberi nilai tambah pada pengiklanan.
Pengkritik teori ini menentang hujah-hujah dengan mengatakan bahawa kawalan tempatan media berita sebahagian besarnya terletak di luar jangkauan pejabat korporat besar. Kualiti berita bergantung pada wartawan yang baik. Berpendapat bahawa mereka yang kurang berkuasa dan tidak mengawal media sering menerima liputan media penuh dan sokongan seterusnya. Sebagai contoh, berita non-profit tentang alam sekitar, gerakan anti nuklear dan isu Palestin.
Walaupun kebanyakan orang berpendapat bahawa elit korporat mengawal media, variasi pendekatan ini berpendapat bahawa elit politik yang sebenarnya mengawal media.
3- Culturalist theory (teori kebudayaan)
Dibangunkan tahun 1980-an dan 1990-an. Menggabungkan dua teori sebelumnya. Orang berinteraksi dengan media untuk meluahkan reaksi daripada mesej yang mereka terima. Teori ini melihat penonton sebagai perespon yang aktif, tidak pasif berhubung dengan media massa.
Satu penyelidikan memberi tumpuan kepada penonton dan bagaimana mereka berinteraksi dengan media. Penyelidikan lain memberi tumpuan kepada orang-orang yang menghasilkan media, terutamanya berita. Ahli-ahli teori menekankan bahawa penonton mampu memilih apa yang ingin ditonton, memilih berapa banyak rancangan, dan mungkin menekan butang mute.
Kedua-dua kumpulan penyelidik mendapati bahawa apabila mesej diberikan, sama ada teks bertulis atau media gambar, mereka mentafsir bahan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman peribadi. Oleh itu, apabila penyelidik meminta setiap kumpulan untuk menjelaskan makna tertentu lagu atau video, masing-masing menghasil tafsiran berbeza berdasarkan umur, jantina, bangsa, etnik dan latar belakang agama.
Pilihan di tangan pengguna.
Oleh itu, ahli teori culturalist mendakwa, walaupun beberapa elit di syarikat-syarikat besar mungkin mengenakan kawalan ke atas apa yang dihasilkan dan diedarkan media, pilihan peribadi memainkan peranan lebih berpengaruh. Melaluinya mesej ditafsir.
Apabila orang bercakap tentang isu-isu masyarakat, mereka sering bercakap tentang bagaimana individu perlu perubahan gaya hidup supaya perkara yang lebih baik terjadi untuk diri mereka sendiri.
Simbol perspektif
Wake up! Penting menyedari bagaimana berita dilaporkan. Susunan fakta, laras bahasa dan terma ayat mempengaruhi emosi audien. Melalui ini, benar atau salah sesuatu pihak didoktrinkan.
Clickbait & Catchy; konsep ni bila kena, terciptalah cerita viral.
Berikut adalah contoh simbol yang sering digunakan oleh ahli perniagaan, ahli-ahli politik, organisasi dan media massa:
Perspektif positif:
- Keadilan
- kerja keras
- keluarga
- kebebasan
- kewangan
- keselamatan
- kesihatan yang baik
- agama
- pendidikan
- semangat
Perspektif negatif:
- Ketidakadilan
- mementingkan diri
- malas
- tidak bertanggungjawab
- penindasan
- pilih kasih
- penipuan
- keganasan
- penipuan
- mengambil kesempatan
Memilih simbol yang tepat dan menggunakan imej sesuai sangat berkesan bagi mengukuhkan sokongan masyarakat untuk isu-isu penting. Di sisi lain, memilih simbol yang salah akan mematikan mesej media atau menghakis sokongan.Ingat, apabila memilih simbol: pilih simbol yang berbeza dari pihak yang anda bangkang. Pilih simbol yang tidak sinonim dengan produk lain. Jangan pilih simbol yang tidak jelas dan mengelirukan.
Cara yang baik menguji simbol anda dapat menyampaikan mesej dengan betul adalah dengan meminta seseorang yang tidak biasa dengan organisasi anda agar mentafsir apa yang anda ingin sampaikan kepada mereka. Berhati-hati untuk tidak memilih imej atau simbol yang mungkin menyinggung perasaan atau merenggangkan hubungan dengan subjek. Perlu diingat bahawa anda perlu berkata-kata dan bertindak dalam cara yang selaras dengan mesej dan simbol propaganda
Tiga jenis Epidimologi Kreatif:
1- Localization (Penyetempatan)
Menyampaikan statistik dan nombor yang luar biasa sedemikian rupa sehingga media dan orang awam dalam komuniti tertentu dengan mudah rasa terlibat. Banyak berita menggambarkan kaedah ini dalam berjuta-juta dan berbilion-bilion, contohnya, “$ 16 juta dipotong daripada bajet $ 248 juta tahun lepas,” atau “65,000 orang mati setahun dalam kematian yang berkaitan dengan lalu lintas.”
Lokalisasi menggambarkan nombor bercerita dari segi berapa ramai orang di kejiranan atau komuniti tertentu dipengaruhi oleh masalah; ia menggunakan statistik manusia dan lokal.
Sebagai contoh, tidak memberitahu orang ramai bahawa Amerika Syarikat membelanjakan 15% daripada KNKnya untuk penjagaan kesihatan. Bahkan memberitahu orang ramai bahawa, secara purata, penjagaan kesihatan untuk masing-masing kosnya melebihi $ 6,000.00 setahun.
2- Relativity (Keterkaitan)
Relativiti membandingkan kesan satu masalah dengan masalah yang lain. Biasanya masalah jadi lebih dramatik. Memancing emosi dengan mengubahsuai ayat.
Pusat Sumber Penyeludupan Kawalan Rokok menyampaikan fakta bahawa 390,000 orang mati akibat merokok setiap tahun dengan cara: “Bayangkan dua pesawat sarat penumpang yang terhempas setiap hari, 365 hari setahun, tanpa ada yang selamat. Realiti mangsa perokok lebih daripada angka itu, 390,000 orang mati setiap tahun daripada merokok.”
3- Public policy effect (Kesan dasar awam)
Kesan dasar awam menggambarkan impak potensi perdebatan. “Berapa banyak dolar yang akan dibelanjakan oleh setiap rakyat Amerika setiap hari untuk menampung kos penjimatan dan bailout? Berapa banyak nyawa kanak-kanak akan diselamatkan dengan memberi mandat penggunaan kerusi bayi di dalam kereta? Berapa banyak nyawa yang akan kehilangan risiko kesihatan yang ditimbulkan dengan membatalkan peraturan keselamatan air?”
Apa sahaja teknik yang digunakan, matlamat adalah untuk menjadikan statistik dan angka lebih mudah difahami dan bermakna. Supaya penonton memahami mesej dan menyokong inisiatif.
Media bites
Dengan kesibukan dan tekanan hidup moden, manusia bergantung kepada fakta-fakta yang disuap oleh berita utama, radio, dan akhbar untuk mengetahui hal ehwal dunia. Media tidak membuang masa menyampaikan deretan data. Mesej perlu ringkas, tepat dan padat.
Lebih menakutkan ialah watak Evelyn atau Screensaver memang benar-benar wujud dalam media perdana. Apa yang tidak ada, boleh jadi ada. Out of thin air.
Bila matlamat ‘screensaver’ tercapai, mangsa ditinggalkan terkontang-kanting. Mewarisi kebuluran, kemiskinan dan slavemarket. Kalau tidak, tak berlakulah perang di Iraq hasil propaganda 9/11. Kerajaan berkebajikan Muammar Gaddafi di Libya tidak jatuh jika tiada sentimen dimainkan. Dunia lebih aman. Sayangnya, di dunia nyata tiada adiwira berjaya membenteras watak ‘screensaver’. Kalau ada pun superhero, pasti dituduh penderhaka. Permainan perspektif bukan fiksyen. Fitnah seringkali mengalahkan hujjah.
Lihatlah politik, siapa memegang media—mengawal propaganda.
Rujukan:
- The Incredibles 2
- Changing the Media’s Perspective. https://ift.tt/2z42ntl