Kenapa tidak digalakkan guna nama sebenar di Facebook, terutamanya bagi orang perempuan?
Bukan mahu bercerita tentang perkara tahyul apatah lagi mahu menakut-nakutkan. Tetapi hanya orang yang pernah mengalaminya sendiri akan betul-betul faham dan peka tentang perkara ini.
Ilmu-ilmu hitam yangn melibatkan peranan jin, syaitan dan iblis ini bukanlah mitos. Sedangkan di dalam Al-Quran sendiri pun ada diceritakan tentang makhluk-makhluk ini. Kejahatan manusia pula bukan lagi rahsia, kalau tidak, pastinya tiada penjara di dalam dunia ini.
Salah satu cara orang-orang jahat, hasad, dan tidak beriman mahu melunaskan hajat dan kehendak hati jahatnya dengan melalukan sihir yang bertujuan untuk mendapatkan kasih atau membuat binasa kepada seseorang adalah semudah memberi gambar atau nama. Jadi siapa di sini yang tidak upload langsung gambarnya di Facebook? Siap letak nama penuh diri, mak, ayah, suami dan anak lagi.
Tetapi, nama penuh seseorang ber-bin atau ber-binti kepada nama emak ini paling kuat dan mustajab. Jadi adalah selamat sekiranya tidak menjaja nama penuh anak atau suami atau diri sendiri di Facebook. Kita tidak tahu siapa sahabat, siapa kawan makan kawan, siapa lawan.
Mungkin hari ini anak kita masih bayi. Tapi masa berlalu terlalu pantas. Anak akan menjadi dara dan teruna. Keturunan penyihir turut menurunkan ilmunya seawal usia kepada anak2 mereka pula. Tambahan pula kalau anak kita berupa dan cerdik sikit dari mereka2 ini. Orang yg berhajat, tidak sukar untuk mereka stalk dan mencari gambar di Facebook dan tandakan nama yang berkaitan bersama nama ibunya.
Maka, minta simpang daripada berlaku kepada diri kita atau anak-anak kita kelak. Tetapi, hati orang siapa yang dapat dikawal? Suka, cemburu dan marah boleh membuat orang lupakan halal haram. Asalkan hajat hati tertunas.
Akan ada puak yang tidak mahu percaya. Betul, kuasa Allah SWT yang maha agung, maha penyembuh dan maha pelindung. Tetapi kita harus juga tahu jaga diri dan usaha melindungi diri kita dan keluarga dari fitnah dunia.
Seperti yang dikata pada awalnya, hanya yang pernah mengalami sendiri akan memahami. Selagi boleh elak, elaklah. Kerana untuk merawat setelah terkena, boleh jadi makan tahun. Kerana pihak disana juga tidak akan menyerah dan akan kembali “membalas” pula. Itu belum lagi kes ditipu pengamal perubatan yg hanya mahu mengikis duit, sebelum bertemu dengan insan yang benar-benar dapat merawat sakit batin seperti ini.
Semoga dengan usaha yang sedikit ini dapat membantu sedikit sebanyak. Ingat, tak semua butiran perlu dijaja kepada umum. Nama kita, kita pelihara. Kawan-kawan pun jangan pula sengaja mahu jaja nama orang lain yang tidak dipaparkan. Hanya guna sahaja nama yang disukai oleh tuan punya akaun. Guna nama Facebook yang ditunjukkan adalah lebih menghormati kehendak privasi seseorang.
Jangan tunjuk sangat busuk hati atau karektor bakal ‘kawan makan kawan’ kita tak tahu apa yang terjadi pada orang lain. Jadi jangan menjadikan diri kita punca kepada masalah yang dia bakal hadapi. Jangan sengaja upload butiran kad kawan, borang masuk insurans yang mengandungi nama penuh dan segala butiran peribadi dan macam-macam maklumat lagi.
Sumber Tolong Elak Guna Nama Sebenar Di Facebook Dan Instagram Bagi Mengelakkan Diri Jadi Mangsa Santau
Tags:
mazeer