“Mungkin Ia Satu Attack..” – Sufian Suhaimi Tampil Bagi Penjelasan Sebenar Susulan Viral Gambar Mirip Dirinya Peluk Seorang Wanita Cantik



BELUM pun reda dengan kontroversi pelamin di Anugerah Juara Lagu ke 33 (AJL 33), nama Sufian Suhaimi terus mendapat perhatian netizen apabila foto seakan-akan dirinya sedang tidur bersama seorang wanita tersebar di laman sosial.

Menerusi foto yang di muat naik di Twitter oleh sebuah akaun @penumpahteh itu memperlihatkan individu tersebut sedang tidur sambil memeluk kepala seorang wanita. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan wajah wanita berkenaan.

“Awas ya jadi mangsa keadaan tapi hakikatnya Elfira yang jadi mangsa, “Kira tak sia-sialah mendapat kemenangan persembahan terbaik walaupun hakikatnya uols sejenis playboy, kesian Elfira dituduh, ” ujar akaun tersebut.



Sufian merangkul kategori Persembahan Terbaik di AJL33.

Dalam pada itu, Sufian menerusi program hiburan Hlive berkata, dia tidak pasti tentang perkara berkenaan berikutan ramai yang menyerupai wajahnya.

“Sebelum ini ada pengawal keselamatan, macam-macamlah, saya pun tak pasti dengan gambar itu. “Mungkin itu satu attack, isu itu tidak perlu diperbesarkan. I think its just another troll by netizen,” ujarnya.

Sufian menjadi perhatian selepas persembahannya pada malam AJL33 mengaitkan hubungan pertunangannya bersama pelakon Elfira Loy yang putus pada Februari lalu.



Dia merangkut anugerah Persembahan Terbaik menerusi lagu Di Matamu dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM12,000. Sufian pernah bertunang dengan Elfira Loy pada 6 Oktober 2017 dalam sebuah majlis pertunangan besar-besaran, namun berakhir pada 18 Februari 2018.

Elfira kemudian memilih ahli perniagaan Muhamad Faris sebagai suami dan dinikahkan dalam sebuah majlis pada Januari lalu.



Sumber: Mstar Online

Sumber “Mungkin Ia Satu Attack..” – Sufian Suhaimi Tampil Bagi Penjelasan Sebenar Susulan Viral Gambar Mirip Dirinya Peluk Seorang Wanita Cantik

Post a Comment

Previous Post Next Post