Dikecam 'Tentera Bawang' Kerana Ceraikan Isteri Selepas 2 Minggu Berpantang, Ini Luahan Ikhlas Dari Hati Daus AF8 Khas Untuk Anaknya...



Penyanyi kelahiran program realiti Akademi Fantasia 8 (AF8), Daus mendedikasikan ucapan khas untuk anaknya yang baru dua minggu lahir, Ayesha Sheraz.

Daus atau nama sebenarnya, Muhd Shahril Firdaus Eli, 31, menerima kecaman selepas mendedahkan dia sudah bercerai talak satu dengan bekas isterinya, Syaza Shamimi Jalaludin Khan yang baru sahaja dua minggu melahirkan anak ketiga mereka pada Jumaat lalu.

Daus berkongsi luahan hati menerusi salah sebuah entri terbaru laman Instagram miliknya.




Assalamualaikum kesayangan Daddy Ayesha Sheraz.. semoga menjadi anak yang solehah,taat kpd perintah Allah okay syg.. maafkan daddy lepas ni jarang tgk Ayesha dan Kakak2..InsyaAllah janji daddy lepas ni akan jalankan tggjwb dgn sebaiknya utk anak2 daddy..Allah tgh menguji..Doakan Ddy berjaya didunia dan diakhirat..

maafkan semua kesalahan ddy bila Ayesha dan kakak2 dah besar nnt.. mereka mampu berkata apa2..ddy x kesah dah.. yg penting ddy dah usaha utk perbaiki keadaan.. dah besar nanti jg mama elok2 k? jgn buat mama sedeh.. ddy sayangkan anak2 ddy dunia akhirat..

Daus yang pernah popular menerusi lagu Kenapa menceraikan isterinya secara baik di Mahkamah Rendah Syariah Bintulu, Sarawak dengan talak satu.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 7 Jun 2013 dan dikurniakan tiga anak iaitu Delysha Senzela, 5, Myesha Sehrish, 3, dan Ayesha Sheraz yang baru dilahirkan dua minggu lalu.

sumber : gempak.com

Sumber Dikecam 'Tentera Bawang' Kerana Ceraikan Isteri Selepas 2 Minggu Berpantang, Ini Luahan Ikhlas Dari Hati Daus AF8 Khas Untuk Anaknya...

Post a Comment

Previous Post Next Post