Pihak Zakat Dan JKM Kecewa Dengan Laporan Wartawan Tampil Kongsikan Perkara Sebenar..



Kenapa kami kata begitu?

Kerana telah banyak kali terjadi wartawan dari media tidak lapor dengan baik.

Lihat saja contoh kes yang ditularkan oleh wartawan Kosmo Online pada 16hb Januari 2019 berkenaan keluarga daif tinggal dalam dangau yang dilaporkan susah tetapi tidak langsung dinyatakan bantuan yang telah keluarga ini dapat iaitu bantuan zakat secara bulanan.

Pihak zakat dan JKM telah melawat keluarga ini terlebih dahulu pada 22hb November 2018.

Sekiranya wartawan ini seorang yang beretika sudah pasti akan melaporkan dengan lengkap segala butiran kes seperti mendapatkan maklumat sekiranya ada dapat mana-mana bantuan atau tidak.

Bagaimana nak dapat maklumat?

Wartawan mudah sahaja boleh “access” dengan pihak berwajib seperti pihak zakat ataupun JKM atau Ketua Kampung Kariah tersebut.

Sekiranya wartawan tidak melaporkan dengan cukup zat maklumat,netizen yang suka menyalahkan pihak-pihak berwajib memang suka sangat untuk mengecam dan membawang tanpa usul periksa.

Mana pihak zakat??makan gaji buta??..antara kata2 nista netizen yang selalu didapati dalam ruangan komen.

Ini sangat bahaya!! kerana sedikit demi sedikit ianya menghakis kepercayaan kepada pihak zakat khususnya.Siapakah ejen penghakis ini??jawabnya… wartawan.

Tidak salah langsung sekiranya wartawan sama-sama membantu pihak zakat dalam menyantuni asnaf dan mereka yang dalam kesusahan kan?? #Bersamabergandingbahu.

Sumber: FB Kisah Zakat Malaysia

Keluarga daif tinggal dalam dangau



Mohd. Ridzuan dan Norshafizawati bersama bayi mereka berusia 15 hari tinggal di sebuah dangau di Kampung Pecah Gadong, Pokok Sena.

ALOR SETAR – Kesempitan hidup menyebabkan sepasang suami isteri dan dua anak mereka termasuk seorang bayi berusia 15 hari terpaksa tinggal di sebuah dangau yang dibina sendiri di Kampung Pecah Gadong, Jalan Kuala Nerang di Pokok Sena di sini.

Dangau yang dibina dengan menggunakan kayu hutan dan kanvas itu menjadi tempat berteduh pasangan suami isteri, Mohd. Ridzuan Ismail, 36, dan Norshafizawati Shaari, 33, serta dua anak mereka sejak 10 bulan lalu.

Norshafizawati yang baru melahirkan anak kelimanya, Puteri Karissya Amara pada 1 Januari lalu itu kini menjalani tempoh berpantang di dangau tersebut.

Menurut Norshafizawati, dia dan suami membuat keputusan untuk berpindah ke dangau selepas rumah yang didiaminya sebelum ini sudah terlalu ramai penghuni.

“Sebelum ini seluruh keluarga termasuk ibu bapa saya menumpang rumah ibu saudara yang terletak berdekatan dan lama kelamaan keadaan menjadi agak sesak.

“Jadi, saya dan suami buat dangau kecil untuk kami sekeluarga berteduh,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, dangau itu hanya dihuni dia bersama suami dan dua anak berusia enam tahun dan bayi manakala anak berusia 10 tahun tinggal dengan neneknya sementara dua lagi berusia 12 dan 13 tahun tinggal di Kompleks Asrama Anak Yatim dan Miskin Baitul Ehsan di Kampung Perik, Padang Terap dekat sini.

“Pada waktu malam, saya akan hantar bayi untuk tidur dengan neneknya di rumah ibu saudara atas faktor keselesaan dan keselamatannya memandangkan ada beberapa kali ular dan kala jengking ditemui di sini,” ujarnya.

Sementara itu, suaminya Mohd. Ridzuan berkata, dia kesal kerana tidak mampu untuk menyediakan rumah yang selesa buat isteri dan anak-anaknya kerana masalah kewangan.

“Saya menyara keluarga dengan menoreh getah dan mencari ulam untuk dijual dan pendapatan yang diperoleh tidak menentu antara RM400 hingga RM600 sebulan,” katanya.

Bagi yang mahu menghulurkan sumbangan boleh menghubungi Mohd. Ridzuan di talian 013-8973 640.

Sumber- K! ONLINE via celotehsaja.com

Sumber Pihak Zakat Dan JKM Kecewa Dengan Laporan Wartawan Tampil Kongsikan Perkara Sebenar..

Post a Comment

Previous Post Next Post