Minggu lalu kecoh dengan berita salah seorang selebriti Malaysia yang mengambil keputusan untuk tidak lagi berhijab. Namun keputusan yang diambilnya itu bukan lagi satu perkara baru dalam dunia hiburan Tanah Air.
Sebelum ini beberapa selebriti lain yang dahulunya memakai hijab dan tidak lama kemudian mula kembali tidak berhijab sudah pun mengegarkan industri. Itu semua cerita selebriti, kalau cakap lebih-lebih nanti ada pula peminatnya yang ‘sentap’.
Namun sejak akhir-akhir ini di laman sosial menjadi satu trend pula untuk memaparkan jika dahulu berhijab dan kini tidak lagi. Malah lebih membimbangkan trend ini menunjukkan seolah-olah individu yang melakukannya sangat bangga dengan perbuatan mereka itu.
Jika sebelum ini pelbagai trend ‘bodoh’ menjadi ikutan ramai tidak kurang yang satu ini juga. Dengan berkongsi menggunakan kapsyen yang sama iaitu:
“These are my photos. Dulu aku siap berhijab Now? Free hair everywhere i go. Appearance, lisan, adab macam orang tak ada agama. Wallahi, you can’t tell whats going to happen to you & ur heart. So doa jelah baik baik untuk kita and orang lain”
Juga diserta gambar sebelum yang berhijab dan selepas tidak berhijab.
Tinjauan kami di Twitter, sudah ramai yang mengikuti trend ini. Ini antaranya:
Sifat keterbukaan orang ramai kini meninggalkan sifat ‘malu’ mereka di belakang. Malah seolah berbangga dengan trend sebegini. Sama macam ‘artis’ katakan.
Tolong hentikan trend kurang bijak ini! Tolong jangan ajar dan ajak orang lain untuk lakukan perkara yang terang-terangan tidak patut dilakukan.
Memanglah kubur itu masing-masing, tapi bukankah yang menguruskan jenazah kalian itu nanti manusia yang berada di sekeliling korang juga?
Bukan mahu menyindir. Saya juga ada kekhilafan sendiri. Pernah melalui pengalaman sebegini. Namun tidak pula rasa berbangga untuk ‘tayang’ di laman sosial. Malu weyh! Semoga mereka semua mendapat hidayah dan terdetik di hati mereka rasa bersalah.
Sumber: Twitter via himpunanceritalawak.com
Sumber “Dulu aku siap berhijab Now? Free hair everywhere i go” – Viral Trend Buka Tudung Dan Berbangga Di Media Sosial. Seriuslah Girls?
Tags:
mazeer