PU Azman halang sebut ‘bahenol’, mohon netizen henti ikut perkembangan Si Nopal



PENDAKWAH terkenal, Pencetus Ummah (PU) Azman menerusi Instagram meminta netizen berhenti menyanyikan lagu Si Nopal yang tular di media sosial.

Menurut PU Azman atau nama sebenarnya Azman Syah Alias, beliau dimaklumkan bahawa perkataan ‘bahenol’ yang disebut dalam lagu animasi dari Indonesia itu membawa maksud tidak baik.

“Beberapa hari lepas, saya antara personaliti yang memporpulakan lagu Bahenol. Tapi selepas mendapat maklumat daripada netizen dan membuat beberapa rujukan, saya dapati ia membawa maksud luc4h,” katanya.



PU Azman turut memohon maaf kerana memuat naik video berkaitan animasi Si Nopal

Animasi Si Nopal menjadi tular di laman sosial khususnya lagu yang dinyanyikan watak dalam kartun itu ketika mengikuti perkhemahan bersama Si Nopal.

Rata-rata terhibur dengan gelagat animasi itu yang disifatkan agak melucukan.



Bagaimanapun menurut PU Azman, dia kesal kerana terkena tempias Si Nopal tanpa mengetahui asal usul atau maksud tersirat disebaliknya.

“Saya dah delete video berkaitan Si Nopal, saya mohon maaf kepada netizen dan ingin menyarankan supaya tidak menyebut perkataan dan mengikuti lagi sebarang perkembangan tentang Si Nopal.

“Bahenol bermaksud bentuk badan perempuan yang ghalrah dan mont0k,” katanya.

Sumber : mStar Online

Sumber PU Azman halang sebut ‘bahenol’, mohon netizen henti ikut perkembangan Si Nopal

Post a Comment

Previous Post Next Post