Musim panas yang melanda masa kini adalah susulan tempias Taufan Lan yang menggegarkan timur Filipina pada hari Selasa lalu.
Disebabkan itu, kita dinasihatkan untuk tidak berada di luar kawasan rumah dan sentiasa pastikan badan dan rumah kita nyaman dan sejuk.
Namun, adakah cara untuk sejukkan rumah tanpa membelanjakan wang yang banyak untuk memasang air-cond? Jom cuba 7 cara di bawah ini:
Guna Pelembap Udara / Air Humidifier
Bertindak sebagai pelembap yang akan memastikan ruang bilik sentiasa nyaman dan dingin dengan titisan-titisan wap airnya.
Letak Kipas Berdekatan Dengan Tingkap
Kipas akan memastikan pengaliran udara yang baik dan memastikan udara panas keluar dari dalam bilik
Letak Bantal Kecil Atau Selimut Dalam Freezer
Sebelum tidur, letak bantal kecil dalam ruang penghawa dingin dan gunakan bantal tersebut ketika tidur
Digalakkan agar menggunakan bantal daripada sarung jenis sutera atau satin kerana bahan ini akan menyejukkan badan
Basahkan Sapu Tangan Dan Letak Belakang Leher
Beralih Tempat Tidur
Baring atas lantai beberapa minit kemudian kembali semula pada tilam.
Buat Air-Cond Sendiri
Letakkan air dibelakang kipas dan taburkan juga sedikit garam pada ais-ais itu tadi
Selain itu, juga boleh letakkan sebesen ais dihadapan kipas, seperti ini:
Kurangkan Penggunaaan Barang Elektrik
Tutup peralatan elektrik dan suis yang tidak digunakan dalam bilik.
Sumber: Sirap Limau
Sumber 7 Cara Mudah Jika Nak Sejukkan Rumah Dan Badan Pada Musim Panas Tanpa Guna Air-Cond
Tags:
mazeer