Kembar animasi popular Malaysia, Upin dan Ipin kembali ke layar perak dengan filem terbaru berjudul Upin dan Ipin: Keris Siamang Tunggal yang sudah pun ditayangkan sejak 21 Mac lalu.
Kali ini mereka kembali dengan jalan cerita yang lebih gempak dan animasi yang sudah setaraf dengan Disney dan Pixar. Bukan itu sahaja, ia turut menerapkan banyak elemen dan budaya Melayu di dalam filem tersebut.
Bukan sahaja kanak-kanak yang suka, tetapi ia turut mendapat sambutan daripada orang dewasa juga. Rata-rata penonton mengakui Upin dan Ipin Keris Siamang Tunggal diluar jangkaan mereka dan memberikan rating yang tinggi.
Filem ini menelan belanja hampir RM 20 juta dan telah mengambil masa lima tahun untuk disiapkan dengan menggunakan kepakaran anak-anak tempatan. Upin dan Ipin Keris Siamang Tunggal ini mengisahkan pengembaraan Upin dan Ipin bersama rakan-rakan ke sebuah kerajaan dongeng bernama Inderaloka selepas menemui sebilah keris di dalam bilik stor.
Semasa pengembaraan ini mereka akan berjumpa bertemu dengan pelbagai watak dalam dongeng rakyat seperti Bawang Merah Bawang Putih, Mat Jenin, dan Pak Belalang. Mereka dengan watak-watak cerita dongeng kini perlu pertahankan kerajaan Inderaloka dari raja jahat yang ingin memusnahkannya.
Sumber beautifulnara
Artikel berkaitan. “Filem Upin dan Ipin Keris Siamang Tunggal angkat kisah rakyat”
KUALA LUMPUR: Setelah 10 tahun mencipta fenomena, Les Copaque yang terkenal dengan filem animasi 3 Dimensi (3D) Geng:Pengembaraan Bermula kini tampil dengan naskah terbaharu buat para peminat iaitu Upin dan Ipin Keris Siamang Tunggal.
Menurut penerbit filem tersebut, Burhanuddin Mohd Radzi, pihaknya cuba menampilkan kelainan dan mengetengahkan kisah-kisah rakyat menerusi filem itu.
“Jika filem antarabangsa boleh mengangkat kisah dongeng mereka, mengapa kita tidak boleh lakukannya untuk filem ini bagi memberi pendedahan pada generasi akan datang ,” katanya semasa sidang media Upin dan Ipin Keris Siamang Tunggal yang diadakan di Golden Screen Cinema Mid Valley pada selasa.
Tambah beliau, filem itu juga akan ditayangkan di Indonesia, Singapura dan Brunei selain cuba menembusi pasaran Asia lain seperti China, Taiwan dan Jepun. Filem yang menelan belanja hampir RM20 Juta itu telah mengambil masa lima tahun untuk disiapkan selain menggunakan kepakaran anak-anak tempatan.
Upin dan Ipin Keris Siamang Tunggal ini mengisahkan pengembaraan Upin dan Ipin bersama rakan-rakan ke sebuah kerajaan dongeng bernama “Inderaloka”. Semasa pengembaraan ini mereka akan berjumpa dengan pelbagai watak dogeng seperti Bawang Merah Bawang Putih, Mat Jenin, dan Pak Belalang. Filem ini akan ditayangkan di Golden Screen Cinema seluruh Malaysia pada 21 Mac 2019. Sumber astroawani
Sumber ‘Pop Corn Pun Tak Sempat Abis, Sedar-sedar je Filem Dah Tamat’ - Filem Upin Dan Ipin Keris Siamang Tunggal Tersangatlah Best Dipuji Oleh Peminat Tempatan
Tags:
mazeer