Sudah Sekian Lama Sejarah Melayu Telah ‘Disembunyikan’ Orang Barat? Lelaki Ini Dedah Begini Rupanya Pakaian Sebenar Wanita Melayu Abad Ke 19



Seperti semua sedia maklum, kita sering dimomokkan dengan sejarah Barat kononnya orang Melayu zaman dulu tidak bertamadun, tinggal di atas pokok dan sering memakai pakaian yang tidak sempurna. Namun kajian seseorang dari Indonesia ini membuktikan semuanya salah.

Ia seakan-akan ada sesuatu tentang sejarah Melayu yang orang Barat cuba sembunyikan ia dari kita…

“Saya hendak mencari potret perempuan Indonesia zaman dulu. Yang buat saya terperanjat…”

Menerusi perkongsian Facebook Sejarah Dunia dan Nusantara, posting yang asalnya dari Yoga Aditam ni membongkarkan sesuatu yang tak disangka-sangka. Menurut Yoga, dia pada mulanya ingin mencari potret perempuan Indonesia zaman dulu.

Lalu dia pun Google, ” Malay Woman clothing 19 century”. Sebaik saja dicari, muncul gambar perempuan bertudung lengkap mengikut syarie. Sebijik macam perempuan zaman sekarang. Bukan ke perempuan dulu jenis pakai tudung nipis je ke….





“Sejarah kita banyak yang disembunyikan dengan sengaja. Disembunyikan dengan bahasa Belanda”

Ternyata banyak gambar wanita bertudung pada abad ke 19 dapat dijumpai jika ia ditulis dalam bahasa Belanda. Lebih menyedihkan kata Yoga, banyak foto dan arkib sejarah yang besar di simpan di negara orang. Rasanya sejarah Melaka juga banyak ada di luar negara kan?




“Akibatnya banyak terjadi pengkaburan sejarah dan penyelewengan faham. Orang bongkak berkata, ‘hijab syari itu budaya Arab, bukan budaya kita’”

Seperti banyak perdebatan yang ada kini, ramai yang menganggap berhijab atau memakai tudung tu bukan budaya orang Melayu dan budaya orang Arab semata-mata. Namun menurut Yoga, orang-orang ‘lantam’ atau egois ni belum tengok gambar nenek moyang yang bertudung lengkap mengikut syarie.



Buka mata hati dan belajarlah sejarah dengan lebih mendalam.

sumber:lobakmerah.com

Sumber Sudah Sekian Lama Sejarah Melayu Telah ‘Disembunyikan’ Orang Barat? Lelaki Ini Dedah Begini Rupanya Pakaian Sebenar Wanita Melayu Abad Ke 19

Post a Comment

Previous Post Next Post