SAMPAI sekarang kakak tak balik ke pangkuan keluarga dan dia merupakan kakak yang paling baik dalam family aku. Dia kahwin lari dengan lelaki yang dia paling benci.
Benda ni awalnya terjadi beberapa tahun lepas, waktu kakak aku mula bekerja di kedai hardware sebagai kerani dan boleh dikatakan buat kerja all-in-one la. Kakak aku ni lembut orangnya dan jenis suka pendam masalah dia lah adik beradik paling lembut dan baik gi la.
Bayangkan waktu kakak study di kolej boleh dikatakan setiap malam call mak ucap selamat malam dan sayang. Kalau kakak balik cuti sem dia mesti bagi duit dekat adik-adik dia bagi senyap-senyap tau. Kakak ni jenis suka bangun solat malam dan mengaji setiap kali lepas solat maghrib.
Lepas kakak habis belajar kolej, dia bekerja dekat kedai hardware. Dia memang berniat kerja situ sambil tunggu offer kerja yang lebih baik lagi. Pemilik kedai tu laki orang, ada tiga atau empat orang anak dan memang jenis jantan gatal gila.
Aku namakan lelaki pemilik kedai tu "Si Hitam," sebab fizikal dia buruk sama dengan hati dia yang hitam.
Kakak aku pernah beritahu dia nampak Si Hitam ni bermesej lucah dengan orang siap orang tu hantar gambar lucah dekat Si Hitam tu.
Si Hitam ni memang ada banyak kes dengan perempuan lain. Si Hitam ni jenis pandai bercakap manis dengan perempuan, suka pergunakan agama dan mulut dia tu aku rasa nak bagi pelempang 1,000 kali je, geram gila aku ingat balik Si Hitam tu!
Pernah kakak aku meluahkan pada kakak lain yang dia rasa dah tak nak gila-gila kerja dekat kedai tu. Tapi dia terpaksa teruskan juga sebab dia nak cari duit bayar kereta setiap bulan. Kakak aku tak nak menyusahkan mak dan abah.
Kakak pernah cakap yang dia benci gila-gila dekat Si Hitam tu.
Satu hari kakak dapat tawaran temuduga untuk kerja di satu tempat ni. Kami minta tolong orang untuk jadi kabel (orang dalam) dan mudahkan kakak aku diserap masuk kerja.
Si Hitam tu tahu kakak aku hadir temuduga tempat tu. Tahu tak apa jadi? padahal ada kemungkinan kakak aku dapat kerja tapi akhirnya tak dapat.
Jadi bermulalah episod kakak aku jadi mangsa Si Hitam tu. Makin lama kakak aku berubah perangai dia jenis yang suka pendam seorang diri jadi kami satu famili tak tahu yang kakak aku ada masalah.
Macam-macam benda dah berlaku, aku sambung belajar jauh dari rumah dan masa ni aku tak tahu apa yang terjadi. Tiba-tiba kakak aku bagi tahu yang dia ambil keputusan untuk sambung degree di UITM Machang, mak dan abah izinkan kakak sambung belajar.
Selepas 3 tahun belajar, kakak dah berada di semester akhir (perlu hadir internship berdekatan rumah), kakak senyap dan tak pulang ke rumah, kalau tak silap 2 hingga 3 hari.
Mak mesej kakak tak reply call tak angkat, jadi kami buat keputusan untuk buat laporan polis yang kakak hilang.
Benda ni sampai ke balai polis Machang (sebab kakak study dekat sana kan), polis sana yang call dan kita orang dapat berita yang sangat menyedihkan.
Kakak beritahu kepada polis:
"Saya sekarang selamat dengan suami saya,"
Satu family terkejut, suami? Mak hampir-hampir nak pitam.
Kita orang tak boleh reach langsung kakak. Sebab "suami" dia tak bagi contact kami. Ya Allah, luluh hati family.
Kita orang gunakan orang tengah untuk tahu lebih lanjut soal perkahwinan kakak tu. Banyak info yang buatkan kami rasa sedih sangat, kami percaya kakak takkan bertindak macam ni.
Kami dapat tahu kakak dah berkahwin 5 atau 6 bulan lepas dari tarikh kakak tak balik rumah. Tarikh tu dua atau tiga hari sebelum raya haji.
Waktu raya haji 2016 kakak balik beraya dekat rumah. Kami sambut happy² kot! Siap tangkap gambar family beramai-ramai, gelak ketawa.
Diorang kahwin lari di Narathiwat. Si Hitam tu dah lama rancang benda ni lepas kejadian ni family kami bertindak untuk dapatkan hak kami.
Nak tahu apa lelaki tu dah buat? Dia yang beri arahan kepada kakak supaya kakak tak boleh jumpa dan contact family! Kiranya kakak ni dah jadi hak dia.
Keadaan kakak macam patung, kakak tunggu segala perintah dari Si Hitam tu sebelum bertindak segala benda. Bayangkan kakak yang lain dan abang pergi ke rumah Si Hitam tu untuk tengok kakak, Si Hitam tu bagi arahan satu persatu baru kakak bertindak buat benda macam orang bodoh pula.
Mak dan abah pergi mahkamah syariah dan fight benda ni. Macam mana boleh kahwin senyap-senyap tanpa minta kebenaran wali? Sepatutnya wali tak izin baru boleh kahwin lari.
Kita orang juga pertikai yang sijil kahwin dia orang tu sah atau tidak sebab dia orang tak ada sijil kahwin Malaysia.
Jadi, mahkamah jatuhkan perintah faraq (berpisah sementara). Selang beberapa hari kakak balik rumah tapi keadaan kakak sangat teruk dan dingin dengan family.
Bila kami cuba bercakap dengan dia kakak akan buat muka yang menjengkelkan dan dia sengaja nak buat kami sakit hati.
Berpisah sementara tu biasanya Mahkamah syariah jatuhkan perintah ni untuk mengesahkan sesebuah perkahwinan. Kakak dah tak boleh tinggal sebumbung dengan Si Hitam tu. Jadi dapatlah juga kakak balik rumah awal tahun 2017.
Disebabkan kakak perlu meneruskan intern dekat pejabat berdekatan rumah, mak dan abah bagi kebenaran kakak keluar pergi intern. Mak dan abah yang hantar kakak pergi dan balik pejabat. Kita orang ingatkan benda ni akan settle tapi malangnya keadaan semakin teruk.
Mak dan abah fikir masa depan kakak. Kalau tak Intern kakak tak boleh grad, tapi lain pula yang jadi selang sebulan dua kami dapat tahu yang kakak banyak kali ponteng waktu intern. Ada orang nampak kakak keluar dengan Si Hitam tu, dia keluar berjam-jam lamanya mungkin bawa balik rumah.
Boleh agak tak kenapa Si Hitam ni bawa kakak balik rumah dia? Si Hitam ni memang gila! Dah ada anak bini nafsu tetap menggila!
Aku dengan kakak lain dan mak abah bincang benda ni. Keesokkan harinya kami ambil keputusan untuk halang kakak pergi intern.
Waktu ni memang drama gila ah. Kakak dah bersiap nak pergi pejabat tapi mak kunci pintu tak bagi keluar dan abah ajak bincang dengan kakak isu ponteng waktu pejabat
Waktu tu abah bercakap dan tegur kakak, slow-slow kakak lain datang dekat dengan kakak aku lepas tu terus rampas beg tangan kakak!
Waktu ni memang gila sebab kakak aku ni dah macam orang gila! Dia menjerit macam orang tak betul sebab kami nak ambil beg tangan dia.
Serius, kakak macam orang gila Dia menjerit sampai kalah suara kami padahal dia ni jenis lembut nak keluar suara pun ya ampun lembut tau. Masa ni kami bergelut sampai terselak segala benda, kudrat kakak kalah dua orang yang tengah bergelut kuat gila dia waktu tu.
Abah aku join sekali barulah mampu nak rampas beg tangan dia tu. Kami nak rampas sebab nak ambil handphone dia. Tak bagi contact Si Hitam tu sebab makin lama makin teruk keadaan kakak, kita orang nak usaha sembuhkan kakak.
Serius panjang cerita ni dan sangat complicated. Aku ada lagi cerita kejadian dekat hospital, enam orang polis datang rumah sebab kakak, kakak mengamuk sampai aku cedera dan cerita dekat Mahkamah syariah yang Si Hitam ni bawa lari kakak ikut pintu belakang.
Nanti aku sambung sampai habis pengakhiran yang sadis. Aku terdetik nak taip cerita ni sebab aku dapat gambar ni dalam WhatsApp family. Kakak aku yang berdiri tengah tu, diri dia yang dulu dah tak ada, kami rindukan dia sangat-sangat setiap minggu mesti hadir dalam mimpi aku.
Okey sorry berhenti tengah jalan cerita ni. Lepas kita orang dah rampas beg tangan (ada handphone kakak), laptop pun rampas, bilik kakak pun abah dah rosakkan tombol pintu (risau kakak buat hal kunci bilik je dan depression seorang diri). Bermulalah hidup kakak yang kita orang tak bagi dia keluar rumah.
Kakak mula protes tak nak turun tingkat bawah (rumah kami dua tingkat) dan tak nak makan. 24 jam duduk dalam bilik je, setiap hari pagi tengahari malam adik dan mak yang akan bawa makanan ke bilik kakak.
Mula-mula memang tak nak makan lama-lama makan juga sampai habis.
Kalau kita orang cuba nak borak dengan dia, memang teruklah dia menjerit marah dekat kita orang balik. Memang kakak cuba macam-macam cara nak buat kita orang bencikan dia. Bayangkan dari seorang yang ada personaliti lembut dan baik tapi sekarang perangai berubah 360°
Mak yang dia sayang gila-gila ni pun dia boleh lawan dan bercakap kasar. Serius personaliti dia memang berubah gila. Tapi satu hari tu ter kantoi, laptop kakak yang rosak boleh guna balik.
So dia guna laptop nak berhubung dengan Si Hitam. Apa lagi kami terus rampas laptop tu.
Aku buka laptop kakak dan tengok history. Ada banyak gila gambar dia hantar email dekat Si Hitam. Dia guna email kedai Si Hitam tu, aku syak kakak masih buat kerja-kerja untuk kedai Si Hitam tu. Benda yang aku risau kakak ada send gambar tanpa ada subjek. Aku risau kakak send gambar family.
Kakak ni memang aku rasa macam gila lah! Dia memang selalu log out email kedai tu, macam selalu bersedia kalau kita orang rampas laptop tu. Tapi dia terlupa nak log out Facebook sendiri.
Aku check mesej, dan nampak mesej Si Hitam tu.
"Abang tak tahan ni, abang rindu A (nama kakak)"
WTF!
Aku dapat tahu juga kakak memang akan padam perbualan di Facebook dengan Si Hitam tu. Sebab aku tengok di history banyak gila "pop out" mesej kakak dengan Si Hitam. Jadi mesej last yang aku baca tu mungkin kakak tak sempat delete.
Lepas rampas laptop kakak buat hal lagi. Senyap-senyap kakak curi handphone adik lelaki bila tanya kakak dia marah balik tak mengaku. Lepas adik lelaki adik perempuan pula jadi mangsa handphone kena curi. Memang kakak yang curi pun ambil masa berbulan jumpa balik handphone.
Tapi dua-dua handphone tak boleh guna. Satu ada password dan satu lagi tak dapat kesan wifi. Sepanjang kakak ada dekat rumah dia macam mayat hidup berjalan sambil termenung, duduk dalam bilik termenung, kita orang cuba borak dia tengking kita orang balik.
Sampailah satu tahap dia macam bercakap seorang diri.
Kami tak tahu apa yang dia cakap seorang diri tu. sebab berbisik-bisik kita orang cuba macam-macam cara nak sembuhkan dia tapi tuhan belum izinkan lagi.
Sampailah masuk bulan Romadon 2017. kakak masih protes tak nak turun makan tapi kami tetap bawa makanan ke bilik dia.
Waktu ramadan tu memang special gila makanan kakak. nak beli makanan mesti mak abah akan fikir nak beli makanan special khas untuk kakak je. Sebab nak pastikan kakak makan sampai habis.
Waktu Ramadan mak memang tak putus-putus berdoa supaya kakak sembuh.
Satu hari tu kakak tiba-tiba panggil mak dari tingkat atas. Mak masuk bilik kakak dan terkejut banyak darah, rupa-rupanya kakak gugur waktu ni bulan Ramadan lagi.
Mak abah terus bawa kakak ke hospital tapi kakak perlu dipindahkan ke hospital lain untuk cuci rahim dia.
Dari Gua Musang ke Kuala Krai, aku yang teman kakak duduk dalam ambulan. Mak abah menyusul selepas tu.
Waktu ni bila borak dengan kakak dia akan balas segala pertanyaan aku dengan lembut aku yang tolong bawa kerusi roda kakak sepanjang berada di hospital.
Aku tunggu kakak sehingga waktu melawat habis, selang beberapa minit selepas waktu berbuka puasa mak abah tiba di hospital, kami bertiga berbuka puasa sambil minum air kotak je.
Mak pula tengah tergesa-gesa nak jumpa kakak dalam wad lepas selesai jumpa kakak baru kami ada peluang makan nasi.
Waktu makan mak abah asyik cakap:
"Harap apa yang jadi ni akan sedarkan kakak, dan harap dia akan berubah jadi diri dia yang asal,"
Kita orang harap sangat dia sedar tapi ada sesuatu yang terjadi keesokkan hari dekat wad.
Waktu melawat aku dan mak abah yang tunggu kakak tiba-tiba Si Hitam tu datang. Dia datang dengan angkuh dan cakap dengan kuat.
"A bagi tahu abang siapa yang buat A jadi macam ni?" Lepas tu Si Hitam tu senyum sinis dekat mak abah! Satu wad dengar suara jantan gila ni.
Waktu ni mak abah jadi kaku dan senyap! Aku protes keluar dari wad dan call family member yang lain.
Bila aku masuk balik wad tiba-tiba satu wad kecoh mak abah gaduh dengan Si Hitam tu. Jantan gila ni nak anak orang tapi layan parent orang biadap gila! Aku join buat kecoh juga!
Si Hitam ni boleh pula dia tanya aku,
"Kau ni siapa nak cakap macam tu ha? Ini bini aku!"
Aku balas balik,
"Eh, kakak aku ni family kami Apa hak kau senang nak ambil anak orang ni ha?"
Serius kecoh gila dalam wad dan pak guard datang halau Si Hitam tu.
Aku menangis gila-gila waktu ni sebab aku kecewa. Aku ingat kakak akan berubah tapi tak.
Katil sebelah kakak aku yang bagi tahu dia bagi pinjam handphone pada kakak sebab tu Si Hitam tu datang.
Pesakit katil sebelah minta maaf dengan kami sebab dia tak tahu pasal ni.
oh ya aku lupa nak cerita ada satu kejadian selang seminggu selepas kakak aku balik rumah selepas mahkamah jatuhkan perintah 'faraq'
Si Hitam tu datang rumah kami dan mengamuk luar rumah macam orang gila dia datang pukul 11 malam siang hari confirm takut malu dengan orang.
Bayangkan pukul 11 malam, tiba-tiba satu family terkejut ada orang mengamuk dan menjerit macam orang gila depan rumah jiran selang 10 buah rumah pun dengar.
Dia mengamuk asyik cakap, "A tu bini aku hak aku!"
Si Hitam tu asyik ulang ayat tu je macam orang gila!
Abang aku hampir nak menumbuk tapi mak aku halang. bila habis gaduh tu Si Hitam balik dan kita orang terus pergi balai polis buat laporan.
Kakak aku waktu tu masih ada handphone dia sempat Call Si Hitam tu cakap yang mak abah pergi balai.
Bila mak abah sampai Balai terus nampak Si Hitam tu dekat depan kaunter balai tu! WTF!
kita orang nak buat laporan yang Si Hitam ni serang rumah kami tapi pihak polis bagi tahu balik, 'Kami tak nak masuk campur isu family,"
Si Hitam ni serang rumah orang kot! Sakit hati gila!
Keesokan hari adik bongsu aku demam mengejut sebab dia terkejut kejadian mengamuk malam semalam. Dua tiga hari juga demam panas.
Benda ni bagi kesan mental kepada keluarga aku. Tak pernah jadi benda macam ni.
Panjang lagi cerita macam-macam benda berlaku dalam masa setahun. Sembilan kali naik turun Mahkamah Syariah.
Nanti aku sambung lagi. Pukul 2-3 petang nanti aku janji akan taip sampai habis. Sorry cerita tergantung kejap.
Tolong jangan jadikan isu pula aku panggil "Si Hitam" tu. Sebab hitam bagi aku pure 100% hitam dan bukan warna kulit. jadi jantan tu perangai buruk dan hati hitam sebab tu kita orang panggil dia Si Hitam.
Hi aku sambung balik cerita.
Isu kakak aku gugur tu memang buat kita orang rasa sakit hati gila sebab doktor periksa kandungan kakak sebulan lebih atau dua bulan.
Padahal mahkamah jatuhkan perintah 'faraq' hampir empat hingga lima bulan. Maknanya dia orang pernah bersama dalam tempoh faraq (berpisah sementara) tu!
Mana boleh bersama sebab Mahkamah syariah nak sahkan dulu pernikahan dia orang. Bayangkan kalau perkahwinan tak sah senang-senang dia ajak anak orang berzina?
Ini juga bukti yang kakak ponteng waktu kerja internship, jantan tu bawa balik rumah buat benda tak elok.
Bila kejadian ni berlaku family bertambah strict dan makin berjaga-jaga risau ada perkara lain berlaku. Kita orang berusaha macam-macam cara nak sembuhkan kakak.
Sepanjang dalam tempoh naik turun mahkamah untuk fight soal perkahwinan kakak memang kami sekeluarga penat sangat-sangat.
Sebab jantan tu failkan kes ni di Mahkamah Kota Bharu. Kami dari Gua musang ke Kota Bharu ambil masa 3-4 jam!
Jantan tak guna tu juga sengaja failkan di Mahkamah Kota Bharu.
Si Hitam tu sengaja failkan di Mahkamah Kota Bharu:
1. Nak menyusahkan kami sekeluarga
2. Nak jaga aib dia. Dia malu nama dia tercemar di Gua Musang.
Orang bisnes kan, jadi takut malulah asyik pergi turun naik mahkamah syariah di Gua Musang.
Aku dapat tahu Si Hitam ni tukar alamat IC semata-mata nak failkan kes dia di Mahkamah Kota Bharu.
IC lama dia alamat di Gua Musang, dia tukar alamat baru, aku jumpa 'softcopy' IC lama Si Hitam ni dalam laptop kakak.
Menyusahkan kami tahu tak? Aku syak dia ada kawan orang dalam yang ajar.
Okay, seterusnya benda yang tidak dijangka berlaku dua kali Si Hitam ni datang rumah kami dengan dua orang polis.
Dia datang dengan kereta peronda polis. WTH? Apa kaitan dengan polis? Dia datang waktu maghrib pula tu, Dia cakap dia nak jumpa kakak aku tapi ayah aku tak bagi.
Kali pertama dia datang rumah kami waktu maghrib tu, abah buka pintu dan tergamam tengok Si Hitam dengan polis datang rumah.
Si Hitam ni tiba-tiba acah baik nak bersalaman dengan abah. Abah sambut jahlah salam tu macam biasa tapi rupa-rupanya ada benda.
Tak silap aku jantan tu nak Salam mungkin sebab dia nak "kirim benda' dekat abah. Beberapa hari lepas tu ada Ustaz tegur abah dia nampak ada "sesuatu" ikut abah. Ustaz tu dah tolong abah buang benda tu, mujur dapat kesan awal-awal.
Kali kedua jantan tu datang lagi dengan polis waktu maghrib lagi. kita orang pelik kenapa polis ni baik hati sangat nak teman Si Hitam ni datang rumah kami?
Padahal sebelum ini kami buat aduan Si Hitam serang rumah boleh pula polis pertikai,
"Tak nak masuk campur urusan keluarga,"
Kali kedua Si Hitam tu datang rumah kami waktu maghrib memang abah tak buka langsung pintu. Kami tanya polis yang ikut Si Hitam tu untuk tunjuk kat polis tapi dia orang tak nak bagi.
Tiga empat kali juga kakak cuba untuk lari dari rumah kami selalu berjaga-jaga kunci pintu 24 jam. pisau dan benda tajam dalam rumah pun mak simpan rapi dalam laci rumah risau kakak bertindak benda luar akal.
Pernah aku tengah borak dengan mak dekat dapur tiba-tiba nampak kelibat kakak.
Kakak pakai baju cantik-cantik bawa beg tangan nak keluar dari rumah! Aku dengan mak terus kejar dari belakang cepat-cepat macam aksi kejar mengejar pula.
Mak menjerit-jerit dari belakang sambil kejar kakak di ruang tamu. Aku ni berbadan gempal tahu aku sempat peluk kakak aku dari belakang.
Kakak aku ni kurus kering berat 41 kg ++ tapi dia punya kekuatan kalah aku yang badan gempal ni.
Dia sempat buka pintu tapi mujur pintu grill utama mak aku sempat kunci.
Walau pintu grill kunci tapi masih nampak orang dekat luar rumah kan, waktu ni malu gila malu sangat-sangat.
Rumah aku tepi jalan raya berdekatan kawasan kedai dan sekolah rendah waktu tengah hari mesti la ramai orang sebab budak sekolah balik.
Kakak aku tanpa segan silu Dia menjerit macam orang gila depan rumah aku dia menangis menjerit sambil panggil "Abe tolong saya Abe!" (Abe: Si Hitam).
Aku sempat tutup kepala dengan tuala waktu pintu terbuka malu gila semua orang berdekatan berlari ke rumah kami nak tengok apa yang berlaku.
Mujur ada pintu gril Kalau tak aku tak tahu apa lagi yang kakak akan bertindak macam dia dah tak waras.
Waktu aku bergelut dengan kakak ni tangan dan kaki aku cedera berdarah. awalnya aku tak perasan berdarah mak tegur baru aku perasan, cermin mata pun patah.
Banyak kali juga kakak cuba nak lari rumah. Benda ni berulang-ulang dia akan duduk depan pintu sambil menjerit-jerit panggil "Abe!"
Jiran pun dah biasa bila dengar kakak menjerit ni orang tengok dari jauh je macam kakak ni tak waras.
Ada satu kejadian waktu petang kami satu keluarga pelik kenapa kakak melawa. Pakai tudung kemas-kemas macam nak keluar rumah, kita orang berlagak macam biasa mungkin dia nak cuba lari dari rumah lagi.
Selang beberapa minit ada enam orang polis datang rumah. Polis beritahu kepada family:
"Kami dapat laporan ada orang cuba untuk bunuh diri di rumah ini,"
Serius benda ni berlaku aku rasa macam drama pula. Sebab benda ni macam tak masuk akal, macam manalah Si Hitam tu terfikir untuk rancang dan buat benda ni.
Satu famili terkejut siapa yang nak bunuh diri? Polis tu bagi tahu nama penuh kakak aku. Padahal kakak tengah rilek je, pakai lawa-lawa macam nak keluar rumah.
Polis tak nak bagi tahu siapa yang lapor benda ni tapi kami memang dah syak. Si Hitam ni memang betul-betul gila Dia siap pergi heboh dekat tok imam suruh datang rumah kami pergi tengok yang kakak nak bunuh diri.
Bukan setakat tok imam dia juga contact pakcik lain.
Okay, selingan kes cuba bunuh diri ini buat pengetahuan kau orang Kami dah rampas semua benda yang ada potensi kakak boleh contact dengan Si Hitam.
Apa yang jadi misteri dia orang ni macam contact each other? Kami buat spot check di bilik kakak cari telefon yang kemungkinan kakak sorok.
Tapi tak jumpa apa-apa benda pun dekat bilik kakak. Aku periksa dekat tubuh kakak yang kemungkinan dia sorok benda dekat badan dia tapi tak jumpa. Sampai sekarang benda ni masih jadi misteri.
Sambungan kes bunuh diri tu polis yang datang rumah siap bawa beg mungkin emergency Kit untuk tangkap orang tak waras atau cuba bunuh diri.
Polis yang datang semuanya baik macam biasalah ada polis sokong kami, ada polis jenis keras kepala tersengih je bila dengar cerita kami.
Polis "slow talk" dengan kakak, borak dengan mak abah. Ada polis yang sengaja tanya kakak, "Awak nak kalau kami tangkap mak ayah awak masuk lokap?" kakak aku jawab dia tak kisah Polis nak tangkap pun asalkan dia dapat keluar dari rumah kami.
Polis tu tanya lagi, "Tak kisah mak ayah gadai nyawa?" Kakak aku berkali-kali jawab dia tak kisah langsung. Polis tu tak jangka langsung benda ni keluar dari mulut kakak aku yang luaran nampak macam budak baik.
Waktu polis "slow talk" dengan kakak, banyak benda juga kakak tipu. Dia bagi tahu pada polis yang kami kurung dia tak bagi makan. Padahal tiap hari mak dan adik bawa makanan ke bilik dia. Dia cuma makan dan tinggal pinggan kotor je tiap minggu ada je makanan istimewa.
Dipendekkan cerita, segala benda terjadi hampir setahun memang penat fizikal dan mental nak lawan benda ni.
Sebab kami tahu Si Hitam ni bukan nak sangat kakak. Dia sengaja nak balas dendam dan nak menang dalam "perang" ni je.
Aku dapat info yang Si Hitam ni ada perempuan lain sepanjang tempoh faraq.
Kes mahkamah mengenai isu perkahwinan kakak ni 9 kali juga tangguh 2 kali kawan baik kakak teman kami untuk perbicaraan di mahkamah.
Tapi dunia kakak ni ibarat ada jantan tu seorang je. Kawan baik dia pun dia layan kasar.
Pernah aku tengok dari jauh kawan kakak yang jenis sabar dan lembut tu pun tak mampu nak tahan perasaan marah dia tegur kakak aku,
"A sedarlah, jangan buat macam ni! Ingat family, ingat tuhan!"
Tapi kakak aku marah kawan dia balik.
Mulut kakak asyik terkumat-kamit macam cakap sorang-sorang kawan dia tengok dan rasa geram giler dia tanya kakak aku,
"A! Dah la macam tu! Awak cakap dengan siapa tu?"
Tapi kakak aku tengok kawan dia dengan pandangan kosong dan senyap je tak jawab pertanyaan tu.
Pernah dekat mahkamah Kami sekeluarga tunggu giliran untuk perbicaraan tiba-tiba kakak bangun dan terus jalan macam zombie. Satu family terkejut tiba-tiba je!
Kami berjemaah terus kejar kakak aku dia marah kami jangan ikut dia ke tandas. Tapi waktu nak ke tandas tu, kakak macam tengah tercari-cari benda, aku bagi direction dia ke tandas.
Bila kakak masuk tandas selang beberapa minit Si Hitam tu keluar dari tandas lelaki sebelah.
Satu family terkejut macam kakak aku ni dapat signal dia ada dekat situ.
Si Hitam tu buat muka relaks dan duduk atas kerusi menunggu depan tandas perempuan. Kami semua rasa geram gila, aku geram nak sepak pukul je!
Serius benda ni memang pelik macam kakak aku ni dipanggil dan aku rasa jantan ni sengaja nak jumpa kakak sebelum perbicaraan mahkamah.
Bila kakak keluar dari tandas automatik kakak macam orang tak waras kakak terus nak pergi dekat nak peluk Si Hitam buruk tu.
Kami sekeluarga sempat halang riuh juga luar mahkamah. Kerani mahkamah marah kami dan Si Hitam ni "play victim" cakap kami yang sedang dia.
Jadi perbicaraan diteruskan kami yang terakhir untuk naik court. Okey aku nak share isu mahkamah ni, kami siasat sijil nikah Narathiwat tu, satu saksi orang Thailand, satu nama saksi orang Malaysia, IC dan alamat tak wujud!
Kami periksa IC tak wujud. kami pergi periksa latar belakang alamat rumah saksi sijil nikah tu mereka guna alamat tipu.
Alamat rumah tu milik kawan mak dan abah. walaupun tu rumah sewa tapi sebelum ni tiada nama penyewa seperti dalam sijil nikah tu.
Dalam sijil nikah Si Hitam tu sengaja nak tunjuk ajar banyak duit walau hutang berlambak. Dia letak jumlah hantaran RM13K.
Kami tanya kakak mana bukti RM13K? Kakak senyap. tak kisah soal duit tapi soal maruah ni lebih penting kalau dalam sijil nikah pun boleh tipu, agak-agak?
Jadi perbicaraan mahkamah tamat kerani mahkamah minta semua orang dan famili berkumpul dekat satu ruangan untuk beritahu apa keputusan mahkamah.
Jadi kerani mahkamah tu beritahu Hakim dah putuskan,
"Perkahwinan mereka sah,"
Ya Allah, sedih waktu kejadian ni mahkamah ni sadis gila sebab kami sekeluarga belum tahu keputusan tapi Si Hitam dan geng awal-awal dah tahu keputusan ni.
Dia orang awal-awal dah bawa lari kakak aku ikut pintu belakang mahkamah.
Bayangkan waktu family Tengah sibuk menunggu dan nak dengar keputusan dari mahkamah, Si Hitam dan Geng, tu guna peluang ni untuk bawa lari kakak!
Kami tak sempat jumpa kakak lepas perbicaraan. patutnya orang dalam mahkamah tu pertimbangkan benda ni Kenapa dia orang tahu keputusan tu dulu?
Info tambahan lagi:
Sepanjang 9 kali tangguh perbicaraan mahkamah, kami ada bayar peguam, tapi peguam tu "blur" gila! dalam mahkamah terjaga dan bila tanya soalan dia jadi macam bingung sikit. jadi kami putuskan berhenti ambil peguam walau dah habis duit beribu juga.
Padahal kami bayar peguam yang orang recommended kot! Kiranya terbaik juga.
Isu pernikahan sah atau tak
Pihak mahkamah cakap kalau kahwin dekat Narathiwat memang sah, isu saksi tipu tu pihak mahkamah cakap tak apa, asalkan ada saksi waktu mereka kahwin di masjid yang ada link/berdaftar dengan Malaysia.
Waktu perbicaraan tu Si Hitam bawa tiga orang saksi yang Kamisah saksi tipu saksi tu tak ada bukti bertulis pun.
Bayangkan lepas habis perbicaraan kau tengok muka sehitam ni keluar court senyum sinis gelak ketawa, masa tu semua family rasa geram gila.
Lepas tahu keputusan mahkamah dan kakak dibawa lari tu memang semua menangis. Perasaan kecewa, sakit hati dianiaya, kami kehilangan family kami!
Kami lawan benda ni demi masa depan kakak. Lagipun kami lawan sebab Si Hitam ni orang jahat takkan mak abah nak bagi anak percuma dekat orang yang berhati syaitan?
Mak asyik cakap, "Aku besarkan anak aku, aku lahirkan anak aku, itu anak aku!"
Sedih tengok mak merintih macam ni.
Keesokkan hari kami dapat tahu Si Hitam tu ada di Gua Musang. Mak abah pergi rumah dia tanpa pengetahuan anak-anak lain.
Masa tu waktu pagi mak abah pergi ketuk pintu dan gaduh! Si Hitam tolak mak sampai kepala mak hampir terkena simen.
Tangan abah pula terseliuh ambil masa berminggu untuk sembuh. Korang rasa ni manusia jenis apa ya sanggup buat orang tua macam ni?
Abang dan adik lelaki lain memang tunggu masa nak pergi cari gaduh tapi mak merayu kepada dia orang.
Mak tak nak anak-anak lain cari pasal mak risau abang dan adik adik masih muda ada masalah lain.
Benda ni terjadi sekitar 2017 sehingga awal tahun 2018. Sejak dari hari itu kakak tak balik rumah dan tak contact family langsung.
Kakak jadi kuli kedai dia, kalau pergi kedai tu akan jumpa kakak yang macam mayat hidup. Kakak yang urus kedai, kakak yang pergi beli barang rumah seorang, kakak cari makan seorang diri.
Ada mak cik yang terserempak dengan kakak, dia bercerita dekat mak sampai nak menangis sebab mak cik tu cakap dia kesian tengok keadaan kakak macam mayat hidup.
Aku pernah kirim cerita ni di Facebook sejak dari tu ramai mula PM aku kongsi kisah dia pasal jantan ni.
1. Ada orang PM bagitahu kawan dia hampir kena rogol dengan Si Hitam ni.
2. adik isteri pertama dia pun hampir jadi mangsa se k sual tapi family suruh senyap pasal isu ni.
3. Ramai yang Kena ganggu dengan jantan ni banyak gila orang komen di Facebook pos yang dia orang pernah kena ganggu.
4. Jantan ni ada kisah lama yang dia pernah buat perempuan lain tergila-gilakan dia.
Majoriti mangsa diamkan diri. ada yang PM bagitahu aku dia tak nak buat laporan polis sebab dia takut.
Oh ya sepanjang tempoh perbicaraan mahkamah tu hampir setahun juga Si Hitam tu ada perempuan lain. Ini pun aku dapat tahu dari orang lain, dua tiga orang yang PM aku di Facebook cakap benda yang sama.
Jantan ni memang gila kan?
Kami dah berusaha nak berubah kakak. Dah beribu habis tapi belum jumpa penawar. Orang yang pernah alami benda ni akan faham betapa susah nak cari penawar.
Ramai Ustaz tak mampu nak buang "benda" kakak tu. Dah jumpa yang mahir berkaitan benda ni tapi ustaz tu dah tua dan uzur.
Ada rumit kakak PM di Facebook. Dia bagi tahu dia memang terkejut bila tahu cerita kakak tu. Dia cakap dia selalu nampak kakak menangis seorang diri waktu malam masa kakak masa belajar di UiTM.
Dia tak rapat dengan kakak sebab kakak jenis pendam dan pendiam.
Aku rasa Si Hitam psycho ni cuma nak cakap untuk jadi hamba dia je. Jadi sekarang ni Si Hitam dah dapat kakak jadi hak dia dan sekarang kakak jadi hamba dia percuma je.
Okey aku stop sini.
Sekarang kakak tinggal di daerah sama dengan kami tapi tak balik dan tak contact kami pun. Dengar cerita kakak dah beranak.
Tak tahu macam mana hidup dia sebab Si Hitam tu memang nak kami putuskan terus hubungan keluarga.
Semua orang nasihatkan kami supaya redha.
Cerita ini dipetik dari bebenang Twitter oleh Diyana Zahari
kredit artikel : milosuam.net
Sumber "Sungguh Tak Sangka! Kakak kahwin lari dengan lelaki paling dia benci, sampai sekarang tak balik rumah dah jadi macam mayat hidup"
Tags:
mazeer