Keputusan SPM anak tak capai sasaran yang diinginkan, A. Aida buat keputusan untuk 'rampas' semula kereta Mercedes yang dihadiahkan



Buat para pelajar yang ambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun lalu, keputusannya telahpun diumumkan di seluruh negara semalam.

Antara yang menjadi calon SPM tahun lalu ialah anak kepada produser terkenal, Datuk A. Aida. Anak A.Aida ini bernama Wan Azevanatassha Wan Aminuddin atau lebih mesra disapa Natassha.

Apabila mengambil keputusan SPM, Natassha telah mendapat keputusan SPM 3A, 3B dan 3C.

Aida ketika dihubungi memberitahu, gagal mencapai sasaran yang diinginkannya. Dek kerana itu, Aida sedang mengambil inisiatif untuk mengambil semula kereta mewah Mercedes yang dihadiahkan kepada anaknya itu.



Ini komen A.Aida:

“Oleh yang demikian, saya akan pertimbangkan untuk ‘rampas’ semula kereta Mercedes yang dihadiahkan sempena sambutan ulang tahun kelahirannya pada tahun lalu,”

Tentang perihal anaknya, Aida menyatakan Natassha yang kini 18 tahun sebagai seorang gadis pendiam, dan mempunyai karakter serupa dengan kakak sulungnya, Wan Az Aleesa, 22 tahun.

Anak sulungnya itu kini sedang menyambung pengajian dalam bidang perubatan dan jika semuanya berjalan lancar, Aleesa akan bergelar sebagai seorang doktor.



Tambah Aida, sejak anak-anaknya masih kecil, dia telahpun membuat perancangan kehidupan mereka bertiga mengikut kecenderungan dan minat masing-masing.

Ini pendedahan dari A.Aida tentang semua anaknya:

“Dari kecil, saya dah aturkan karier mereka pada masa akan datang. Insya-Allah Aleesa lepas ini akan jadi doktor. Natassha pula dijangka meneruskan pengajian dalam bidang perakaunan untuk jawatan akauntan.

“Sementara anak bongsu, Rahul mula menunjukkan minatnya terhadap kerjaya juruterbang. Semoga mereka capai cita-cita yang diinginkan,”



kata A.Aida yang memilik syarikat produksi diberi nama A. Aida Production, katanya, ibu bapa harus beri motivasi kepada anak-anak dan hendaklah berlapang dada untuk membantu mereka memilih pekerjaan yang dapat menjamin masa depan mereka. Akan tetapi, kata Aida, janganlah sampai tahap memaksa pula.

Ini komennya lagi:

“Jangan paksa, tetapi bentuk perjalanan hidup mereka perlahan-lahan berdasarkan keinginan anak dan kita sebagai ibu bapa,”

Sumber: MHE TV via penmerahpress.my

Sumber Keputusan SPM anak tak capai sasaran yang diinginkan, A. Aida buat keputusan untuk 'rampas' semula kereta Mercedes yang dihadiahkan

Post a Comment

Previous Post Next Post