Dua mangsa ditemui meninggal dunia selepas dipercayai tertidur dalam kereta



Oleh Mohd Adam Arinin
KOTA KINABALU: Dua individu ditemui mati didalam sebuah kereta jenis kompak di tempat parkir sebuah apartment di pusat membeli belah di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata dua individu itu dikenalpasti identitinya sebagai Hanafi Marlin, 23, dan Marcella Nur Anis Ahmadi, 20.

“Hasil pemeriksaan polis mendapati kedua-dua mangsa tertidur dalam kenderaan pada masa dan tarikh yang tidak pasti sehingga mayat mereka ditemui awal subuh, hari ini.




“Pegawai perubatan dari Hospital Likas telah dipanggil ke lokasi kejadian dan mengesahkan kedua-dua mangsa telah meninggal dunia.” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Habibi, pihak polis seterusnya membuat pemeriksaan pada tubuh mangsa dan tidak menunjukkan berlaku sebarang unsur-unsur jenayah untuk dikaitkan sebagai punca kem atian.

“Bagaimanapun, hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati punca kem atian mangsa adalah ‘Carbon Monoxide Poisoning’.” katanya



Kereta di mana mereka ditemui. Gambar SNT/Ehsan IPD Kota Kinabalu

Habibi turut menasihati orang ramai agar tidak mengamalkan tabiat tidur dalam kenderaan dengan enjin yang tidak dimatikan atau kenderaan tidak bergerak bagi mengelakkan risiko perkara seperti ini berlaku. -SabahNewsToday

Artikel menarik lain

KPDNHEP SABAH SITA TELEFON BIMBIT, AKSESORI TIRUAN BERNILAI LEBIH RM25,000



KOTA KINABALU, 30 Jan (Bernama) — Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sabah merampas 192 unit telefon bimbit pelbagai model dan aksesorinya yang dipercayai tiruan, bernilai RM25,959 dalam serbuan di tiga premis di daerah ini hari ini.

Ketua Pegawai Penguat kuasa KPDNHEP Sabah Ravichandran Vadivellu berkata bertindak atas aduan, 15 pegawai penguat kuasa menyerbu premis pertama pada 11 pagi tadi.

“Dalam serbuan itu kita menyita 81 unit telefon pelbagai model jenama Vivo, pengecas telefon (9 unit), ‘power bank’ (12 unit) yang dipercayai tiruan. Nilai rampasan dianggarkan RM14,152.

“Di premis kedua, kami merampas 15 unit telefon pelbagai model jenama Vivo, ‘power bank’ (46 unit), pengecas telefon (1 unit) dan tablet (9 unit), nilai rampasan dianggarkan RM7,506, manakala sembilan lagi unit telefon jenama sama serta 10 unit tablet bernilai RM4,301 dirampas di premis ketiga,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata ketiga-tiga premis tersebut dipercayai menjual telefon bimbit tiruan yang diperihalkan sebagai dikilangkan di Malaysia.

Produk sebenar hanya dikilangkan di China dan mereka menjual telefon tiruan ini pada harga lebih rendah berbanding produk tulen selain terdapat model yang tidak pernah dikeluarkan oleh Vivo, katanya.

Beliau berkata kes itu disiasat menurut Seksyen 8(2)(b) Akta Perihal Dagangan 2011 dan jika sabit kesalahan, individu boleh didenda RM10,000 bagi setiap barang atau penjara tiga tahun manakala syarikat boleh didenda RM15,000 bagi setiap barang.

— BERNAMA

Sumber Dua mangsa ditemui meninggal dunia selepas dipercayai tertidur dalam kereta

Post a Comment

Previous Post Next Post