Isteri Lari Ikut Jantan Lain Selepas Gambar Selfie Dibomohkan | Nah, peringatan kepada gadis-gadis dan isteri-isteri orang di luar sana termasuklah isteri dan adik-adik perempuan saya sendiri.
Perkongsian ini dipetik menerusi Facebook Driver Datuk.
Jangan asyik nak upload sangat gambar-gambar selfie di laman Facebook atau WeChat. Nanti tak pasal-pasal saja bercerai berai bagi perempuan yang sudah berkahwin. Bukan susah pun zaman sekarang ini nak buat bagi perempuan suka pada lelaki.
Gambar hiasan. |
Lelaki yang berniat jahat akan melakukan perkara seperti ini:
"Simpan gambar perempuan itu yang diambil dari laman Facebook atau WeChatnya. Print gambar itu dan bawa gambarnya berjumpa dengan bomoh. Esok, tunggu sajalah perempuan itu sendiri akan hantar 'Private Message' pada lelaki itu untuk ajak berjumpa. Katanya rindu pada lelaki itu,"
Dengar seperti tidak masuk akal kan? Tetapi itulah kebenarannya dengan apa yang pernah berlaku dan apa yang saya sendiri saksikan. Kasihan kawan saya bersedih memanjang bilamana isterinya lari mengikut jantan lain.
Perkahwinan mereka selama ini bahagia sahaja seperti pasangan lain, tiba-tiba isteri dia berubah dan lari mengikut lelaki lain. Inilah puncanya. Fikir-fikirkanlah.
Saya bukan nak kecam perempuan yang suka upload gambar yang tidak sepatutnya di media sosial. Tetapi ini sekadar peringatan pada anda dan juga isteri saya sendiri.
Zaman sekarang ini payah dan susah sangat kalau kita nak sekat hak isteri dari terjerumus ke arah media sosial ini. Nak mencegah sudah tak boleh, kita hanya mampu menasihatkan isteri agar beringat dan jangan terlalu leka dengan media sosial.
Kalau suami juga leka dan terlalu memberi kebebasan kepada isteri. bimbang nanti si suami pula yang akan menderita. Siapa yang pernah rasa penderitaan seperti ini sebab isteri buat hal sebegini, dia akan tahu bagaimana perit rasanya pada masa itu. Jadi, pandai-pandailah anda semua menjaga isteri masing-masing.
Perbanyakkan amalan dan bawa isteri dekatkan diri dengan Allah. InshaAllah, Allah akan membantu kita peliharan keselamatan dan kehormatan isteri kita dari terjebak dalam kes seperti ini. InshaAllah kalau kita sentiasa ingat pada Allah, Allah juga akan ingat dan melindungi kita.
Perbanyakkan amalan dan bawa isteri dekatkan diri dengan Allah. InshaAllah, Allah akan membantu kita peliharan keselamatan dan kehormatan isteri kita dari terjebak dalam kes seperti ini. InshaAllah kalau kita sentiasa ingat pada Allah, Allah juga akan ingat dan melindungi kita.
Sumber Isteri Berubah Sikap Dalam Sekelip Mata Selepas Gambar Selfie Dihantar Kepada Bomoh
Tags:
mazeer