Tahukah Anda? Pengawal Keselamatan Tiada Kuasa Untuk Menyimpan Kad Pengenalan Anda



Tentu ada dikalangan anda yang pernah berkunjung ke sesuatu premis dan anda diminta supaya mendaftar nama dan diberikan pas masuk. Namun mungkin ada juga premis yang berkehendakkan anda meninggalkan kad pengenalan anda atau dokumen pengenalan diri di balai pengawal atau bilik pengawal. Anda harus tahu bahawa pengawal keselamatan tiada kuasa untuk menyimpan kad pengenalan anda.

Di kem-kem tentera pelawat wajib meninggalkan kad pengenalan mereka di Balai Pengawal. Perkara ini adalah sah di sisi undang-undang. Begitu juga jika anda mengunjungi Ibu Pejabat Polis atau lain-lain pasukan keselamatan jika diminta berbuat demikian. Anda tidak boleh membantah jika anda mahu masuk ke situ.



Namun jika pengawal keselamatan (security guard) yang meminta anda meninggalkan kad pengenalan anda di premis seperti kondominum atau pejabat persendirian yang lain, ianya bertentangan dengan peruntukan undang-undang. Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengarahkan semua syarikat kawalan keselamatan agar tidak menyimpan dokumen pengenalan diri pelawat yang memasuki premis mereka.

Pengawal Keselamatan TIDAK DIBENARNKAN menyimpan dokumen pengenalan diri seperti Kad Pengenalan dan Dokumen Penganalan Diri yang lain. Adalah menjadi kesalahan bagi pengawal keselamatan untuk menyimpan pengenalan diri pelawat.




Mengikut Peraturan 25, Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990, memegang atau menyimpan kad pengenalan orang lain adalah menjadi satu kesalahan kecuali pegawai yang diberi kuasa. Jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20 ribu atau kedua-duanya sekali.

PEGAWAI YANG DIBERI KUASA

Siapakah pegawai yang diberi kuasa yang membolehkan mereka memegang dan menyimpan kad pengenalan atau dokumen pengenalan diri pelawat? Berikut adalah pegawai-pegawai yang dibenarkan berbuat demikian:

1. Polis
2. Pegawai Pendaftaran
3. Kastam
4. Tentera yang bertugas menjaga dan mengawal
5. Mana-mana pegawai awam yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah



Sama-samalah kita ingat-mengingati tentu ada sebab hanya pegawai tertentu sahaja yang dibenarkan memegang kad pengenalan anda. Tambahan di negara kita pengawal keselamatan yang ada kebanyakan adalah dari negara luar. Jadi tidak selamat jika mereka yang memegang kad pengenalan kita.

Sumber: Pekeliling Agensi Persendirian Bil 2 Tahun 2007 via anakbapak.com

Sumber Tahukah Anda? Pengawal Keselamatan Tiada Kuasa Untuk Menyimpan Kad Pengenalan Anda

Post a Comment

Previous Post Next Post