SEJAK akhir-akhir ini, banyak pula kisah anak murid bertemu jodoh dengan guru sendiri didedah di media sosial.
Terbaru, seorang usahawan kosmetik terkenal di Kelantan, Syima rupa-rupanya berkahwin dengan guru Bahasa Inggerisnya sendiri.
Menurut Syima, kisah percintaannya dengan Cikgu Nik Amin bermula semasa dia berada di Tingkatan 4 lagi dan mereka berkahwin ketika Syima berusia 20 tahun.
Agak lama juga mereka berdua ni bercinta..
Syima turut memuatnaik beberapa keping gambar dan video majlis pernikahannya untuk tatapan hampir 900 ribu pengikut Instagramnya.
Hasil perkongsian hidup selama 4 tahun, Syima dan Nik Amin kini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Nik Muhammad Izz Iskandar dan Nik Adam Shaquille.
sumber : cempedakcheese.com
Syima optimis dalam perniagaan
USIANYA baru sahaja menginjak 20 tahun, namun misi dan visi yang dibawa si manis pemilik nama penuh Siti Norhasyimah Azmi ini cukup jelas.
Mahu memiliki empayar perniagaan sendiri menjadi antara fokus utama untuk dicapai oleh pelajar jurusan Pendidikan Awal Kanak-kanak di Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) Kota Bharu, Kelantan ini.
Tidak hanya sekadar menyulam angan-angan, anak keenam daripada sembilan beradik yang mempunyai pesona dan aura tersendiri itu, berani mengorak langkah dengan menghasilkan produk kecantikan sendiri di bawah jenama Syma Beauty Skincare.
Merupakan seorang yang gemar kepada kecantikan dan sentiasa mahu kelihatan anggun dan rapi, anak kelahiran Kota Bahru, Kelantan yang mesra disapa Syima ini mengakui dunia kecantikan membuka peluang perniagaan kepadanya.
Siapa sangka dalam usia semuda itu, Syima kini boleh berbangga dengan pencapaiannya di mana produk yang dihasilkannya bukan sahaja mendapat tempat dalam kalangan wanita di negara ini, malah melangkaui negara luar termasuk India, Singapura dan Indonesia.
Menceritakan bagaimana tercetusnya idea mengkomersialkan produk warisan keluarga itu, Syima berkata, semuanya bermula selepas dia mengalami masalah kulit selepas menggunakan produk kecantikan yang dibeli melalui internet.
Katanya, bimbang dengan keadaan wajah yang semakin teruk, dia kemudiannya beralih menggunakan produk turun temurun itu bagi mengembalikan semula kulit wajahnya seperti asal.
“Pada mulanya, saya sekadar mencuba produk kecantikan lain tetapi tidak menyangka pula produk itu merupakan barangan tiruan yang akhirnya merosakkan kulit wajah saya.
“Oleh kerana bimbang, saya menggunakan semula produk warisan keluarga sehinggalah wajah saya kembali pulih. Saya tidak menyangka perubahan wajah saya disedari rakan-rakan dan ramai yang bertanya mengenainya sehinggalah saya terfikir untuk mengkomersialkan produk tersebut,” katanya kepada S2.
Mengulas lanjut, Syima berkata, jika pada permulaannya dia hanya mengeluarkan 500 unit untuk percubaan, namun ekoran permintaan yang memberangsangkan, dia kini perlu mengeluarkan sebanyak 1,000 unit setiap hari.
Menyasarkan untuk memiliki pejabat sendiri selewat-lewatnya pada tahun hadapan, Syima optimis untuk memperluaskan rangkaian perniagaannya di seluruh negara dengan penambahan beberapa lagi produk.
“Sekarang, produk saya telah dijual di kebanyakan kedai-kedai jamu dan ini satu pencapaian yang membanggakan. Saya percaya kepada rezeki, walaupun banyak persaingan daripada peniagaan lain, saya tetap yakin dengan kemampuan produk sendiri.
“Lagi pula produk keluaran saya dijual pada harga mampu milik. Setiap wanita tidak kira peringkat usia mampu memilikinya,” ujarnya.
Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui tentang produk Syma Beauty SkinCare boleh lawati instagram syma_beauty dan facebook syima.eima.
Sumber Bermula Dengan Main kenyit mata dalam kelas, guru kacak dan anak murid cantik ini akhirnya bertemu jodoh
Tags:
mazeer