Pernah dengar tak kopi ‘Black Ivory’? Jika anda nak tahu, kopi tersebut dinobat paling mahal didunia. Tapi lepas anda tahu ianya diproses menggunakan tahi gajah, sanggup ke anda nak minum?
Kopi ‘Black Ivory’ ini terhasil daripada hasil pencernaan najis binatang yang terkenal di Thailand iaitu gajah. Ia mula diperkenalkan oleh Anantara, sebuah hotel di Thailand.
Disebabkan penghasilan pemprosesannya yang rumit membuatkan ia antara kopi yang dijual pada harga tinggi kira-kira AS $1,100 (RM4,840) untuk setiap kilogram. Untuk secawan kopi tersebut pula berharga AS $50 (RM220).
Kajian yang dilakukan mendapati enzim yang dihasilkan oleh tahi gajah mengandungi protein sekaligus menjadikan ianya biji kopi paling berkualiti dan disebabkan itu harganya sangat mahal.
Untuk memproses biji kopi tersebut, gajah-gajah perlu diberi makan 33 kilogram biji kopi untuk menghasilkan sekilo serbuk kopi.
Najis atau tahinya akan segera dikutip dan kopi di dalam tahi gajah tadi akan segera dibersihkan sebelum diproses menjadi serbuk kopi.
Sumber: VITDAILY
Sumber Kopi Tahi Gajah Diiktiraf Kopi Paling Mahal Di Dunia, Harganya RM200 Secawan
Tags:
mazeer