Mungkin Boleh Cuba Kaedah Kampung Ini, Asid Urik Penyebab Gout. Ubati Asid Urik Dengan Ramuan Betik Muda Dan Air Kelapa



Asid Urik Tinggi atau lebih dikenali sebagai “Hyperuricemia” adalah merujuk keadaan di mana kandungan asid urik yang tinggi di dalam saluran darah. Ia boleh berlaku sama ada disebabkan oleh tubuh badan tidak dapat membuang lebihan asid urik, ataupon, urik asid yang dihasilkan oleh badan melebihi nilai yang sepatutnya.

Ramuan berikut adalah resepi yang paling mujarab untuk pengidap asik urik, yang umumnya sering sakit di bahagian sendi. Langkah membuatnya dan bahan yang diperlukan amat mudah.

Syarat perlu di patuhi, membuat resepi ini tidak boleh menggunakan alat yang terbuat dari alumunium, sebab di khawatirkan unsur kimia yang ada pada alumunium mengandungi racun.



Bahan-bahan yang diperlukan :

1/2 buah pepaya muda
serbuk teh (tak kisah brand apa pun)
1 buah kelapa muda

Cara membuatnya :

Setengah buah betik muda buang semua bijinya, tetapi janganlah buang kulitnya. Potong-potong lalu masukan ke periuk, tuang 4 mangkuk air (sekitar 800 ml), masak sampai mendidih. Setelah mendidih, kecilkan api , masak lagi selama 3 minit. Lalu matikan api dapur.

Masukkan 1 senduk serbuk teh (teh uncang pun boleh). Biarlah lebih kurang 30 minit, lalu tapis airnya, campur dengan 1 buah air kelapa muda segar. Minum airnya, habiskan dalam satu hari. Teh betik muda air kelapa ini janganlah dimasukkan ke petiais , mesti di habiskan dalam sehari.

Bahaya Tinggi Asid Urik Dalam Darah?

Tingginya Asid Urik dalam darah boleh membawa kepada pelbagai jenis penyakit. Asid urik yang tinggi boleh menyebabkan Gout iaitu pembengkakan sendi-sendi dan juga kegagalan fungsi buah pinggang, ataupun kidneystones.

Gout : Gout berlaku disebabkan oleh pembentukan kristal asid urik di antara sendi-sendi kita. Gout ni rasanya seperti kesakitan yang amat sangat di bahagian sendi. Kesakitan ini termasuklah pembengkakan, rasa panas di sendi, dan juga penggelupasan kulit di sekitar sendi. Sekiranya bacaan asid urik melebihi 10 mg/dL, maka berhati-hatilah kerana risiko untuk anda menghidap Gout adalah sangat tinggi.



Batu Buah Pinggang : Pembentukan batu dalam buah pingg4ng atau dikenali sebagai “Kidney Stones”. Biasanya penghidap tak perasan akan gejala Kidney Stones ini sehinggalah bila mana rasa kencing tu amatlah sakit, kencing tak lawas, kencing berdarah, rasa loya dan muntah-muntah. Kandungan batu dalam buah pingg4ng ni merupakan komposisi yang sama dengan asid urik.

Kegagalan Buah Pinggang : Kegagalan buah pinggang bermaksud gejala seperti kurangnya kencing, sesak nafas, pembengkakan di bahagian kaki, pening dan sakit kepala, keletihan dan juga kesakitan di bahagian dada. Ia sangat bahaya kerana boleh menyebabkan kerosakan organ-organ lain kerana apabila buah pingg4ng gagal berfungsi, toksin tidak dapat dikeluarkan dengan sempurna. Biasanya proses dialisis diperlukan untuk menggantikan fungsi buah pinggang.

Sumber : myinfoharian

Sumber Mungkin Boleh Cuba Kaedah Kampung Ini, Asid Urik Penyebab Gout. Ubati Asid Urik Dengan Ramuan Betik Muda Dan Air Kelapa

Post a Comment

Previous Post Next Post