“Kalau Saya Ada Buat Salah Kat Semua Orang, Tolong Maafkanlah Saya…,” – Lana Nordin



Menerusi laman Instagram, Lana Nordin memohon doa netizen untuk anaknya sebelum menjalani pemb edahan.

Malah, sedutan daripada video live tersebut turut dikongsi Instagram Makcik Puaka.

Sambil menangis, ibu kepada dua cahaya mata itu memohon maaf andai dia ada berbuat salah kepada sesiapa.

“Sorry kalau saya ada buat salah kat semua orang. Saya minta maaf semua orang. Doakanlah anak saya,” luahnya sambil menangis.



Terdahulu William Daud McKienzie yang baru berusia tiga bulan, dikesan mengalami masalah injap jantung atau aortic stenosis.

Pembe dahan yang sepatutnya berlangsung terpaksa ditangguhkan dua bulan selepas jantung bayi itu terhenti selama 10 minit.

Turut berduka cita dengan nasib anak pelakon berusia 10 tahun ini, netizen terus mendoakan agar urusan keluarga ini dipermudahkan.




Memetik laporan Harian Metro, Lana memberitahu anaknya telah dibawa memasuki bilik pemb edahan sekitar jam 2.30 petang semalam.

“Ketika pemb edahan hendak dibuat, secara tiba-tiba jantung anak terhenti. Kemudian doktor memberikan bantuan pernafasan resutasi kardiopulmonari (CPR). Selepas beberapa minit, jantung anak kembali berfungsi.

“Anak dibawa terus ke unit rawatan rapi bagi pemantauan rapi selama 48 jam. Jadi pembe dahan anak tak boleh dibuat hari ini,” katanya seperti yang dipetik.

Foto – Instagram Lana Nordin dan Makcik Puaka via mediahiburan.my






Sumber “Kalau Saya Ada Buat Salah Kat Semua Orang, Tolong Maafkanlah Saya…,” – Lana Nordin

Post a Comment

Previous Post Next Post