Pemandu Toyota Vios Didapati Positif G anja Oleh Pihak Berkuasa



PULAU PINANG 21 Jan. - Pemandu Toyota Vios yang terbabit dalam kemalangan sehingga menyebabkan sebuah kenderaan SUV terhumban ke laut didapati positif dadah jenis ganja.

 Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, keputusan itu diperoleh hasil ujian air kencing ke atas pemandu berkenaan dan polis kini juga sedang menunggu hasil ujian dar ah bagi menentukan kandungan alko hol.

Tambah beliau, maklumat awal yang diterima pihaknya mendapati kedua-dua pemandu yang terlibat di dalam kemalangan itu merupakan rakan dan baru pulang dari sebuah pusat hiburan di Lebuh Chulia di sini pada pagi kejadian.



 "Mereka pada mulanya berhibur bersama lima lagi rakan yang lain dan ketika kejadian dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing di Seberang Perai dan Butterworth. "Lima lagi rakan mereka tinggal di bahagian pulau dan polis juga sudah mengambil keterangan mereka bagi membantu siasatan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

 Menurut Nik Ros Azhan, polis akan mengambil keteranga pemandu Toyota Vios berkenaan sebaik sahaja dia selesai mendapatkan rawatan. Katanya, remaja berkenaan selepas kema langan itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini kerana kece deraan di badan, tangan dan kepala namun dibenarkan keluar semalam.



Bagaimanapun, katanya, remaja berkenaan pengsan di rumah selepas mendapatkan rawatan dan dirujuk ke sebuah hospital swasta di Butterworth untuk rawatan lanjut. "Setakat yang kita difahamkan, kecederaannya tidak serius tetapi doktor sedang memantau berikutan ada pendarahan di bahagian kepala.

 "Kita akan mengambil keterangan pemandu berkenaan selepas dia selesai mendapatkan rawatan," katanya. Menurut beliau, buat masa ini kes itu disiasat di bawah Seksyen 42 (1) namun kemungkinan akan diubah kepada Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) sekiranya mangsa ditemukan. - UTUSAN ONLINE

sumber : penang kini

Sumber Pemandu Toyota Vios Didapati Positif G anja Oleh Pihak Berkuasa

Post a Comment

Previous Post Next Post