Sengugut teruk,kerap kencing tanda ada fibroid. Ini 20 jenis makanan yang boleh bantu kecutkan cyst dan fibroid.



Senggugut teruk, kerap kencing adalah antara tanda ada FIBROID. 20 makan ini akan bantu kecutkan cyst dan fibroid. Jom ambil tahu dan Amalkan.


Jangan biarkan cyst anda semakin membesar begini.Ramai dikalangan wanita yang mengalami masalah pada rahim seperti cyst, fibroid, endometriosis dan sebagainya tetapi hanya menyedarinya setelah simptom simptom yang ketara di rasai.Kebiasaannya simptom seperti pendarahan yang banyak, senggugut yang kronik, perut semakin membuncit, sakit ketika hubungan intim atau kencing terlalu kerap berlaku apabila saiz cyst atau fibroid itu semakin membesar.

Lebih menyedihkan apabila rahim terpaksa dibuang ketika usia masih muda dan belum melahirkan anak. Namun masalah ini dapat diatasi dengan baik sekiranya wanita peka dan menjaga peranakan mereka dengan baik.Menurut Dr Hamid, bagi pesakit yang menghadapi masalah berkaitan peranakan seperti cyst, fibroid dan endometriosis ini akan pulih dengan penjagaan makanan yang betul.

Ketumbuhan seperti cyst, fibroid atau kanser adalah disebabkan oleh hormon estrogen yang berlebihan diddalam badan wanita. Oleh itu makanan yang di ambil oleh setiap pesakit cyst atau fibroid atau pesakit kanser perlulah dapat mengurangkan penghasilan hormon estrogen yang berlebihan.

Berikut dikongsikan pemakanan yang disarankan oleh Dr Hamid .

20 MAKANAN UNTUK PESAKIT CYST DAN FIBROID

Ambil makanan yang bertindak sebagai anti estrogen.Makanan2 ini mengadungi aromatase inhibitor yang blok pembentukkan estrogen. Juga mengandungi bahan2 lain saperti sterols, quercetin, DIM, chlorophyls, resveraterol, proanthocyanidin, flavanoids.

Buah delima/promagenate,Sayur2 broccoli, kobis, califlour, bak choy, raddish. Minyak zaiton.Cendawan.Anggor merah dan biji.Oats.Teh hijau.Buah2 citrous – lemon, limau nipis, grape fruitsKacang2 almond, walnut, peanuts, gajus. Yang tidak diroasted.Bawang merah.Kunyit.Spirulina, chorella.Sayur2 hijau , sawi, bayam, salad dll.Minyak kelapa dara.Bawang putihKucai dan celery

Berries – blue berries, black currant.Maca

Fax seeds.Makanan2 fermented – yougat, tapai, kimchi. Bekalkan probiotik atau good bakteria.
Selain daripada pemakanan harian,

Dr Hamid juga menyarankan supaya pesakit mengamalkan suplimen untuk mempercepatkan kesembuhan seperti vitamin c, vitamin e, kalsium, multivitamin (vitlea) , minyak ikan (omega guard) yang kaya dengan omega 3 . Suplimen ini diambil sepanjang hayat.

SENGGUGUT TERUK , PERUT BUNCIT , KERAP TERKENCING PETANDA ADA FIBROID

Fibroid memang satu masalah ketumbuhan yang tak asing lagi bagi wanita. Ada yang cakap tak merbahaya , tetapi kurang dari 1% fibroid boleh bertukar menjadi merbahaya yang dinamakan sebagai LEIOMYOSARCOMA. Anda ada simptom senggugut teruk?Fibroid adalah sejenis ketumbuhan tak berbahaya yang melibatkan dinding rahim. Juga dipanggil sebagai leiomyoma. Ada pelbagai jenis fibroid – merangkumi saiz yang berbeza dan lokasinya pada dinding rahim tu.



Walaupun tanpa kita sedar, fibroid tetap wujud dan jangan terkejut kalau doktor dan scan ternampak fibroid. Daripada 3 orang wanita seorang akan ada fibroid. Ada kalanya fibroid ini menimbulkan masalah seperti senggugut teruk, terasa seperti ada benda yang menekan pundi kencing menyebabkan kerap terkencing serta perut buncit seperti orang mengandung.

Terasa nak buang air besar tapi tak nak keluar pun. Ada yang rasa sangat sakit ketika bersama dengan suami.Fibroid ni berkaitan dengan hormon wanita iaitu estrogen dan progesteron. Jadi bila da menopos atau putus haid, takde dah bekalan hormon hormon ini menyebabkan saiz fibroid ni mengecut. Tapi, jika da putus haid, saiz fibroid plak tak mengecut sebaliknya makin besar atau bertambah-tambah jumlahnya adalah tanda-tanda tak bagus – fibroid ini adalah jenis yg bahaya ( leiomyosarcoma)

PERLUKAH ADA PEMB EDAHAN FIBROID?

Pembedahan membuang fibroid dikategorikan kepada dua:

Buang fibroid sahaja dan dan biarkan rahim

Untuk mereka yg bercadang untuk mengandung. Walaupun begitu still ada risiko pendarahan dan menyebabkan rahim terpaksa dibuang.

Membuang rahim bersama fibroid

Ada kes yg memerlukan rahim dibuang bersama sama dgn fibroid lebih lebih lagi jika Dr berasakan fibroid ni adalah jenis bahaya ataupun saiz fibroid tak kecut2 walaupun sudah menopos. Ada fibroid kecil yg ganggu kesuburan atau sebabkan period banyak boleh dilakukan secara hysteroscopy.

Setiap operation ada risiko dan komplikasi yg boleh timbul. Operation ni adalah pilihan yang terakhir jika ubat-ubatan yg diberikan tidak mampu merawat fibroid. Org puteh cakap LAST RESORT. Setiap cara rawatan perlukan penilaian klinikal dan pemeriksaan Dr. Bukan boleh pilih pilih ikut suka hati ikut sedap hati. Satu lagi, fibroid dan cyst tu dua benda yang SANGAT BERBEZA.

kredit : nasihatpakcik

Sumber Sengugut teruk,kerap kencing tanda ada fibroid. Ini 20 jenis makanan yang boleh bantu kecutkan cyst dan fibroid.

Post a Comment

Previous Post Next Post