"Kami tak boleh buat apa jika anda terasa" - Drama Band



Baru-baru ini, vokalis Drama Band mencetuskan tanda tanya apabila memuat naik gambar berpakaian dan bersolek seperti wanita. Menurut Aepul, penampilannya itu adalah khas untuk muzik video terbaru mereka yang bertajuk ‘Drama’.

Muzik video tersebut walaubagaimanapun mencetuskan kontroversi apabila jalan ceritanya seakan menyindir finalis sebuah program realiti.


‘Ingat benda ni suka-suka ke?’



Menerusi laman Instagram makcik_puaka, Haneesya Hanee dilihat memberi respon kepada ‘sindiran’ tersebut. Di Instagram Story, Haneesya berharap kumpulan berkenaan mendapat perhatian seperti yang diperlukan.

‘Harap dapatlah perhatian’





Tambahnya lagi, dia menghadapi tekanan semenjak viralnya isu panas di kelab malam dan berkata kini dalam proses baik pulih. Menurutnya, tindakan kumpulan itu menghasilkan video seumpama itu langsung tidak kelakar.

Walaubagaimanapun, Haneesya dipercayai sudah memadam respon yang ditulis di Instagram Story.

Jika terasa, kami tak boleh buat apa – Drama Band



Drama Band menerusi entri terbaru memberi amaran bahawa cerita ini adalah rekaan semata-mata. Jika terdapat sebarang persamaan, itu adalah secara kebetulan sahaja.

Sumber : makcik_puaka , Drama Band via ohbulan.com

Sumber "Kami tak boleh buat apa jika anda terasa" - Drama Band

Post a Comment

Previous Post Next Post