Sungguh Memberi Manfaat! Idea Dan Tips Simpan Dokumen Penting Agar Lebih Tersusun, Kemas Dan Mudah!



Untuk memastikan dokumen penting sentiasa dijaga dengan baik, anda perlulah meletakkannya di dalam fail bersesuaian agar mudah dicapai.

Bagi yang mementingkan kekemasan pula, anda bolehlah mencuba kaedah yang dikongsi wanita ini. Fail dan envelope boleh didapati di Tesco dan kedai Eco RM2 sahaja!



Pengurusan fail, kertas, resit dan bil

Labelkan dan pastikan saiz dan bentuk fail yang seragam

Fail Tesco RM2.99 (masa promo)

Beli envelope folder dan tebuk lubang. Jangan lupa label
Eco RM2.12 for two

Antara envelope folder dengan ziplock case ni Hani lagi suka yang ni. Lebih kemas. Dan saiz lebih kecil just nice masuk dalam fail. Tebuk lubang. Jangan lupa label.
Mr diy, 90 sen

Sediakan fail berasingan



Bahagikan kepada beberapa envelope



kemasrumahwithhani: pengurusan fail, kertas, resit dan bil 

Selalu lepas dah bayar bil elektrik ke air ke, kita tak pasti nak simpan kat mana dan berapa lama nak simpan bil2 tu sebelum kita yakin boleh nak buang.

Tips pengurusan kertas, bil dan resit

sediakan beberapa fail yg berasingan. Pastikan satu fail utk satu perkara. Jgn bercampur aduk ATAU boleh beli accordian file dan khaskan setiap poket untuk setiap perkara

LABEL! So that lepas ni masa nak kemaskini file senang je.

BONUS. Pastikan fail sama saiz, sama warna sama bentuk sama semuanya kecuali label je lain2 lah. Dan label pun pastikan guna font yg sama dan sytle yg sama. Seragam is the key

Tutorial pengurusan kertas, bil dan resit

VITAL DOC

Sijil lahir suami, isteri, anak-anak
Salinan kad pengenalan suami, isteri, anak-anak
Sijil kursus perkahwinan dan sijil nikah
Buku bank simpanan
Pasport 
Lain-lain dokumen penting (surat perceraian, sijil kematian dll)

HOME

kad waranti pembelian barang elektrik (simpan sampai tempoh waranti habis)
manual pengunaan brg elektrik (simpn selagi mana barang elektrik masih dipakai dan tidak rosak@buang)
resit pembelian perabot dan alat elektrik (kadang2 kalau nak tukar barang rosak ada kedai nak resit sbg bukti pembelian bersama2 kad waranti)

UTILITY BILLS

bil elekrik (TNB)
bil air (SAJ)
bil pembentungan (IWK)
bil siaran tv berbayar (ASTRO)
bil talian internet rumah (STREAMYX @ UNIFI)
bil postpaid handphone (CELCOM, DIGI dll)

Semua resit disimpan maksimum setahun. Sekarang dah masuk thn 2018, semua bil tahun 2016 dah boleh buang. Simpan bil 2017 shj.

ACADEMIC

Masa kami suami isteri masih bergelar pelajar, segala surat rasmi dari pihak universiti disimpan dalam fail ni. Buat pembahagi (divider) dilabelkan dgn nama ALIF dan HANI. So nnt nak cari apa2 berkaitan pelajaran hn, hn boleh rujuk terus ke bhgn hn dlm fail tu. Kalau hal pelajaran anak-anak pun buat mcm ni nnt. Hanya tambah pembahagi baru dan label nama anak.

CAREER

Dalam fail ni hani simpan surat rasmi berkaitan pekerjaan contohnya offer letter. Atau apa2 surat penghargaan dan pencapaian dari tempat kerja. Tawaran kursus. Memudahkan untuk kemaskini resume. Sediakan pembahagi nama suami dan isteri kalau perlu

LOAN

Surat-surat perjanjian kita dgn bank, surat rasmi dari bank, penyata status hutang dan pinjamanan dll. Pecahkan kepada beberapa pembahagi contohnya hutang pelajaran (PTPTN, MARA), hutang rumah (BANK RAKYAT), pinjaman kewangan peribadi dll

CERTIFICATES

Sijil-sijil yg tak perlu disimpan dalam folder sijil utk dibawa interview. Sijil2 masa sekolah rendah atau menengah (kalau banyak sngt smpi tak muat folder)

HEALTH

Khas utk maklumat kesihatan suami isteri seperti salinan sijil sakit, laporan pemeriksaan kesihatan dll. Untuk anak pula, ada accordian file khas utk dia yang senang dibawa bersama waktu pergi klinik atau hospital. Next time hani share detail folder kesihatan anak yang semua perlu ada ya.

TAXES

Untuk memudahkan urusan percukaian pendapatan kita nnt. Bahagikan kepada beberapa envelope folder contohnya (ikut kesesuaian masing2)

pembelian buku/majalah/penerbitan
zakat /derma
resit pembayaran yuran pendidikan 
perbelanjaan perubatan 
SSPN

Dan banyak lagi perlepasan cukai. Boleh rujuk pd website LHDN.

Tambahan

VEHICLE

geran kereta dan motor (simpan selagi mana kita memiliki kenderaan tu)
insuran kenderaan 
resit-resit servis kenderaan
apa-apa dokumen yg bersesuaian (kenderaan eksiden, gambar, laporan polis dll)

Lain-lain tips kat caption gambar ya.

Happy organising 

Semoga bermanfaat 

Boleh tekan #kemasrumahwithhani kat ats untuk idea penstoran yg lain 



Sumber Sungguh Memberi Manfaat! Idea Dan Tips Simpan Dokumen Penting Agar Lebih Tersusun, Kemas Dan Mudah!

Post a Comment

Previous Post Next Post