“Syafie pergilah Nak.. Mak redha, Mak halalkan setiap titisan susu Mak yang ada dalam badan kamu. Mak ampunkan segala dosa kamu”



“Jam 3:30 pagi, kami baru sampai ke rumah masing-masing setelah melalui perjalanan 496 kilometer pergi-balik dari KL ke Peserai, Batu Pahat, Johor menghantar satu jen4zah remaja lelaki berusia 18 tahun yang m4ut akibat kem4langan.

Ayahnya memaklumkan kepada kami, anaknya itu nombor dua dari enam beradik baru saja mendapat pekerjaan di Ibu Kota dan hari ini (Selasa) sepatutnya merupakan hari pertama dia mula bekerja di situ. Namun musib4h menimpa dirinya apabila motosikal yang ditungganginya terlibat dalam kemal4ngan dengan sebuah lori ketika dalam perjalanan ke tempat kerja dari rumahnya di Semenyih. Dia meningggal dunia di tempat kejadian.

Dari raut wajah ayahnya kelihatan sangat tenang dan sesekali mampu untuk tersenyum kecil seolah dia dapat menerima berita kem4tian anak lelakinya itu dengan redha.

Berbeza watak dengan si ibu yang semenjak dari awal saya bertemu dengannya tidak henti-henti mengalirkan air mata seolah mahu dihabiskan seluruh titisan air matanya itu untuk menerima kenyataan bahawa anak yang baru dilepaskan pergi dari rumah pagi itu telah pergi buat selamanya.




Sewaktu proses pengecaman mayat dibuat setelah selesai urusan b3dah siasat, orang pertama yang menerpa masuk ke bilik m@yat adalah si ibu. Melihat sekujur tubuh yang diselimuti sehelai kain putih, si ibu menggigil membuka helaian kain yang menutup wajah si anak. Berhamburan air mata si ibu saat menatap wajah anaknya yang sudah tidak berny4wa itu.

Perlahan si ibu mula bersuara membisikkan sesuatu di telinga jasad anaknya itu;

“Syafie, pergilah Nak.. Mak redha.. Mak halalkan setiap titisan susu Mak yang ada dalam badan kamu. Mak ampunkan segala dosa kamu…”

Setiap kali berhadapan dengan situasi sebegini, pasti saya segera memalingkan wajah menahan perasaan yang sedih ini. Jujur saya katakan, terlibat dalam urusan kem4tian bukan suatu perkara yang sukar, namun saat berhadapan dengan situasi yang memilukan sebegini, menjadi sukar bagi saya membendung emosi sendiri. Alhamdulillah semampunya dapat dikawal, cuma sesekali mengalir juga air mata ini tanpa dipinta..

Si Ayah bercerita, ketika anaknya ini hendak mula bekerja di Ibu Kota, ibunya seolah berat hati hendak melepaskannya pergi. Bagai ada suatu perasaan yang tidak tahu hendak ditafsirkan ketika itu. Ayahnya akui arw4h anaknya itu seorang yang berdikari dan tidak suka membuang masa. Seusai saja menduduki SPM, dia terus mencari kerja di luar.

Kami sampai ke kampungnya di Peserai saat azan Maghrib mula berkumandang. Jen4zah dibawa naik ke atas rumahnya sementara menunggu urusan solat jen4zah seusai solat Isyak dan peng3bumiannya.

Alhamdulillah, masyarakat di kampung ini hadir menziarahi keluarga arw@h tidak putus-putus dan ramai yang mengiringi jen4zah ke tanah perkubburan untuk menge bumikannya.




Saat hendak melepaskan ker4nda anaknya ke dalam tanah, barulah kelihatan air mata Si Ayah mula mengalir tenang. Suaranya ketika berbicara pun mula berubah sebak. Sifat unik orang lelaki, selagi boleh tahan dia pasti akan menahan namun ketika perasaan sudah sampai ke kemuncak, tiada lagi yang mampu menahan titisan air mata tanda luahan perasaan yang sekian lama dibendung dalam jiwa.

Si Ibu pula berkali-kali meminta izin untuk menatap wajah anak kesayangannya itu sehinggalah di tepi liang ku bur pun masih mahu melihat wajah anaknya itu. Begitulah kasih dan luhurnya seorang ibu yang telah mengandungkan kita di dalam perutnya dan membesarkan kita dengan susunya, namun terpaksa menerima ketentuan takdir sebegini.

Seusai menge bumikan jen4zah, kelihatan si ibulah orang terakhir yang meninggalkan jejak di pus4ra anaknya itu. Begitu kuat kasih sayang seorang ibu pada anaknya. Sungguh, kasih ibu membawa ke Syurga.

Duhai anak muda, hargailah ibu ayahmu selagi mereka masih ada. Mohonlah doa dan keampunan selalu dari mereka. Sesungguhnya Syurga kita ada pada keredhaan mereka.

Kem4tian itu suatu rahsia Sang Rabb. Kita tidak dapat menduga bilakah ia akan menyapa kita. Syarat m4ti bukanlah usia tua dan tahap kesihatan yang kurang, kerana begitu ramai orang muda dan sihat yang telah pergi dahulu tanpa siapapun menyangka ia boleh terjadi.


Maka bersedialah dari awal. Semoga Allah swt mengurniakan kepada kita kem4tian yang baik, Husnul Khotimah. Aamiin…

BERKHIDMAT SECARA BERJEMAAH DIBERKATI ALLAH SWT!

Syabas Skuad! Hanya Allah swt yang dapat membalas kebaikan kalian..

Semoga Allah swt memudahkan segala urusan kita atas sebab kita memudahkan urusan orang lain. Aamiin..”

Semoga Allah swt memudahkan segala urusan kita atas sebab kita memudahkan urusan orang lain. Aamiin..”

sumber: Muhammad Rafieudin Zainal Rasid, TelagaNanBiru.com

Sumber “Syafie pergilah Nak.. Mak redha, Mak halalkan setiap titisan susu Mak yang ada dalam badan kamu. Mak ampunkan segala dosa kamu”

Post a Comment

Previous Post Next Post