Mangsa Buli Rasa Puas Dapat Langgar Lari Pembulinya Sampai Meninggal Dunia



Perbuatan membuli akan dilakukan oleh seseorang yang merasakan dirinya lebih kuat berbanding orang lain yang dianggap lemah



Individu ini mempunyai kecenderungan untuk mencederakan, mengutuk, menyeksa atau menyakiti mangsa bukan hanya dari segi fizikal malah juga mental dan emosi.

Namun begitu apa yang lebih membimbangkan adalah kesan psikologi terhadap mangsa buli yang mana boleh mendorong kepada perkara yang tidak diingini seperti bunuh diri ataupun terbabit dalam aktiviti kurang sihat dan masalah sosial



Lebih teruk lagi sekiranya perbuatan membuli itu membuatkan mangsa menyimpan rasa dendam yang tidak terhingga terhadap si pembuli.

Baru-baru ini terdapat satu perkongsian oleh seorang pengguna Twitter tentang kesan perbuatan membuli kepada mangsa buli

Perkongsian yang dibuat oleh wanmafiq adalah berdasarkan paparan skrin yang diambil dari laman Curious Cat, rangkaian sosial yang membolehkan pengguna untuk bersembang, membuat perkongsian atau menanyakan soalan, dengan pilihan untuk tidak mahu dikenali.


Menurut paparan skrin itu, pengguna tersebut telah membuat satu pengakuan telah menyimpan perasaan dendam terhadap 4 orang lelaki yang telah membulinya ketika zaman persekolahan.

Macam-macam yang telah diperlakukan kepadanya ketika itu sehingga membuatkan dia sukar untuk melupakannya. Rasa dendam yang membuak-buak itu kemudiannya mendorong dia untuk mencari semula si pembuli yang diakhiri dengan pembunuhan.

Baca perkongsian penuh di bawah:




Kesahihan cerita ini bagaimanapun tidak dapat dipastikan, namun tidak menghalang netizen untuk memberi komen tentangnya.

Ada yang menyokong, ada yang menentang, bahkan ada juga yang berbelah bahagi.





Hentikan perbuatan membuli kerana ia hanya membawa kepada lebih banyak kemudaratan, bukan hanya kepada mangsa buli tetapi juga kepada pembuli!

Kredit : says.com

Sumber Mangsa Buli Rasa Puas Dapat Langgar Lari Pembulinya Sampai Meninggal Dunia

Post a Comment

Previous Post Next Post