“Orang Tetap Akan Kecam…,” – Hadir Bertindik Hidung Dan Lidah Di AJL33, Ini Kata Padu Dan Pedas Chacha Maembong Kalau Ada Netizen Nak Kritik!



Pertemuan dengan Chacha Maembong sebelum berlangsungnya Anugerah Juara Lagu Ke-33 malam tadi memberi peluang buat kami untuk bertanya mengenai perkembangan seninya ketika ini.

Adik kepada pelakon Emma Maembong itu memberitahu, dia baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem Anak Perjanjian Syaitan.

“Saya baru sahaja selesai shooting untuk filem Anak Perjanjian Syaitan yang mungkin ditayangkan hujung tahun ini atau awal tahun hadapan,” katanya.



Filem berkenaan merupakan arahan pengarah, Ahmad Idham.

Sementara itu, melihat kepada penampilannya yang ranggi lengkap dengan bertindik di lidah dan hidung, Chacha yang sedia dikenali sebagai antara rakan selebriti yang paling relak dan sempou dalam memberikan kenyataan memberitahu, orang akan kecam sama ada dia bising atau sebaliknya.

“Orang tetap akan kecam sama ada kalau saya buat bising atau tidak. Cuma saya tidak mahu jadi hipokrit. Buat apa nak jadi begitu kalau orang boleh terima seadanya.

“This is me, this is who i am. Peminat saya pun ada yang menyokong dan saya okay saja… budak-budak remaja you ols,” seloroh Chacha.




sumber : mediahiburan.my

5 Perkara Tentang Chacha Maembong Yang Ramai Orang Tak Tahu

Bila sebut saja nama Chacha Maembong, umum pasti akan mengaitkan dia dengan kakaknya, Emma Maembong. Pendek kata, di mana ada Emma Maembong, di situ juga ada ada Chacha Maembong.

Kewujudannya di dalam dalam industri lakonan bermula sejurus selepas kakaknya, Emma terlibat di dalam bidang ini secara serius.

Biarpun di awal kemunculan, dia lebih dikenali sebagai adik Emma Maembong dan penglibatan di dalam bidang ini lebih mudah diharungi dek kerana tempias populariti kakaknya itu, namun bakatnya dalam bidang ini sama sekali tidak boleh dipandang remeh.

Biarpun berkongsi kerjaya yang sama, namun personaliti mereka nyata sedikit berbeza. Untuk mengetahui siapa sebenarnya Chacha yang kelihatan happy go lucky dan comel ini, jom dengar apa kata kakak sulungnya, Yaya Maembong.

Yaya telah berkongsi 5 perangai dan tabiat pelik adik bongsunya ini yang mungkin ramai tidak tahu.



1. Sensitif

Yaya Maembong: Dia nampak jer happy go lucky bila depan orang tapi ramai orang tak tahu Chacha sebenarnya seorang yang sangat sensitif. Bila dia terasa dengan kata-kata kami dia akan jadi angin dan moody satu badan. Bila dia moody tiba-tiba sahaja attitude dia berubah jadi diam dan menyendiri. Masa tu kami bukan nak pujuk dia pun, tapi kami biarkan sahaja hingga mood dia baik semula.

2. Belanja makan hingga RM1000

Yaya Maembong: Chacha memang seorang yang tak pandai uruskan duit dan sangat boros. Bila dia dapat payment lakonan, sekelip mata saja duit itu akan digunakan sampai habis. Selain shopping, duit tu dia suka belanja kami adik beradik makan. Pernah sekali, bil makan kami di restoran tu cecah RM1000 lebih. Bukan kami jer terkejut, dia pun terkejut sama time tu, tapi dia tak kisah, yang penting kami sama-sama happy.

3. Boleh tidur dalam bilik yang bersepah

Yaya Maembong: Chacha ni tak suka mengemas, dia akan mengemas bila mood dia datang saja. Tapi nak tunggu mood mengemas dia tu datang, memang bertahunlah kan! Haha... Jadi bilik dia sentiasalah bersepah dan dia sanggup tidur jer atas baju dan barang yang bersepah itu.

4. Pandai buat kek

Yaya Maembong: Chacha memang suka buat kek dan dia sanggup menghadap Youtube semata-mata nak belajar buat pelbagai jenis kek dan muffin. Pernah sekali tuh, dia nak buat surprise birthday kawan dia time tengah malam, tapi kedai kek semua dah tutup. So, dia pun on the spot terus buat kek ditaburi coklat cip. Saya sendiri pun terkejut dengan bakat dia membuat kek tuh.

5. Kuat tidur

Yaya Maembong: Dia ni memang jenis kuat tidur dan dia boleh habiskan masa untuk tidur seharian di rumah. Pernah dia tidur dari malam sampai ke malam esok. Itu pun masih tak bangun lagi dan selalunya perkara tersebut akan berlaku jika dia tiada job atau penggambaran. Itu kes sebab dia tinggal di rumah sorang-sorang, jadi dia bantai tidurlah. Kalau telefon dia nak ajak keluar, memang dia tak akan sedar pun.

Teks oleh Syafiqah Jalal

kredit : gempak.com

Sumber “Orang Tetap Akan Kecam…,” – Hadir Bertindik Hidung Dan Lidah Di AJL33, Ini Kata Padu Dan Pedas Chacha Maembong Kalau Ada Netizen Nak Kritik!

Post a Comment

Previous Post Next Post