Macam yang kita tahu, beratus pelajar sekolah jatuh sakit akibat terhidu bau gas sisa kimia yang dibuang di Sungai Kim Kim, Johor. Disebabkan tindakan tak bermoral ini, ramai pegawai perubatan telah berhempas pulas menyelamatkan nyawa pelajar-pelajar ini.
Namun, disebalik kesibukan pihak perubatan cuba untuk menyelamatkan pelajar-pelajar ini, seorang pemandu ambulans telah terlantar di hospital kerana terhidu gas beracun tersebut.
Menurut MyMetro, Mohd Fariz Anuar tidak sedarkan diri selepas terhidu gas beracun semasa dia sedang sibuk menyelamatkan lebih 30 nyawa pelajar sekolah rendah dan menengah.
Ketika dalam perjalanan untuk menyelamatkan pelajar-pelajar sekolah ini, Fariz sempat menelefon isterinya, Hanisah Alias, dan mengatakan dia akan menghubungi isterinya semula selepas tugasnya selesai.
Sementara itu, isterinya ketika dihubungi wartawan mengatakan yang dia tak mendapat panggilan dari Fariz, sebaliknya dia mendapat panggilan dari rakan Fariz mengatakan Fariz telah dimasukkan ke hospital.
“Malangnya, pada jam 2.30 petang, saya menerima panggilan daripada rakan sekerja suami memaklumkan Mohd Fariz dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail akibat komplikasi kesihatan.”
Walaupun Fariz hanya bekerja sebagai pemandu ambulans, atas dasar perikemanusiaan, Fariz turut sama turun padang untuk membantu menyelamatkan pelajar-pelajar sekolah ini.
“Difahamkan, dia memakai penutup hidung dan mulut ketika itu, namun kemungkinan terdedah lama kepada udara tercemar menyebabkan dia turut menjadi mangsa.” – Hanisah
Akibatnya, Fariz tak sedarkan diri dan paru-parunya bengkak hingga gagal berfungsi dengan sempurna dan mendapat masalah buah pinggang.
Kata Hanisah lagi, ini merupakan insiden pertama yang berlaku pada suaminya sepanjang dia berkhidmat sebagai pemandu ambulans.
“Suami masih di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan dia turut menjalani dialisis buah pinggang bagi membersih dan menyingkir racun yang mengancam organ berkenaan.
“Ini kali pertama suami menghadapi masalah seumpama itu sepanjang bekerja. Saya reda dengan dugaan Allah SWT. Semoga Tuhan segera menyembuhkan penyakitnya.”
Fariz yang pada awalnya perlu dirawat di ICU dan menggunakan alat bantuan pernafasan sudah mula sedarkan diri dan mula menunjukkan perkembangan positif.
“Anak-anak dan saya masih memerlukannya. Dia bapa penyayang dan amat berdedikasi dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua keluarga atau ketika bekerja.
“Malah, kami bergantung kepadanya untuk membiayai pengajian dua anak berusia 19 dan 20 tahun di Politeknik Ibrahim Sultan Pasir Gudang selain dua lagi anak di tahun lima dan enam.“Saya turut bekerja sebagai pembantu pembangunan di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) untuk membantu menambah pendapatan keluarga.”
Kalau korang nak bantu wira ini dan keluarganya, korang boleh beri sumbangan pada akaun CIMB Hanisah Alias, 7072150611.
Admin doakan agar Fariz cepat sembuh dan boleh menjalankan tugasnya seperti biasa. Moga keluarga Fariz juga kuat dalam menghadapi dugaan ini.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja dan sila like share page Ariana Rose.
Sumber : Lobak Merah
Sumber Bertungkus-Lumus Selamatkan Nyawa 30 Pelajar Dari Gas Beracun Tanpa Menghiraukan Keselamatan Dirinya, Akhirnya Pemandu Ambulans Kini Terlantar di Hospital
Tags:
mazeer