4 Setting Aplikasi Waze Yang Anda Wajib Tahu Untuk Elak Masuk Jalan Hutan Dan Jalan Tak Selamat



korang perlu berhati-hati dan jangan terlalu percaya 100 peratus kerana dah pun berlaku kejadian seorang bidan tersesat dalam sebuah ladang kelapa sawit selepas mengunakan aplikasi navigasi ini.

Mangsa dikatakan mengikut petunjuk arah sehingga membawanya dalam ladang sawit dan menyebabkan kereta pula tersangkut di dalam jalan berlumpur.

Kalau jadi dekat kita mesti dah cuak gila kan?

Okay sebenarnya waze ni pun perlu di setting. Seperti perkongsian yang telah dibuat oleh Aida Joseph ini, dia pernah mempunyai pengalaman di Pantai Timur, segala jalan kampung batu kelikir tepi sungai kena redah. Jadi, korang boleh setting aplikasi waze ini kalau tak mahu dibawa ke dalam ladang kelapa sawit, ladang getah, semak dan hutan. Hiks!

Masuk aplikasi waze dan pilih setting



Kemudian, akan keluar seperti ini



Pilih navigation dan buat seperti arahan yang diberikan dalam gambar


Akhir sekali, jangan lupa klik don’t allow




Rupanya senang je nak buat. Cuma mungkin sebelum ni kita kurang alert dengan perkara-perkara macam ni. Bukan apa, kalau di luar negara memang dah pernah dengar kes sesat yang sampai menyebabkan kereta kehabisan minyak disebabkan ikut aplikasi navigasi dalam memberi arah jalan.

Bila dah terjadi situasi lebih kurang sama macam ni dekat negara sendiri, jadi lebih baik korang mengambil langkah berhati-hati okay?

Sumber : remaja

Sumber 4 Setting Aplikasi Waze Yang Anda Wajib Tahu Untuk Elak Masuk Jalan Hutan Dan Jalan Tak Selamat

Post a Comment

Previous Post Next Post