Hari ini, Suhaimi Saad ada berbicara tentang isu graviti pula. Suhaimi yang lebih mesra dengan nama panggilan “ss” mengakui dia memang tak percayakan teori graviti.
Dari satu entry yang ditulisnya, Suhaimi Saad ada mempersoalkan kenapa graviti berjaya tarik air laut yang berjuta tan tapi tak mampu nak tarik burung ataupun belon yang lebih ringan.
Ini kenyataan Suhaimi Saad:
Kelmarin,
ada yang buat buat tulis surat terbuka..
Sorry,tak minat nak layan.
Semalam ayahanda Rani buat buat tanya.
ss anggap dia gurau je.
Ni ada pulak pensyarah fizik mana ntah nak bagi penjelasan kononnya.
Tak payah la buang masa.
Nampak sangat nak tumpang.
Kalau betul tak suka,meluat,
Kenapa nak sangat layan
Nak sangat up lagi topik ni?
Untuk pengetahuan tuan pensyarah,
ss langsung tak percaya pada teori graviti tu.
Terima kasih je lah atas percubaan tuan.
Kalau graviti bumi tu boleh tarik air laut yang berjuta juta tan tu,
Kenapa graviti tu tak mampu menarik burung dan belon yang lebih ringan?
Pandai pulak graviti tu memilih benda eh
So kalau bumi ni ada graviti,
bentuknya mesti sfera?
Graviti konon
Graviti atau elektromagnetik?
Ini tulisnya:
Sebelum ini, Suhaimi Saad menerusi FB Mosus, telah menjadi bualan masyarakat apabila mencabar angkasawan negara tentang bentuk bumi.
Ekoran beberapa kontroversi panas yang melanda penyanyi ini, pihak penganjur konsert nasyid telah menggugurkan nama sebagai artis untuk persembahan berkenaan.
Sumber: FB Mosus via http://bit.ly/2B1rn60
Sumber Sebelum Ni Pertikai Isu Bumi Sfera. Kini Suhaimi Saad Tak Percaya Pulak Kewujudan Graviti..
Tags:
mazeer