Pudina Lemon Chia Seed, Bukan Sedap Je Tapi Baik Untuk Wanita Mengandung, Ini Khasiat Tersembunyi Yang Ramai Tidak Tahu!



minuman yang satu ni bukan sahaja hilangkan dahaga bahkan baik juga untuk wanita mengandung. Jadi yang tengah mengandung dan ada masalah HB tu bolehlah cuba minuman ni. Sedap pun sedap!

Perkongsian oleh Mardiana Sobri ini sesuatu yang boleh dikongsikan dengan semua. Jom cuba.

Sapa yang pregnant tu, try minum air ni hari-hari inshaallah HB sentiasa elok. Saya HB 13,12+ dari awal pregnant sampai la sekarang dah 8 bulan. Terjumpa petua ni dan terus cuba. Sedap dan segar.

*UPDATE*
Saya buat macam ni.



1.Rendam chia seed sampai kembang. Letak dalam peti ais, biasanya saya rendam malam, esok baru saya minum.

2.Perah lemon dalam air rendaman chia seed tu.

3.Letak gula sikit saja (takut kencing manis masa pregnant)

4.Letak hirisan lemon dan daun pudina (koyak-koyakkan sikit)

5. Letak ais (ais tu buat dengan air masak/air tapis untuk elak kencing kotor)



**Tak letak ais pun takpe, tapi saya tak boleh telan kalau tak letak ais. Ikut cita rasa masing-masing.

Chia seed ni ada yang kata kalau tekanan darah rendah tak boleh ambil, tapi saya tekanan darah rendah ambil ni ok sangat-sangat. Dah normal bacaan, HB pun ok, kencing manis pun bebas.

Terpulang pada badan masing-masing, niat minum jadikan sebagai ubat ja, jangan minum lebih sangat.

Selamat mencuba ! 🙂

Kredit: Mardiana Sobri

Artikel ini telah diambil dari https://ift.tt/2pIuNVa

Sumber Pudina Lemon Chia Seed, Bukan Sedap Je Tapi Baik Untuk Wanita Mengandung, Ini Khasiat Tersembunyi Yang Ramai Tidak Tahu!

Post a Comment

Previous Post Next Post