P Ramasamy Akhirnya Mengaku Melayu Pribumi Malaysia…

Migrasi pertama masyarakat Tamil ke Tanah Melayu direkodkan sekitar 200 tahun dahulu semasa mereka dibawa masuk sebagai pekerja ladang oleh British.

Ia bukan seperti digembar-gemburkan sesetengah pihak bahawa kemasukan kaum itu melalui Raja Chola yang sebelum itu datang ke Tanah Melayu akibat tidak puas hati terhadap kerajaan Sriwijaya yang mempunyai hubungan baik dengan China.

Menurut kajian dan manuskrip yang ditemui mendedahkan Raja Chola hanya bertapak di Kedah selama 66 tahun sebelum pulang semula ke tempat asal tanpa membawa dan meninggalkan apa-apa pengaruh.

Ia sekali gus menolak dakwaan kedatangan Raja Chola itu bermakna penduduk asal Tanah Melayu adalah Tamil, sebaliknya ketika itu sudah wujud orang Melayu meskipun belum beragama Islam sehingga kedatangan Parameswara.

Profesor dari Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarabangsa (CenPRIS), Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Datuk Dr Ahmad Murad Merican, berkata orang Melayu perlu mengakui semasa 700 ke 800 tahun dahulu sebelum kedatangan Islam, agama yang dianuti pada ketika itu Hindu dan Buddha.

“Pada ketika ini terdapat kecelaruan hingga menyebabkan banyak fakta mengenai asal-usul orang Tamil dan orang Melayu disalah erti.

“Bagaimanapun melalui kajian dan manuskrip yang ditemui, sedikit sebanyak dapat menjelaskan asal-usul kedatangan masyarakat Tamil ke sini,” katanya ketika ditemui pada Forum Migrasi Pertama Masyarakat Tamil ke Tanah Melayu di sini.

Pada forum itu, masyarakat India yang hadir didedahkan dengan penemuan beberapa manuskrip yang menjelaskan sejarah asal-usul mereka dari India ke Kepulauan Melayu, Afrika dan Eropah.

Ahmad Murad berkata, forum itu begitu menarik kerana dapat menjelaskan kecelaruan yang berlaku baru-baru ini, sekali gus memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai sejarah tanpa wujudnya elemen hasutan.

“Ini juga sesuatu yang berguna dan memberi kesedaran kepada orang Tamil mengenai sejarah serta warisan mereka,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr P Ramasamy menegaskan setiap sejarah perlu diperkukuhkan dengan fakta dan bukannya semata-mata emosi serta politik.

Waqaf Saham

Katanya, masyarakat Tamil perlu mengakui bahawa sejak 3,000 tahun dahulu penduduk asal di Tanah Melayu ialah orang Melayu.

“Penduduk asal Tanah Melayu ialah orang Melayu cuma pada ketika itu agama mereka bukan Islam tetapi Hindu dan Buddha sehinggalah wujudnya sultan yang memeluk Islam lalu diikuti seluruh rakyat pada ketika itu.

“Isu yang timbul hari ini kerana berlakunya salah faham ekoran tidak menemui fakta yang tepat dan berputar-belit serta menimbulkan kecelaruan yang perlu diperbetulkan,” katanya.

Tegasnya, setiap perkara berkaitan sejarah jika tidak mempunyai bukti maka ia perlu dirujuk kepada pakar sejarah dan sejarawan untuk mendapatkan maklumat lebih tepat.

“Seperti yang dihuraikan dalam forum ini cukup jelas kepada masyarakat India mengenai asal-usul dan migrasi yang berlaku,” katanya.

Sumber: Berita Harian

——-

Terima kasih Dr P Ramasamy kerana anda berlaku jujur dan berani untuk berkata benar.

Dan saya sangat bersetuju dengan anda bahawa salah faham ini berlaku kerana ada golongan yang tidak menemui fakta yang tepat, berputar-belit serta menimbulkan kecelaruan yang mana perlu diperbetulkan.

Ya benar, ianya mestilah DIPERBETULKAN dengan SEGERA, PRONTO.

Kerana ketahuilah sesungguhnya ia adalah amat menyinggung hati dan perasan kami orang Melayu, apabila dakyah kepalsuan Chola ini disebar-marakkan di merata-rata tempat, menafikan sejarah orang Melayu di bumi yang bernama Malaysia ini.

Yang seolah-olahnya mencabut akar sejarah bangsa kami sendiri.

Maka selesaikan dan perbetulkan..

Kerana pada akhirnya, tidak ada seorang pun di antara kita yang mahukan adanya pergaduhan sesama kita rakyat Malaysia.. sebab pada kesudahannya kita semua juga yang akan rugi..bak kata pepatah,

Kalah jadi abu menang jadi arang..

Post a Comment

Previous Post Next Post