Lebih 7 tahun hidup susah bersama suami.Apabila suami senang akhirnya dia mahu kahwin lain.



Bercinta dan kemudian berkahwin perkara biasa yang dilalui setiap insan. Tetapi untuk mengekalkan kesetiaan sehingga ke akhir hayat bukanlah satu perkara yang mudah. Isu curang sering terjadi dalam kalangan pasangan baik suami atau isteri.

Tetapi ada yang sanggup memaafkan perbuatan pasangan dan menerima segala yang berlaku demi kerana ingin mempertahankan mahligai perkahwinan yang telah dibina. Siapa yang tidak sayangkan pasangan setelah semua kesusahan dilalui bersama walaupun jelas si pasangan sudah berubah hati.

Seperti luahan wanita ini apabila suaminya mengahwini wanita lain. Menurutnya, dia melalui segala susah senang bersama suami selama 7 tahun tapi ini balasannya yang diterimanya. Sebak kami yang membaca!

Sayang…… Baca luahan aku sebagai seorang isteri… Aku sudah melalui pahit manisnyaa…

Aku menulis bukan untuk membenci kau atau dia… Tapi sebagai satu cerita yang kau boleh guna bila satu hari nanti kau bergelar isteri dia…..

Untuk seorang isteri dan ibu tiga orang anak seperti aku.. mungkin aku tak mampu menandingi kecantikan dan keseksian kau.. Sebab dalam aku menjadi isteri dan ibu.. Aku mencari redha Allah untuk syurga yang aku impikan… Tapi sekarang syurga aku dah hancur untuk hidupkan dogeng korang.



Aku bukan tulis untuk menakutkan sesiapa….. Ambil laa sebagai pengajaran dan belajar untuk jadi manusia yang lebih BERHATI PERUT..

Sayang….. Lelaki yang kau ambil pada aku semalam adalah lelaki yang masih SAH suami aku…. Aku cuba faham dan redha HATI INI MILIK ALLAH… Dia berhak untuk bolak-balikkan hati kita pada siapa kita suka dan sayang… Maka aku ikhlas dan redha terima semua nie dan aku ikhlas jika kau dia pilih untuk memperisterikan…

Andai aku menjadi yang kedua demi anak-anak pown iaa… aku akan bertahan… kerana aku mencari redha suami & Allah dan sejak dewasa aku di ajar yang syurga itu ada pada suami…. jadi aku ikhlas dan redha….

Sayang…… sebagai wanita… kau kena tahu… lelaki yang kau pimpin dan peluk semalam adalah orang yang aku jaga selama 7 tahun…. dan dari hasil bahagianya dia dengan aku Allah kurniakan kami 3 orang cahaya mata yang sangat comel dan cerdik… cukup sifatnyaaa….

Dia adalah lelaki yg aku kenal dripda diaa TIDAK PUNYA APA² … dripda kami dduk flat shaja.. Dripda kami ada sbiji moto shaja dlu… Dan bertapa susahnyaa kami dlu… Smpai kami mkn bubur jaaa dlu.. Kawan² diaa mnyaksikn kesusahan kmi dlu… Kawan² diaaa dtg rumah…

aku ada rm10 jaa masa tu, aku boleh beli lauk masak dan hidang lg… Bg kami..biar laa miskin tp kami hormat pda tetamu dan kami bahagiaa wlupown kami cuma mkn bubur..dan tdo atas lantai ber alas toto jaa dulu sayang….. Lelaki yg kau syg skrg nie adalah lelaki yg aku dan pupuk dan ajar HIDOP SBGAI SEORG LELAKI YG BRSDERHANA DAN MENYAYANGI aku wlu sesusah apa pown aku ketika tu….



Untuk kau menggantikan tempat aku bukan perkara mudah dear….. Aku melalui pelbagai kesusahan sehingga ke puncak ke susahan aku dah lalui dear…. Tapi aku masih bertahan sebagai seorang isteri… Aku masih pelihara maruah aku ketika aku diuji dengan hebat ketika tu… Ketika anak aku tak ada susu nak mnum sampai pernah terpkir kalau laa aku dapat lelaki kaya… Aku tak kan sesusah nie…tapi aku balik pada takdir…terima knyataan yang aku tengah diuji… Aku lalui sehingga puncakkk… !!

Selama aku menjadi wife dan ibu…… Aku dah menyerahkn 100% tenaga untuk mereka dear… Aku dah cuba menjadi sehabis baik dah.. Aku pernah susah smpai anak-anak aku pernah ikut aku keluar siang dan malam jual nasi lemak dan laksa…. Aku sertakan gambar-gambar sebagai bukti penderitaan aku ketika aku bersama suami aku yang kau sayang sekarang….

Dear….. untuk menjadi half part of my life seorang lelaki… Bukan hanya hebat di ranjang… Bukan sekadar seronok terkinja sana sini… Ones u dah jadi wife dia… you all ada anak.. you all akan diuji… Tak kan ada bahagia yang kekal sayang… percaya laaa…. Jangan terlalu hanyut dengan keseronokan nie sampai you tak nampak perit i yang menjadi mangsa nie…

Lelaki yang you sayang ada anak-ank… Kecil-kecil lagi… Tak taw apa lagi sayang… Kalau tak kesiankan aku sekali pon… Kesian laa anak-anak kami…. Aku cuma nak tanyaaa… Jika kau gantikan tempat aku…adakah kau mampu bahagiakan mereka? Adakah kau mampu didik mereka dengan baik.. mampukah kau jaga makan pakai mereka? Bawa mereka pergi taman, belajar semua?



Tahap aku menjaga mereka satu ketika dulu sampai aku hampir hilang tulang kaki untuk berdiri… penatnyaa seharian menguruskan mereka… Kemas rumah.. baju…memasakk… Bg diorg tidoq.. Dlm masaa aku cari duit utk survive aku smpai buat kerja dkt taman taw utk pastikan mreka bahagiaa…. P mna pown aku xpernah tggal mreka dlu…. Tgk laa gambar2 mreka dan kau fkir laa sjenak…adakah kau mmpu utk mnjadi aku….

Dan skrg kau mgg beruntung sbb kau kenal suami aku, diaa dah berjaya… Diaa dah ada duit… Kau xperlu lalui ksusahan tu dgn diaa…. Kau hnya MNIKMATI shaja… Sedangkan aku… Slma 7 tahun dgn dia… LILLAHI TAALA.. Sesen nafkah aku xpernah tuntut wlupown gaji diaaa 6 ribu sbulan…. Shelai baju diaa xpernah belikan utk aku…shelai tudung diaa xpernah hadiahkn utk aku…..

Aku cuma terkilan kenapaa time diaa senang.. Aku dbuang ketepi.. Sedangkan ktika susah dlu… Aku laa wanita yg bertungkus lumus buat 20 balang popia masa aku sarat mngandung 9 bulan masa tu utk beli skampit beras masa tu…mak aku hdop lg p laa tnyaaa… Masa 20 balang popia aku buat tu xsmpat hbs sbb pkul 4 aku tumpah darah nk bersalin..mak aku yg hbskn buat… Dan skali lg aku d’uji…lepas bersalin aku xdak duit nk byaq duit hosptal wlupown cuma rm45 msa tu dear….

Xmmpu dah aku nk karang… Aku harap smua nie ckop mnjelaskn keadaan aku skrg… Kalau plan kau utk tgk aku jatuh… Yaaa aku sudah jatuh dan mnunduk bumi skrg…… Aku prg mncari kekuatan utk BANGKIT smulaa…. Dan aku hrp ada tangan yg hulur utk bantu aku bangkit smula….aku btol² xmmpu berdiri pown skrg….

Aku xmrhkn sesiapa… Aku mncari dmnaa silap aku sbgai isteri slma nie….aku sedar bnyak jugak silap dan kekurangan aku…. Smoga Allah mudahkan dan berikan aku jawapan yg tepat utk kbaikan smuaa pihak….

Aku letakkan gambar KENANGAN yg xpernah padam dlm hdop aku…. Biar gmbar berbicaraa. Mnceritakn smula naik bngunnya aku mnjadi isteri slma nie… Baca dan fkir laa sjenak…. Apa yg korang bt dkt aku nie okey sayang…

Aku doakn kitaa smuaa BAHAGIA…. kitaa smuaa BERHAK bhagiaa… Aku trima jika kau mnjadi sbhagian dlm hdop kami..mnjadi madu aku…datang laaa…. Dtg dan jumpa laa aku dgn baik, bncang dan aku izinkan…. Aku ikhlas.. Jgn terus hanyut dgn maksiat dan zina.. Jika ada jalan utk kita halalkan…..



Sumber: siakapkeli.my

Sumber Lebih 7 tahun hidup susah bersama suami.Apabila suami senang akhirnya dia mahu kahwin lain.

Post a Comment

Previous Post Next Post