"Moga Kemenangan Awak Hilang Segala Derita" - Ezlisa Loy



Disebalik kekecohan persembahan ‘mendalam’ Sufian Suhaimi di pentas AJL33 malam ini, adik kepada Elfira Loy, Ezlisa Loy berpendapat penyanyi itu tidak habis mempergunakan kakaknya untuk meraih populariti.





Kenyataan tersebut dimuat naik di laman Twitter selepas tular persembahan Sufian yang mempamerkan prop pelamin pernikahan bekas tunangnya itu dibelakang pentas ketika mempersembahkan lagu Di Matamu.

Menurut Ezlisa, Sufian merupakan seorang penyanyi yang baik tetapi masih mempergunakan nama kakaknya untuk meraih populariti dirinya sendiri. Dengan sinis, Ezlisa turut mendakwa sikap Sufian itu masih tak berubah hingga kini.
 

Selain itu, Elfira menerusi Twitter turut meninggalkan pesanan ‘maju jaya’ buat bekas tunangnya itu di pentas AJL33. Elfira juga dilihat sinis berpesan kepada Sufian agar deritanya habis dengan kemenangan yang dikecapi.


Mungkinkah adik beradik Loy ini menganggap Sufian menggunakan prop pernikahan yang berlangsung baru-baru ini sebagai sindiran buat mereka? Apapun tahniah diucapkan kepada Sufian yang menang dalam kategori Persembahan Terbaik. (rtky/w)

BACA: Persembahan Sufian Suhaimi Di AJL 33 Curi Perhatian



Kemunculan Sufian Suhaimi sebagai salah seorang finalist Anugerah Juara Lagu ke 33 (AJL 33) pada malam ini nampaknya tidak sia sia apabila persembahan beliau di pentas berprestij itu berjaya mencuri tumpuan ramai.

Sufian Suhaimi hadir mendendangkan lagu popular beliau Di Matamu dan persembahan yang ringkas tetapi penuh bermakna itu kini menjadi perbualan ramai di media sosial.


Rata rata peminat beliau memuji persembahan penyanyi itu yang berjaya menyampaikan emosi sebenar lagu tersebut selain mengandungi mesej tersendiri yang mendalam, seperti yang disuarakan Dato’ Siti Nurhaliza sendiri.




Tidak kurang ada juga mendoakan yang Sufian Suhaimi membawa pulang kemenangan pada AJL 33 malam ini. Ada juga yang berkata pelamin pada persembahan Sufian Suhaimi ini mirip sebuah pelamin artis popular baru baru ini.



Apa pandangan anda tentang persembahan Sufian Suhaimi malam ini? Ada potensi untuk menang anugerah utama atau sekurang kurangnya persembahan terbaik AJL 33? (rtky/m)

sumber : rotikaya

Sumber "Moga Kemenangan Awak Hilang Segala Derita" - Ezlisa Loy

Post a Comment

Previous Post Next Post