Kurang pasti sama ada ini soalan pelik atau soalan saja-saja nak membawang bersama netizen. Tetapi tidak dinafikan bahawa perkara sebegini sememangnya berlaku dan selalunya si isteri yang terpaksa mengalah.
Baru-baru ini, seorang wanita meminta pandangan netizen siapakah yang patut duduk di tempat duduk penumpang hadapan sekiranya suaminya memandu, mengundang pelbagai reaksi netizen.
“Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Nak tanya la, bila kita dah berkahwin kalau naik kereta dengan suami, di sebelah suami itu biasanya isteri atau mak suamiku yang layak duduk ye?
“Sebab saya perasan kalau nak ke mana, mak mentua cepat saja duduk. Kereta itu kepunyaan saya oi. Kadang-kadang saya duduk di rumah saja. Dah satu rumah tu, pantang dengan enjin berbunyi.
“Saya tak duduk serumah dengan mentua tetapi kalau suami ajak balik ke rumah mentua dan ajak keluar, saya yang mengalah,” katanya.
REAKSI NETIZEN?
Firdaus Shakirin – Hmmm, soalan di kn ni makin hari makin menguji minda…dduk blkg, dduk depan, klu nk p Mydin, dua2 smpai Mydin…dduk dpan, dduk blkg, klu nk p Cameron Highland, dua2 smpai Cameron Highland…dua2 bleh makan strawberi, bleh cicah coklat…jgn sulitkan hidup bleh x? jual kereta, pakai moto…semua dduk satu baris, setel? tak setel jugak, dia nak berebut dduk dlm raga pulak…
“Salam krt, hide profile saya…siapa yg patut dduk dlm raga moto suami saya klu kami nk ronda pusing² kampung…mertua atau saya?”
Rokiahwafa Supaweera – Bagi mertua duduk.bahagian driver korang laki bini di belakang.
Lela Leyla – Slm sis..hai ni bukan isu besar pon sebenarnya..sy dari awal berkahwin..memang sy akn bagi mak mertua duduk dpn..dah kita ni selalu berkepit ngan suami,tidur pun sebelah suami..takkan la tak boleh kot bagi peluang untuk mak nya duduk sebelah anak..sekejap pon…sampai la ni..mak mertua saya dah xde,bila mana keluar ngn kakak suami..sy akan bgi kakaknya duduk sebelah adik..walau kakak nya selalu bantah…sy tetap suruh duduk seat dpn..biarlaa bagi mereka berborak²..ketawa2..happy2 cerita mcm2..sy kat seat blkng pon join skali..bnda ni simple je.
Queenheart Ell – lsteri rusuk kiri, jd duduk sebelah suami.. Syurga suami bwh tapak kaki ibunya.. Hmm kalau mak mertua sis beria benar claim pasal bwh tapak kaki die ade syurga, sy sarankan, mak mertua sis duduk ats bumbung kereta kaki terjuntai ke depan.. Makanya mslh setel sisku.
Zarra Armel – sepatutnya isteri Iah disebelah suami,itu Iagi sesuai. Rasanya ini bukan mengalah atau tidak,tapi soal respect pada menantu, sepatutnya mak mertua kena faham menantu Iah yang berhak duduk disebelah suaminya,jika si isteri pelawa mak mertua duduk didepan barulah mak mertua boleh duduk kat depan. Bila mak mertua nak berebut duduk kat depan nampak sangat tak fikir dan respect pada menantu sendiri.
Noh Scha – Lg selamat wlaupon x selesa.jk xcdent ,pemandu 60% risiko manakala sebelah pemandu 80% risiko,belakang tengah 60% dan belakang kiri kanan 40% kecederaan dan yg betul2 selamat jk awk dok umah, maka x kena Ianggar po.
Yunn Yong Sis gemok,so mil mmg suh duk depan,dia n fil mmg duk blkg dr awal kawen sampai 5er ‘5 .so korang lau nk duk depan sila gemok cam sis.sekian
Zurainy Zainal – bila menantu tak anggap mak mentua tu seperti emak..ni Ia jadinya..benda simple je pun… dalam rumah tangga banyak lagi benda nak fikir dik…. kalau tu kereta kau dan mak mentua x leh tumpang..simpan kereta kat rumah balik kampung naik bus klu Iaki kau pun menumpang kau ….. ikhlas tu penting dik…tolak ansur…
Noorlela Lela – Malek alah soalan mudah ie nih??suh mak mertua yg drive,,sis n suami boleh duk kt blakang sweet2x gitu.
Sumber: Kisah Rumah Tangga via the reporter
Sumber ‘Siapakah yang patut duduk sebelah suami? Isteri atau mak mentua?’
Tags:
mazeer