LIPIS – Selepas tular dalam media sosial tindakannya membidas calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands yang datang berkempen, seorang wanita warga emas di sini Rahana Hassan,76, menegaskan dia tidak takut dikenakan tindakan.
Menurutnya, tiada apa yang perlu ditakutkannya kerana dia bukannya pengkhianat negara.
Katanya, dia hanya bercakap benar mengenai nasib masyarakat Melayu yang bagaikan menumpang di tanah air sendiri dan sikap pemimpin yang hanya datang semasa hendak mengundi.
“Kalau makcik tak berani cakap esok masa depan anak cucu kita macam mana? Makcik tak takut, kalau kata salah nak ambil, ambillah (tindakan).
“Sebelum ini mereka (calon-calon) tidak pernah datang tetapi bila hendak mengundi baru datang” katanya ketika ditemui di kedai runcitnya di Felda Sungai Koyan 1 di sini hari ini.
Baru-baru ini tular dalam media sosial rakan video tindakan Rahana yang membidas M. Manogaran ketika calon PH itu melakukan kunjungan mesra di kedainya dalam sesi kempen.
Dalam rakaman tersebut, Rahana meminta ‘surat lawyer’ daripada Manogaran sebagai bukti PH dapat menunaikan janji yang diberikan kepada pengundi-pengundi dalam PRK Cameron Highlands.
Video berdurasi 20 saat yang difahamkan dirakam oleh juruvideo portal Malaysia Gazette. – UTUSAN ONLINE
Sumber Makcik Rahana ‘sekolahkan’ calon PH tidak takut dikenakan tindakan
Tags:
mazeer