9 selebriti popular yang bakal menyambut kelahiran permata hati pada tahun 2019, No.5 Paling Dinantikan Ramai Peminat Setianya...


Tahun baharu ini bakal menyaksikan banyak lagi kisah selebriti yang berkahwin dan berkeluarga.

Bagi selebriti yang sedang hamil, 2019 pasti tahun yang dinantikan untuk mereka menimang cahaya mata.

Sempena tahun baru ini, Gempak senaraikan selebriti yang bakal menyambut kelahiran permata hati pada tahun 2019.

1. Mawar Rashid



Pelakon Mawar Rashid disahkan hamil selepas hampir setahun mendirikan rumah tangga dengan Raf Yaakob. Mawar kini yang hamil tujuh bulan itu baru sahaja kembali dari ‘baby moon’ mereka di Bali, Indonesia. Raf bakal menyambut anak pertamanya bersama Mawar dijangka pada Mac ini. Terdahulu Raf pernah berkahwin dan mempunyai dua orang cahaya mata hasil perkahwinannya itu.

 2. Tasha Manshahar



Selepas tiga bulan berkahwin, penyanyi Tasha Manshahar dan suami Raqib Majid berkongsi berita gembira yang mereka bakal menimang cahaya mata. Pasangan itu berkongsi berita tersebut menerusi akaun Instagram masing-masing. Tidak berkongsi usia kehamilannya, namun apa yang pasti pasangan itu bakal menyambut anak sulung mereka pada tahun 2019.

3. Liza Hanim



Penyanyi Liza Hanim akui kehamilan kelimanya itu merupakan satu kejutan yang menerujakan. Liza akui dia tidak menyangka malah tidak menyedari bahawa dia sedang hamil di awal proses tersebut. Naib juara Gegar Vaganza 4 (GV4) itu kini sedang hamil lapan bulan dan dijangka bersalin pada Februari ini.

4. Dynas Mokhtar



Meskipun ini kehamilan ketiga bagi pelakon dan pengacara Dynas Mokhtar, namun ia amat menerujakannya kerana ia bakal menimang cahaya mata pertama bersama suami, Shazrik Din dalam perkahwinan keduanya. Pasangan yang baru mendirikan rumah tangga pada awal tahun lalu itu bakal menyambut anak sulung mereka pada April ini.

5. Hanis Zalikha



Pelakon Hairul Azreen mengumumkan berita kehamilan kedua Hanis Zalikha ketika mereka bersama-sama bercuti di Tokyo Jepun pada November lalu. Pasangan ini sering mendapat perhatian kerana keletah comel anak mereka, Yusuf Iskandar, 2 yang disukai ramai. Hanis bakal melahirkan bayi keduanya pada tahun ini.

6. Syatilla Melvin



Pelakon Syatilla Melvin kini hamil anak kedua. Ia berita yang dinanti-nantikan Syatilla dan suami aktor Shaheizy Sam selepas pelakon wanita itu mengalami keguguran. Pasangan yang mempunyai anak yang comel dan popular iaitu Syeriv Samheizy itu dijangka bakal menimang cahaya mata kedua pada Mei 2019.


7. Puteri Sarah Liyana



Pelakon Puteri Sarah Liyana, 33, hamil anak kedua selepas melahirkan anak sulung, Syaikhul Islam yang ketika itu berusia 11 bulan. Isteri kepada pengarah filem Syamsul Yusof itu menginginkan cahaya mata kedua segera selepas merasakan usianya kini yang sudah agak lewat. Puteri Sarah dijangka melahirkan bayi keduanya pada April tahun ini.

8. Zizie Izette



Pelakon Datin Seri Zizie Izette terpaksa mengambil risiko apabila dia disahkan hamil selepas sembilan bulan melahirkan anak kembarnya, Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette.Namun dia amat gembira dengan berita kehamilannya itu dan telah mengumumkan bakal melahirkan bayi perempuan pada Mac ini.

9. Betty Rahmad



Pelakon Betty Rahmad kini sedang sarat hamil lapan bulan. Adik kepada pelakon Erma Fatima dan Datin Seri Umie Aida itu bakal menimang cahaya mata lelaki. Betty yang berkahwin dengan Ardi Damis pada 4 Februari lalu bakal bersalin pada Februari ini.

Sumber : Gempak.com

Sumber 9 selebriti popular yang bakal menyambut kelahiran permata hati pada tahun 2019, No.5 Paling Dinantikan Ramai Peminat Setianya...

Post a Comment

Previous Post Next Post